gravatar

Zaman bertukar...

Entah mengapa..perasaan tidak berpuas hati mengawal emosi..Kenangan lampau mengungkap seribu erti dan dendam tidak berkesudah..
Masihku igt..setiap langkah saat yang pergi dikala aku kecil..zaman kecilku tidak seindah yang aku impikan..bukan erti aku tidak bersyukur..tetapi apakah daya..aku manusia biasa..banyak kekurangan dan keinginan..
Mungkin aku dilahirkan menjadi anak pertama membuat aku dilayan sebegini..Itu semua kehendak Allah..
Aku tidak pernah menyoal kenapa aku dilayan begini..sedikit pun tidak terdetik dihati kecilku..
tetapi mengapa..apabila aku menjadi seperti ini..mesti ada yang tidak berpuas hati..aku tidak pernah meminta untuk dilayan begini dan aku tidak pernah meminta untuk jadi begini..
Masihku ingat..alat mainan yang ketika itu diingini setiap kanak-kanak..mampu saja mereka perolehi..entah..aku hanya mampu mencuba walaupun jauh disudut hatiku..ingin sangat memilikinya..sehinggakan..wang saku ketika itu..RM1 aku kumpulkan hari demi hari..
aku tidak makan sewaktu rehat hanya untuk memenuhi impian memiliki alat mainan itu seperti kanak-kanak lain..tidak pernah aku menyoal mahupun meminta untuk dibelikan begitu..bagiku..
biarlah aku berusaha sendiri..disuatu ketika..pernah sekali aku meminta..ya..aku dapat..tetapi..
setelah dimarahi kerana alasannya..aku tidak harus memilikinya..katanya..bukan membantu aku belajar..diluar..aku mampu mengukir senyuman..tetapi didalam hati kanak-kanakku..kecewa dibuat begini...
Masihku ingat..aku menyatakan hasrat untuk bermain seperti kanak-kanak lain..berlari-lari dipadang..mahupun bermain bola sepak bersama kawan-kawan..tetapi..apakan daya..aku hanya mampu melihat..disebalik tirai besi pagar umpama penjara buatku..mungkin hati kecil ini pada masa itu tidak pernah mengenal erti hiba..tetapi ingatanku tidak akan luput seperti ditiup angin..
Aku mampu memberi jaminan..aku tidak pernah bermain dipadang..menyepak bola seperti kanak-kanak lain..entah mengapa..aku masih menyoal semua ini...
Masihku ingat..aku sanggup melakukan perkara yang kanak-kanak lain tidak perlu lakukan untuk mendapatkan apa yang dingini..pagar yang tinggi..aku berusaha untuk keluar..untuk memperoleh kebebasan walaupun sekejap..mengharap untuk bermain permainan komputer dirumah..tetapi apakan daya...tiada seperti orang lain..sehinggakan aku sanggup melakukan semua itu untuk menghabiskan 1jam masaku di kedai internet..untuk merasa seperti kanak-kanak lain...apakan daya...aku tidak pernah meminta begini..
tetapi mengapa..mengapa semua itu tidak perlu dirasa oleh adik-adikku?..bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang diberi..tetapi..dimana keadilan menjadi seorang anak?aku tidak pernah menyoal semua itu..tetapi mengapa sekarang aku dipersoalkan dengan tingkah lakuku?
aku berkecil hati dilayan begini..tidak mampu memperoleh zaman kanak-kanak yang aku idamkan...cukuplah bagiku tidak mahu bercakap apa-apa..kerana bagiku..biarlah orang lain tidak mengetahui hatiku..
Walaupun sekarang sudah banyak berubah...aku tidak pernah menyoal mengapa adik-adikku mendapat apa yang mereka inginkan..bermain bersama kawan-kawan..memperoleh apa yang mereka inginkan..bermain permainan komputer dirumah..tidak perlu berusaha sesusah yang aku rasakan ketika aku masih seperti mereka....
Pernah juga aku menghadapi kegagalan..sebagai manusia biasa..tidak semestinya diberi ujian untuk tersungkur..dan sepatutnya dibantu..tetapi..mengapa aku diperlakukan tidak sama sekali seperti itu?..Kegagalan aku..dibanding-bandingkan dengan adik-adikku..tetapi pernah aku bandingkan apa yang mereka perolehi selama ini?!
Entah mengapa..keadaan masih tidak berubah..aku masih dilayan begini..hati ini berani memberi jaminan..masa akan datang..adik-adikku pasti mendapat apa yang aku miliki sekarang mudah berkali-kali ganda berbanding aku usahakan..tanpa ada sedikit suara tengking yang perlu mereka dengarkan seperti aku terima...bukan aku tidak bersyukur...tetapi..sebagai anak..aku inginkan keadaan yang sama rata..Janganlah menyoal mengapa aku begini..diri ini cuma belajar daripada pengalaman...pengalaman yang mungkin tiada siapa rasakan...
Mungkin...dilahirkan sebagai anak pertama membuatkan aku dilayan sebegini rupa..aku tidak pernah menyoalkan mengapa ini semua berlaku..tidak sesekali aku bangkitkan melainkan ada sesiapa yang menimbulkan rasa ketidak puasan hati ini...cukuplah sekadar aku berdiam diri menyimpan pengalaman pahit yang mengajar sedikit sebanyak erti ketidak adilan dunia..Janganlah menyoal mengapa...kerana sesungguhnya mereka-mereka itu pasti tidak mahu mendengar keluhan hati ini yang tidak mampu mengubah apa-apa..

Inilah cebisan kisah hidup seorang insan bernama Mohd Adib

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads