Files

gravatar

Diri ini ingin sekali...

Pernah aku menyesali segala kesalahan yang aku pernah lakukan..kepada-Mu Ya Allah..

Pernah aku menangis..pernah aku mendekati-Mu...
begitu kuat Engkau menguji insan kecil ini Ya Allah..
mengapa begini kuat Engkau menguji aku Ya Allah..aku cuma ingin dekat kepada-Mu..
mungkin tiada yang memahami diri ini seperti Engkau Ya Allah...
Aku menangis..mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan kepada-Mu Ya Allah...
Ya Allah...kuatkanlah hati kecil ini Ya Allah...tabahkan imanku Ya Allah..
Aku hamba yang lemah Ya Allah..aku tidak sanggup ke neraka-Mu Ya Allah..
aku mengecawakan-Mu Ya Allah...aku lemah Ya Allah...lemah selemah-lemahnya...
hanya Engkau yang Maha Memahami....
Ya Allah...ingin sekali aku menjadi pemuda berhati kental dan kuat imannya seperti Fahri..
Seteguh iman Abu Bakr...Sedalam keimanan Khalifah Omar...
aku hamba yang lemah dan hina Ya Allah...aku hanya mengingati-Mu saat aku dalam kesusahan..
tidak pernah menghadirkan keinsafan saat aku gembira..Ya Allah...ampunilah insan ini..
bantulah insan ini Ya Allah...hadirkan secebis ingatan untuk mengingati-Mu sepanjang masa..
bantulah insan ini Ya Allah...menjadi pemuda yang berjaya..di dunia dan di akhirat..
Ya Allah..engkaulah tempat insan ini mengharap dan memohon..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyayang...
Ameen..

gravatar

Zaman bertukar...

Entah mengapa..perasaan tidak berpuas hati mengawal emosi..Kenangan lampau mengungkap seribu erti dan dendam tidak berkesudah..
Masihku igt..setiap langkah saat yang pergi dikala aku kecil..zaman kecilku tidak seindah yang aku impikan..bukan erti aku tidak bersyukur..tetapi apakah daya..aku manusia biasa..banyak kekurangan dan keinginan..
Mungkin aku dilahirkan menjadi anak pertama membuat aku dilayan sebegini..Itu semua kehendak Allah..
Aku tidak pernah menyoal kenapa aku dilayan begini..sedikit pun tidak terdetik dihati kecilku..
tetapi mengapa..apabila aku menjadi seperti ini..mesti ada yang tidak berpuas hati..aku tidak pernah meminta untuk dilayan begini dan aku tidak pernah meminta untuk jadi begini..
Masihku ingat..alat mainan yang ketika itu diingini setiap kanak-kanak..mampu saja mereka perolehi..entah..aku hanya mampu mencuba walaupun jauh disudut hatiku..ingin sangat memilikinya..sehinggakan..wang saku ketika itu..RM1 aku kumpulkan hari demi hari..
aku tidak makan sewaktu rehat hanya untuk memenuhi impian memiliki alat mainan itu seperti kanak-kanak lain..tidak pernah aku menyoal mahupun meminta untuk dibelikan begitu..bagiku..
biarlah aku berusaha sendiri..disuatu ketika..pernah sekali aku meminta..ya..aku dapat..tetapi..
setelah dimarahi kerana alasannya..aku tidak harus memilikinya..katanya..bukan membantu aku belajar..diluar..aku mampu mengukir senyuman..tetapi didalam hati kanak-kanakku..kecewa dibuat begini...
Masihku ingat..aku menyatakan hasrat untuk bermain seperti kanak-kanak lain..berlari-lari dipadang..mahupun bermain bola sepak bersama kawan-kawan..tetapi..apakan daya..aku hanya mampu melihat..disebalik tirai besi pagar umpama penjara buatku..mungkin hati kecil ini pada masa itu tidak pernah mengenal erti hiba..tetapi ingatanku tidak akan luput seperti ditiup angin..
Aku mampu memberi jaminan..aku tidak pernah bermain dipadang..menyepak bola seperti kanak-kanak lain..entah mengapa..aku masih menyoal semua ini...
Masihku ingat..aku sanggup melakukan perkara yang kanak-kanak lain tidak perlu lakukan untuk mendapatkan apa yang dingini..pagar yang tinggi..aku berusaha untuk keluar..untuk memperoleh kebebasan walaupun sekejap..mengharap untuk bermain permainan komputer dirumah..tetapi apakan daya...tiada seperti orang lain..sehinggakan aku sanggup melakukan semua itu untuk menghabiskan 1jam masaku di kedai internet..untuk merasa seperti kanak-kanak lain...apakan daya...aku tidak pernah meminta begini..
tetapi mengapa..mengapa semua itu tidak perlu dirasa oleh adik-adikku?..bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang diberi..tetapi..dimana keadilan menjadi seorang anak?aku tidak pernah menyoal semua itu..tetapi mengapa sekarang aku dipersoalkan dengan tingkah lakuku?
aku berkecil hati dilayan begini..tidak mampu memperoleh zaman kanak-kanak yang aku idamkan...cukuplah bagiku tidak mahu bercakap apa-apa..kerana bagiku..biarlah orang lain tidak mengetahui hatiku..
Walaupun sekarang sudah banyak berubah...aku tidak pernah menyoal mengapa adik-adikku mendapat apa yang mereka inginkan..bermain bersama kawan-kawan..memperoleh apa yang mereka inginkan..bermain permainan komputer dirumah..tidak perlu berusaha sesusah yang aku rasakan ketika aku masih seperti mereka....
Pernah juga aku menghadapi kegagalan..sebagai manusia biasa..tidak semestinya diberi ujian untuk tersungkur..dan sepatutnya dibantu..tetapi..mengapa aku diperlakukan tidak sama sekali seperti itu?..Kegagalan aku..dibanding-bandingkan dengan adik-adikku..tetapi pernah aku bandingkan apa yang mereka perolehi selama ini?!
Entah mengapa..keadaan masih tidak berubah..aku masih dilayan begini..hati ini berani memberi jaminan..masa akan datang..adik-adikku pasti mendapat apa yang aku miliki sekarang mudah berkali-kali ganda berbanding aku usahakan..tanpa ada sedikit suara tengking yang perlu mereka dengarkan seperti aku terima...bukan aku tidak bersyukur...tetapi..sebagai anak..aku inginkan keadaan yang sama rata..Janganlah menyoal mengapa aku begini..diri ini cuma belajar daripada pengalaman...pengalaman yang mungkin tiada siapa rasakan...
Mungkin...dilahirkan sebagai anak pertama membuatkan aku dilayan sebegini rupa..aku tidak pernah menyoalkan mengapa ini semua berlaku..tidak sesekali aku bangkitkan melainkan ada sesiapa yang menimbulkan rasa ketidak puasan hati ini...cukuplah sekadar aku berdiam diri menyimpan pengalaman pahit yang mengajar sedikit sebanyak erti ketidak adilan dunia..Janganlah menyoal mengapa...kerana sesungguhnya mereka-mereka itu pasti tidak mahu mendengar keluhan hati ini yang tidak mampu mengubah apa-apa..

Inilah cebisan kisah hidup seorang insan bernama Mohd Adib

gravatar

Kadang-kadang tak perlu...

CHEF Eksekutif Hotel JW Marriott, Zaffar Abdul Samad memegang replika sudu yang tertulis "5 Star Halal Bahkuteh" selepas sidang media sempena promosi makanan tradisi masyarakat Cina tersebut di Kuala Lumpur, hari ini. Promasi Bah Kut Teh Halal akan berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Bernama
Dec 8, 2009 5:34 pm

Semalam,seperti gambar diatas,dihebohkan dalam berita. Aku terkejut,"Kenapa Bah Kut Teh boleh jadi halal?,sedangkan nama pun tahu...sup babi.."
Apa nak jadi sebenarnya dengan Malaysia sekarang..benda yang tidak perlu didekati yang boleh menimbulkan rasa was-was dibuat..
Pernah ke fikir begini..Jikalau anak kecil yang tak tahu apa-apa..tengok berita begini..tiba-tiba pergi kedai makan cina mintak benda "Bak Kuh Teh"..kenapa jadi begitu?Pengaruh media massa yang membuatkan nama "Bak Kuh Teh" itu halal..
Semakin berani manusia zaman sekarang mendekati benda-benda yang ditegah..khususnya umat Islam..
satu persoalan timbul..kenapa perlu ambil "Bak Kuh Teh"? Tiada idea untuk ambil makanan lain untuk dimakan? Minda bijaksanakah begini?
Mungkin untuk menunjukkan sikap kreatif dalam mengubah..tetapi kadang-kadang tak perlu didekati benda-benda yang sedia maklum haram disisi agama...

Sekian..

gravatar

Some sort of...

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa




::Tersirat suka dan duka,tangis dan tawa bersama lirik ini..hamba biasa::

gravatar

Ilham untuk dia

Pernah sekali diri ini merenung jauh ke lubuk hati..
terpanggil2 dek kegelisahan hati dan tekanan jiwa..
Menghampiri tenang dilanda badai di penghujung..
bukan tak sudi menerima atau memberi..
tapi hati ini hampa dan tidak mahu ternoda lagi..
diketuai nafsu membongkah arus duniawi..

Hari ini datang membawa erti..
erti silam membelah pengalaman disanubari..
kawan hadir mengajar erti kehilangan yang pasti
kata-kata si manusia tidak berhati..
mengajar aku makna tidak terpedaya lagi..

Baik ku dijadikan alasan buatmu dihati ini
Disalah tafsir memohon simpati
Dijanjinya jujur dan memahami..
Diberi kata-kata menghiris hati..
Diriku hanya mahu mengisi istilah cinta dihati..

Bukan tujuanku tidak mahu mengerti..
tetapi peluangku satu dalam beribu
yang hanya mampu melihat dan memerhati
dari sudut istilah yang digelar kawan
ke mana pergi nilai ihsani jikalau engkau berjanji tanpa tunaikan..

Setiap insan dicipta untuk cinta dan dicintai..
Hadirku ini memilihmu disisi..
Setiap kekurangan untuk bersama tempuhi..
tetapi engkau menutup mata hati..
mungkin bagimu bukan hati yang dicari..

Cukup sekali pengalaman mematangkan hati
Moga Ilahi memberi petunjuk buatmu
bukan harta,bukan pangkat,bukan paras rupa perlu dicari
tetapi hati yang ikhlas memberi untuk dikongsi sepanjang hari..











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

More ads