gravatar

Harapan yang tidak pasti..salah siapa?

[Mode: Linkin Park - Lost In The Echo]


Salam..dan selamat sejahtera...

Lamaaaaaaaaanya gua tak update blog ni kan? terdetik dekat hati gua untuk tulis jugak akhirnya..bukan untuk mengisi kebosanan..tetapi saja, nak luahkan  dekat belog terchenta ni ha...bahawasanya gua rindu bangat sama kamuh..*pepeluk kuat-kuat..

By the way..sorry gua hulurkan untuk penanti-penanti yang sudi menanti..penstalker-stalker yang sudi stalk gua yang gua assume gua takdek mende pun nak di stalkkan..melainkan lu yang stalk akan jumpa jalan kosong tak bermakna pun..heh...terbelit gua nak tulis pun..



Disini gua just nak sentuh pasal harapan...yes..harapan kepada seseorang yang meminati secara diam mahupun terang-terangan..baik lelaki mahupun perempuan...kalau lelakinya..maybe ada rupa sedikit atau berduit dalam erti kata berharta, atau maybe orang panggil hotsettttaf la..mesti ramai perempuan akan mula rapat dan terus akan update dekat twitter dan facebook cakap, "Ah..untungnya kalau jadi gf sekian bin sekain.."..dan lepas tu si lelaki pun reply tweet tu cakap.."Eh awak cakap pasal saya eh..cukenye cukenye.."..dan beberapa ayat lain yang sezaman dengannya..

Dan for sure si perempuan mula syok bak kata orang, sebab konon nampak macam ada peluang dekat situ..mulalah rapat dan rapat dan stalk lagi..kekonon ADA PELUANG DAN HARAPAN untuk berdua..dan dan dan....lepas stalk punya stalk, dapat tahu lelaki tu playboy atau dapat tahu yang lelaki tu dah berpunya, naiklah status baru.."Babi..celaka kau jantan..sengaja kasi aku fall in love..bagi harapan pelesu..menyesal kasi kasih sayang aku yang mahal nih!!.."..dan..yang paling tak adil, semua lelaki dalam dunia ni dilabel sama dan suka beri harapan palsu...tapi adil keh?

Itu kisah perempuan...kalau lelaki pulak?..lebih kurang sama dan serupa dia punya plot cerita..cuma pelakon dia bertukar jantina..selalunya si perempuan tu cun gila babesss..tak cun, ayu, sopan, cute, comel, dan tak bermulut itik didepan cermin dan snap gambar..freehair tu kira touch up..dosa tu tanggung sendiri bak kata orang tua-tua..dan bila dah ada ciri-ciri macam gua sebut tu, mesti ramai lelaki tak kira jambu dan pondan akan cuba buat ayat untuk memikat dan cuba nasib..kekonon bajet boleh dapat..

Dan...ramailah yang start act like a superstar, pakai baju macam justin bieber, penyanyi korea dan sebagainya..kekonon uptodate untuk memikat hati perempuan..dan for sure si perempuan yang ramai peminat ni pun mula nak rapat dengan peminat-peminat dia yedak?..ajaklah hangout..ajak minum..snap gambar..mintak teddy bear..mintak tengok wayang..alah, lelaki mana tak cair, sanggup *kcingkcing keluar duit untuk membeli hati si perempuan..mana tak, kalau takde duit, mana boleh keluar!....
Contoh saja

Dan si perempuan lagilah seronok dan seronok bila dilayan serupa bidadari alam syurga, nak itu ini..*blink...dapat...dengan lelaki A mintak teddy bear..dengan lelaki B mintak tengok the latest movie..dan sebagainya..dan si lelaki pun -selalunya yang inesen, nak kasih sayang perempuan- sanggup segalanya demi nak dapatkan buah hati...so nampak macam mana lelaki diberi harapan?..lu ada duit, lagi banyak lu dapat harapan..takde duit, sori, no harapan...

Dan macam biasa...bila dah dapat tahu yang si lelaki/perempuan yang diminati tu dah punya kekasih..dan kena tipu bulat-bulat..mula bersedih..mula tak mahu keluar rumah..mula rasa down..mula tolak tepi buku..mulalah nak terjun KBmall...dan mula lah denying fact that in this world, there's only a man/women that can be love...farking mindset..

Bukan gua nak cakap apalah..memang sakit..sakit hoi kena dump..rasa seperti seorang yang bodoh menagih benda yang entah bila tak pasti dan salahkan Tuhan kenapa jumpakan kita dengan dia..sebab apa gua cakap macam tu..sebab gua pun pernah rasa macam tu..kahkahkah..we're the same bro and sistah..nasihat gua, just move one..no point to wait any longer..your love are more precious to put into someone else..memang susah, but give a try...=)

Untuk si lelaki dan si perempuan yang suka memberi harapan tu..sama ada terbuka atau tak sengaja atau tak tahu pun...kalau rasa that action macam memberi harapan, cepat-cepat set thing back to what it's suppose to be..kalau patut di friendzonekan..friendzonekan..senang ke depan nanti..tak perlu ada yang tersungkur dan ada yang kena tuduh free-free sebagai pemberi harapan..dan kalau yang sengaja tu, bawak-bawaklah berhenti, cukuplah mainkan hati orang..bawak fikir kesiankan perasaan orang lain..

Kalau rasa berkawan rapat tu dan si dia tu macam dah bagi signal cakap dia suka ke kita..make thing clear..senang..kalau sayang sama sayang..cakap terus terang, tak perlu bermain tarik tali bak kata orang..senang si dia masuk meminang..cewah..dan JANGAN sesekali terima semata-mata nak test..kalau nak test tu, masa berkawan, bukan masa dah terima..paham?..bukan apa, sakit tahu bila dah terima tetapi last-last cakap sekadar suka..suka yang tak bawa maksud sayang atau sebagainya..sakitnya serupa nak terjun bangunan kalau yang dah takde Iman yang kuat..sebab gua pun pernah rasa macam tu..rasa jelah..tak buat pun..gua tak bodoh nak korbankan nyawa untuk seorang manusia yang mainkan perasaan gua semata-mata nak dapatkan perhatian dia balik..pointless..

So...move on lah semua yang terkena dengan harapan palsu neh..baik perempuan ke lelaki..Jangan nanti dia keluar ayat macam ni..."Nak ke saya sayang awak sebab saya kesian ke awak?"...itu lagi farking rasa hina gila perasaan kita ke dia..


















P.S: Tak salah pun move on..mana tahu tetiba Najwa Latiff jejalan terjumpa lu tengah down terus mintak kahwin...takkan nak cakap macam ni pulak, "Saya taknak..semua cinta manusia dekat dunia ni tipu belaka."..Pergi kahwin dengan pokok le gitu..huh.

Unknown jangan bagi harapan dan jangan menghampakan
Scha Nazri woi, macama gua punya entry deduluuuu. tiru idea guaa. weks
Da LovaC @Ammelia: betul-betul...


@syAzAnA: budak ni...udah2 le tu..gi simpan harapan dekat muhayat.muhehehe

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads