gravatar

Semua Tentang Kita - Move On

[Mode : Peterpan - Menghapus Jejakmu]


Salam. Hai. Ingat. Lagi. Gua?. 

Ok..ok..cukup intro yang penuh fullstop dan membosankan.*tekan pangkah tutup blog ni...-tutuplah kalau tak rindu ke gua..hikhik..

First thing first, selamat menempuh SPM gua ucapkan ke pembaca-pembaca gua yang cecomel dan hehensem semua yang nak ambil tak lama lagi..dan gua harap semua dah ready dengan kereta kebal,
sut ironman dan ironwomen sesiap sebelum masuk dewan peperiksaan nanti.. dan kepada yang masih duk mencari cahaya ilham bagai, gua rasa baik lu orang pergi lepak dekat bilik guru study dengan cikgu subject tu, mana tahu, cikgu lu orang tu power nak bagi pencerahan saat-saat akhir gini..Good luck again okeh? Jangan pulak bawak toyol ke kertas keramat ke ape ke masa jawab nanti..Jangan malukan diri sendiri..ingat tu ye adik adik..Baikkan gua?kihkihkih

Kita mungkin gapai pelangi cinta itu tetapi awan tak selalunya terang.

Okey..back to basic..kali ni gua nak cerita pasal erti move on...dalam karangan-karangan gua sebelum ni..cerita pasal harapan yang tak menjadi...pengalaman kena dump dengan pakwe/makwe...serious ke tak relationship tu...dan pasal nak salahkan lelaki ke perempuan bila bab bercinta tak jadi neh..so kali ini gua nak kasi pandangan sikit kalau bab-bab move on nih..and if ada yang gua tulis ni rasa-rasa tak cukup perasa, terkurang garam atau tersilap dan sebagainya, gua alu-alukan komen-komen lu orang..alah, dalam dunia ni, bab breakup ni bukan gua seorang pernah rasa yedak..mesti lain orang lain saiz baju..eh silap, lain cerita..tak gitu?

Keyword "MOVE ON" tu MasyaAllah berat seberat peti ais..bagi yang breakup pesen tak ingat dunia..yelah, kita dengan dia tu dah 3,4 tahun bersama..tambah-tambah yang baru kenal cinta monyet start dari sekolah menengah, lepastu sambung ke universiti sekali course lain-lain dan asyik memesej cakap "Bie, rindu bie.."..kankankan? eleh, tak nak mengaku lettew, tapi nak check handphone kemain "auwwwwm auwwm" tak kasi takut kantoi ber bie bie..kehkehkeh..okey back to story, bila dah 3,4 tahun , tetiba dapat terkantoi depan mata, ternampak, terstalk dan sebagainya..retak..punah..marah-marah..mengamuk..pastu breakup..tak ke rasa macam kena timpa peti ais..

So..drama update status facebook dan twitter pun berlangsung..nak dipendekkan cerita..keluarlah ayat gini.. "Ah, susah nak lupa cinta pertama, buah hati, kau, bulan matahari pluto marikh"*masuk kelas astronomi pulak..itu antara ayat breakuperz yang kalau lu orang cakap ke dia suruh move on pun sesilap hari bulan boleh lu orang kena maki..atau kena tuduh sibuk jaga tepi mesin basuh orang lain lah...bagi gua, nasihat sekali je, kalau dia pesen tak makan saman, degil, kepala kongkrit...biarkan, nanti slow-slow dia berfikir rasional ler tu..dan jangan tinggal dia macam tu pulak, karang tak pasal potong kuku, potong rambut pastu mengilai serupa hilang akal..

Pernahkan lu orang dengar selalu orang cakap " Bunga bukan sekuntum, rama-rama bukan seekor.."*hensem sikit rama-rama dari kumbang yedak?..ha..itu antara peribahasa penyedap hati yang paling jiwang habis..yelah, andai kata dalam dunia ni ada seorang pakwe down sebab breakup, pastu dekat satu negeri lain ada seorang makwe putus cinta, then terjumpa dan tetiba jatuh hati antara satu sama lain..ha, kan jodoh tu di mana-mana..so, maksud gua dekat sini, kalau hari ni lu orang breakup, esok lusa mungkin ada bunga/makwe atau rama-rama/pakwe yang mungkin singgah di hati lu..mana tahukan?

So, kalau rasa tak boleh sangat terima peribahasa, kata nasihat, bebelan kawan sebilik, why not kita buat-buat sibuk dengan life routine kita..bebuat busy ni kekadang amatlah power untuk melupakan seseorang..dan gua pernah cuba cara ni masa gua dalam zaman patah hati dedulu dan boleh kata berkesan jugaklah..memang awal-awal susah tahap tapir, tapi paksakan diri sibukkan buat benda harian, solat yang dulu tak pernah complete, cuba target kasi complete, kalau dulu tak pernah zikir tetiap kali habis solat, cuba terapkan zikir tetiap kali habis solat..so bila dah biasa paksa busykan diri, lama-lama benda tu akan melekat dan automatik kita akan membiasakan diri..dan mesti punya lu orang tak ingat sangat pasal breakup tu.

Dan kalau lu orang rasa nak berkesan lagi, cuba jauhkan diri dari benda yang membuatkan lu orang ingat kenangan masa dolu-dolu tu..kalau rasa ada teddy bear ke ape ke, bagi ke adik, suruh adik kunci dalam almari rumah nenek ke ape ke yang susah lu orang nak fikir..kalau lu orang rasa tengok kekawan yang berpasangan tu mengingatkan lu orang, cuba jarangkan sikit diri lu orang dengan dia, bukan suruh lupa kawan ke hape, just take your own space to enjoy every moment without partner or being a lone ranger..apa ingat tak enjoy ke single ni bhai? jentik nak? Masa single lah dunia ni aman tanpa kongkongan, aman dari bebelan, tak perlu kongsi ice-cream, tak perlu kongsi tutti frutti dan banyak lagi..haa..best apa tu..so chill up =)

Dan yang paling penting sekali gua nak highlight..lu orang mesti sedia untuk terima hakikat yang si dia tu bukan lagi milik lu orang..bukan setakat si dia, kenangan, barang, baju dan semua pasal dia bukan lagi your belonging..dan letak kata-kata ni kuat-kuat dalam hati "Dia mungkin bukan untuk aku dan seseorang yang diluar sana yang lebih baik sedang menunggu aku."

So trylah macam gua cakap kat atas, sampailah satu masa tu, lu orang akan rasa untung dan bertuah sebab diberi peluang untuk kenal jenis sikap dan perangai manusia dekat atas muka bumi ni..dan dari situ boleh buat turning point untuk masa depan supaya tak kena heatshot kali kedua..dan gua jamin pada masa tu, lu orang mesti rasa bahagia bila dapat rasa kemanisan erti move on. =)


"PAST is a nice place to visit BUT certainly NOT a good place to stay."













P.S: Tuhan memang kasi hidup kita sekali je, tapi itu bukan 'green light' untuk kita enjoy tidak ingat dunia dan tidak bersyukur dengan nikmat yang Dia beri tu semata-mata mahu kejar kebahagian dunia sahaja.

syAzAnA ahh. asal jiwang sangat lu lately ni? blergh
aniqbukhary Antara blog yang paling kreatif yg pernah saya jumpa!
cik neto whatever happen.. just move on ! hehe.
Eyda Yepezz Best baca...dh lama move on n dah boleh trima..Tapi..mcm mne nak move pd perasaan syg yg tiba2 hadir nieh..huaaaa.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads