gravatar

Cinta jarak jauh?

[Mode: Havana Brown Feat. Pitbul - We Run The Night]


Salam..hai-hai..gua rasa sekarang ni musim bebudak belajar dekat universiti tengah refresh punya refresh portal uni masing-masing semata-mata nak rebut tengok result..rutin biasa tiap kali result keluar yedak..cliche  sangat..
dan sesetengah yang lain tengah sibuk buat-buat ramah dekat station bas konon nak mengorat makwe-makwe or pakwe-pakwe kaunter bas semata-mata nak tiket murah...paling kurang ada yang sepak tin 100plus gara-gara takde tiket balik..kahkah..sesilap semua orang dia sepak terajang sebab emo balik lambat..tambah-tambah makwe..bukan boleh caye..cotcetcotcet membebel tak dapat tiket..


Jangan gedik nak tanya gua punya result..nak tengok gua merajuk dengan lu orang sebulan buat..ha..sudah..lepas ni jangan tanya kenapa gua menyepi..biasalah..dah nak naik sem ni, gua makin tua, makin sweet..eceh cliche habis..tak..tak..gua nak cakap yang gua mungkin akan sibuk sikit dengan kelas..yelah, gua bukan dean list macam lu orang..bolehlah nak keje update blog 10kali sehari..entah mende lu orang makan, idea macam gampang 10kali update sehari..

Gua senarnye nak cakap pasal relationship jarak jauh..gua tak pandai senarnye..tapi bolehlah cakap apa kena buat, apa tak patut buat, apa patut dikurangkan..gua cakap base on pengalaman gua jelah eh..lu orang nak tambah, karang bawak-bawak komen..mana tahu lu ada bakat jadi doktor cintan..sape tahu yedak?

Mula-mula, selalunya bab-bab couple ni, mesti ada kepercayaan..baik dekat mahupun jauh seberang laut..jangan bercinta dengan mat mat lombok pulak..gua cakap seberang laut tu maksud gua makwe or pakwe lu orang tengah belajar dekat oversea sana..ingat, makwe-makwe dengan pakwe-pakwe melayu tak hensem ke sampai nak cari mat lombok..haila..ok balik kepada kepercayaan tadi, lu kena la percaya dengan pasangan lu..percaya kalau dia cakap dia dengan siapa, buat apa..bukan tak boleh tanya, ambil tahu, tapi berpada-pada, jangan biar dia anggap kita tak percaya dengan dia sampai nak mengongkong..kita suka tak orang kongkong kita? rimaskan?..so pandai-pandai balance..jangan terlampau memberi kepercayaan, takut nanti kita kena pijak kepala, yelah, mana tahu, dia sesedap keluar mengulat dengan makwe/pakwe lain, sedangkan kita ni over percaya...so..semua point tu mesti berbalik kepada keseimbangan kepercayaan tu..tak terlampau mengongkong..tak terlampau biarkan dia bebas..lagipun dia bukan suami lu nak terlampau mengongkong yedak?


Kalau bab jarak jauh ni memang gua cakap kena kuatkan kecekalan hati..jangan mudah cemburu buta.. sebab apa gua cakap jangan mudah cemburu? sebab cemburu tu nanti akan buatkan pasangan jarak jauh ni mudah sakit hati..mudah nak bergaduh..mudah nak mengungkit..mudah nak menangis serupa hilang anak...dengan cemburu tu jugak kadang boleh end terus perhubungan tu..so..cekalkan hati..kalau boleh selidik dulu sebelum nak cemburu bukan-bukan..kalau ada gambar mana-mana perempuan/lelaki dengan pakwe/makwe lu..tanya elok-elok..jangan main hentam terburu-buru..lu tak suka orang hentam lu kan? samalah si dia pun..so take care bab cemburu ni..time nak tanya tu, jangan tunjuk yang kita ni obviously jealous meluap-luap..ambil cara terus terang..buat bagi dia rasa bersalah sikit, baru dia fikir nak jujur tak jujur terangkan..masuk gua terus terang tu..lu cakap la, lu jaga perhubungan lu, lu berkawan dengan orang lain ada batas, lu jaga sebab lu fikir lu ada dia..kira macam lu berhati-hati lah, tak nak dia jeles sebabkan lu berkawan..dan lu cakap lah, lu harapkan dia pun sama jaga macam lu jaga...dalam bab berterus terang ni..lu kena lah jujur jugak, jangan nak harap dia jujur, tapi lu pun sama ja dengan dia..

Jarak jauh punya relationship ni kebanyakkan memerlukan pengorbanan..dan lu kena ingat, pengorbanan tu kadang memang menyakitkan..sama ada nak terima atau tidak je..pengorbanan maksud gua dari segi perasaan dia jarang contact lu..gua bukan apa, gua paham lah sangat dengan makwe-makwe ni..asal jauh sikit nak rindu..sikit sikit miss you daddy..entah bila kahwin entah nak berdaddy bagai..perkara rindu rindu ni memang sinonim habislah dengan makwe..kalau boleh nak si pakwe especially kontek tanpa henti..buat macam telco tu bapak sendiri..bankrup oooo...konon nak pakwe yang selalu ingatkan dialah...gua nak tanya satu..lu tak muak ke nak kontek selalu..bukan apa..kongsi sikit-sikit cukuplah..nanti dah kahwin nak kongsi apa lagi? orang lain masa kahwin tu la nak kongsi macam-macam..cerita macam-macam masa dah kahwin...tak delah kahwin kejap pastu dah muak, yelah dah kongsi macam-macam masa couple..so, korbanlah sikit demi nak rasa 'sweet' masa lepas kahwin tu..korban lah sikit rasa "miss you miss me" tuh..letak apa yang penting dulu...kejar cita-cita dulu..belajar tinggi-tinggi, kejar lu punya impian..lepas kahwin gua berani cakap, susah sikit nak kejar cita-cita ni..mana tak, sibuk dengan tanggungjawab..percayalah..

Biarpun jarak jauh ke dekat je..masing-masing mesti ada nilai saling faham memahami..maksud gua..lu belajar pasal pasangan lu..contohnya, kalau si dia ni dah bekerjaya...kena faham yang dia tu akan banyak mengunakan masa untuk kerjaya dia..kalau si dia ni sedang belajar, hormati dia dengan cara bagi dia masa untuk belajar jugak..kira macam tolak ansur lah...sebab apa? dia pun ada cita-cita, dia pun nak kumpul duit untuk kahwin/jaga lu nanti..so keypoint saling memahami tu penting..faham lah sedikit waktu mana dia sibuk, waktu mana dia free yang boleh lu masuk dalam hidup dia sekejap tanya berita..biar dia rasa lu caring pasal dia dan bukannya rasa annoying sebab lu menganggu dia tengah bekerja/meeting dan sebagainya..bukan apa, bila masing-masing faham memahami ni, secara automatik kita boleh tahu takat didih dan takat lebur masing-masing..maksud gua, tahu dia tak suka dan suka apa, kita boleh control dia tahap mana, macam mana nak ambil hati dia walaupun jarak jauh..suka tak orang memahami kita? sama lah jugak dia pun..

so...gua harap, gua bantu lu yang makwe/pakwe jarak jauh..again macam pesan gua yang dulu-dulu..kalau takut tak nak kehilangan tu..kalau tak nak orang lain masuk line..berani-beranikan diri jumpa parent si makwe tu..at least parent si makwe tak payah sangat risau dengan kelakuan makwe yang asyik angau dengan handphone dia tu..kejap-kejap tengok handphone..tertunggu-tunggu si pakwe mesej..ingat gua tak kenal ke gaya makwe-makwe zaman sekarang..cakap je tak rindu..tapi kejap-kejap tengok phone kot-kot ada buah hati mesej...kerek sungguh..





















P.S: Jangan terikut dengan orang..orang sambut hari kekasih..kita pun terkinja-kinja nak sambut..sambut yang mana halal disambut sudah..jangan buat kerja bodoh nak 'sambut' hari kekasih, tapi lepas 9bulan si pakwe tak nak sambut bayi yang keluar tu ha..
P.S: Gua sayang mak gua..lu sayang tak?

cik najiha true indeed ! thumbs up :)
Mr.She absolutely.. LDR ni perlukan bnyak pengorbanan. (topik entry kita same lah :D) hoho
Da LovaC kan kan kan?ni mesti LDR jugak ni..kekeke
h.a.n yeah ! indeed :) tolerate tu penting and space !
feeza menikam kalbu betol..
Da LovaC @han: yep..setuju=)
@feeza: err...>.<"
feeza LDR,untung aa dpt yg ok2.tapi kebanyakkannya tak ok.
Da LovaC @feeza:jangan sebabkan seorang semua orang kena sekali..itu tak adil namanya..pendapat je..=)
RazFiRa HEHEHE.. tuan punye blog ni mesti banyak pengalaman bercinta :P
.........cP~ Bagus jugak jauh-jauh. Boleh elak yang tak patut. Dah alang-alang jauh tak payah selalu contact. Tak payah rindu lebih-lebihan.
Alang-alang dah jauh kan. Jangan pulak time dapat jumap melampiaskan rindu sampai tak bersempadan. hehe.
The Medical Duo gua syg mak gua jugak :)
anamizu kaito guwa lg syg mak guwa.. dah ssh sng,MAK gak yg amek tawu..wuuuuuu~





luv,
cik ana

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads