Ilham untuk dia
Pernah sekali diri ini merenung jauh ke lubuk hati..
terpanggil2 dek kegelisahan hati dan tekanan jiwa..
Menghampiri tenang dilanda badai di penghujung..
bukan tak sudi menerima atau memberi..
tapi hati ini hampa dan tidak mahu ternoda lagi..
diketuai nafsu membongkah arus duniawi..
Hari ini datang membawa erti..
erti silam membelah pengalaman disanubari..
kawan hadir mengajar erti kehilangan yang pasti
kata-kata si manusia tidak berhati..
mengajar aku makna tidak terpedaya lagi..
Baik ku dijadikan alasan buatmu dihati ini
Disalah tafsir memohon simpati
Dijanjinya jujur dan memahami..
Diberi kata-kata menghiris hati..
Diriku hanya mahu mengisi istilah cinta dihati..
Bukan tujuanku tidak mahu mengerti..
tetapi peluangku satu dalam beribu
yang hanya mampu melihat dan memerhati
dari sudut istilah yang digelar kawan
ke mana pergi nilai ihsani jikalau engkau berjanji tanpa tunaikan..
Setiap insan dicipta untuk cinta dan dicintai..
Hadirku ini memilihmu disisi..
Setiap kekurangan untuk bersama tempuhi..
tetapi engkau menutup mata hati..
mungkin bagimu bukan hati yang dicari..
Cukup sekali pengalaman mematangkan hati
Moga Ilahi memberi petunjuk buatmu
bukan harta,bukan pangkat,bukan paras rupa perlu dicari
tetapi hati yang ikhlas memberi untuk dikongsi sepanjang hari..
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.