gravatar

Are you blogger? Then this for you.

Hi allz..
Salam..

Kali ni sekali lagi aku nak kongsi berita dengan korang..especially untuk para blogger diluar sana..take note some point okey~? Jom baca dulu.

Raja Zarith risau belia cari maklumat di blog tanpa kesahihan

KUALA LUMPUR: Naluri keibuan jelas bertakhta di hati isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris apabila meluahkan kegusaran hatinya terhadap kecenderungan generasi muda yang gemar merujuk blog bagi mendapatkan maklumat berhubung sesuatu perkara tanpa tapisan.
Berkongsi rasa hati sebagai ibu, beliau mengakui perlu menerima perubahan dalam teknologi maklumat, termasuk blog dan internet, tetapi perlu ada pemantauan, supaya tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang mungkin terkandung di dalamnya.

Walaupun Raja Zarith Sofia kurang sihat serta keletihan berjumpa ramai rakyat sejak akhir-akhir ini, jiwanya tetap kelihatan bersemangat membicarakan isu remaja serta kanak-kanak yang sentiasa menjadi perhatiannya sejak dulu.

Masih serius membincangkan hal itu, beliau sempat makan ubat dan beberapa kali meneguk air suam terletak atas meja sisi sofanya. Kebimbangan itu semakin menebal apabila memikirkan segelintir orang muda yang menerima bulat-bulat maklumat dibaca lantaran cetek ilmu pengetahuan.

Katanya, sebagai ibu mempunyai anak remaja, beliau dan suami, Sultan Ibrahim selalu mengingatkan anakanda mengenai batas dalam melayari internet dan itulah juga yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa lain.

“Saya juga gemar melayari internet dan mendapati saban hari, boleh dikatakan ada 100 blog baru. Bagi wanita, ada blog untuk kecantikan dan fesyen, manakala lelaki pula ada sukan golf dan sebagainya... tetapi biarlah pemilihan itu kita tapis juga. Saya lihat ada sesetengah blog yang bukan saja tidak bertapis, malah penggunaan bahasanya amat kasar.

“Saya fikir generasi muda pula tidak seharusnya menerima 100 peratus apa yang dipaparkan, sebaliknya bertanya atau selidik dulu sesuatu perkara yang mungkin anda fikir maklumatnya tidak tepat,” katanya.

Kata-kata itu adalah lontaran peribadi Raja Zarith Sofia memulakan bicara pada awal perbualan ketika pertemuan Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times (NSTP), Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Wanita, Fadzlena Jafar di sini, semalam.

Pertemuan selama kira-kira sejam setengah itu menyingkap sisi penyayang dan keprihatinan beliau terhadap isu yang melanda pada masa kini, khususnya membabitkan generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan masa depan.

Ditanya mengenai blog peribadi, beliau mengakui berminat untuk menulis blog, tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya.

Kelihatan lembut mengenakan baju kurung rona kuning dan dipadankan selendang hijau serindit serta sentiasa menguntumkan senyuman pada bibirnya, jelas terpancar citra wanita dan wajah keibuannya.

Raja Zarith Sofia hadir ke ibu kota selama dua hari sempena seminar Kesan Globalisasi kepada Masyarakat Muslim Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) yang berlangsung kelmarin. Pada seminar itu, Raja Zarith Sofia turut menyampaikan ucaptama bertajuk Globalisasi: Membina Hubungan Antara Islam dan Barat.

Selain itu, Raja Zarith Sofia turut menegaskan pentingnya masyarakat menguasai bahasa Inggeris yang menjadi bahasa perantara utama dan terbitan sumber ilmu termasuk sains, teknologi dan agama.

Katanya, kegagalan menguasai bahasa Inggeris akan menjadi penghalang usaha menuntut ilmu dan mendapatkan rujukan.

“Bahan rujukan berbentuk keagamaan yang bagus seperti penulisan Imam Ghazali hanya didapati dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa Melayu. Justeru, sekiranya individu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris, ia bagaikan satu halangan menambahkan ilmu. Samalah juga dengan ilmu yang lain, termasuk sains dan teknologi,” katanya.




Ha..camne? takut tak baca? sultanah bercakap..pasal blog tu bhai...so..disini aku nak simpulkan point-point dalam tu berdasarkan PANDANGAN AKU SENDIRI ...ada paham?

We are dangerous?

  • suruh mak-mak korang luahkan rasa risau yang teramat yang agak boleh buat touching2 pasal dunia maya ni..then barulah mak-mak korang tu ada NILAI KEIBUAN.[bukan aku cakap, penulis tu sendiri yang tulis, another assumption from me okey?]
  • "perlu ada pemantauan, supaya tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang mungkin terkandung di dalamnya." mak aih..semua blog provide negative side ke weyh..kalau macam zaharuddin.net tuh..negative gak ke weyh..omigod...ni dah kes kerana nila setitik rosak susu sebelanga dah ni..terase ai~
  • "batas dalam melayari internet dan itulah juga yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa lain." aku rasa..dari khuatir anak-anak baca blog yang mostly tulis pasal pandangan masing-masing..better khuatir anak-anak anda semua tuh duk masuk laman web porno dan porno dan porno pehtu seronok sendiri..pehtu mula cari mangsa..better risau yang tu lagi bhai..don't narrow your minded yang "internet itu blog" dan "blog itu internet"..oh puliiiessss...
  • "generasi muda pula tidak seharusnya menerima 100 peratus apa yang dipaparkan"..korang percaye ke semua mende yang ada dalam arena blog ni bhai? tepuk dahi..
  • "sentiasa menguntumkan senyuman pada bibirnya, jelas terpancar citra wanita dan wajah keibuannya." excuse me...ini ayat bodek nak gaji lebih eh?
  • "kegagalan menguasai bahasa Inggeris akan menjadi penghalang usaha menuntut ilmu dan mendapatkan rujukan." dan "Bahan rujukan berbentuk keagamaan yang bagus seperti penulisan Imam Ghazali hanya didapati dalam bahasa Inggeris"..nak lagi bagus...belajar bahasa arab..sebab semua source dalam bahasa arab..dan lagi satu..dengan bahasa malaysia kita tak boleh dapat ilmu dan rujukan? another sesi tepuk dahi..


Another point yang aku rasa perlu..

As a blogger..aku tahu..kita kadang-kadang buat silap bhai...nama kata manusia..we can't run from mistake..so disitulah datangnya orang untuk menasihat..kalau cakap macam tadi tu..nak 100% boleh diterima baru boleh tulis blog...alamatnya..tak meriah la arena blog..

Lagi satu..bagi aku lah kan..be yourself lagi better..nak jadi hipokrit buat ape..memang blog kita tu means our own blog..nak tulis apa tu, tulis lah..tapi aku nak tanya satu je.. korang nak jadi hipokrit dengan orang lain? I don't know la if a few of you yang pegang title blogger sekadar nak cari publisiti then terpaksa be hipokrit to your reader..

Aku rasa..article ni di tulis untuk blog-blog yang ada unsur politik..kan aku dah kata before this..politik je memang keji bhai..bila kekejian politik ni dah berleluasa..korang jangan harap semua benda sekeliling korang akan bebas dari politik..dan tolong lah..kalau ada sesetengah blog yang pasal politik..tolong jangan label arena blog ni hanya pasal politik..kalau blog personal camne?...change your mindset please?

And sometime..serious aku cakap..kita ni keras kepala nak terima perkara betul..tak payah tengok jauh...anda, anda dan aku termasuk..sebab sesetengah benda yang betul tu lah pahit untuk ditelan..nak manis-manis pergi masuk dalam fairy tales lah..

Till then..jumpa lagi..



P.S: Truth never be lies..same goes to reality..

hanis aleeya aka gadis sepi ok. takmo komen panjang2..

seriously, sejak bila pulak wartawan jadik sasterawan neh? siap ayat bunga2 bagai.. fuh!! laras bahasa tak betul pulak tu!

dan satu lagi, perasan tak ada dia cakap kat situ.. "beliau mengakui berminat untuk menulis blog, tetapi tidak berkesempatan melakukannya."

aik, kata blog tak bagus. tapi nak tulis juga. apekes ni?

psttt: tak panjang kan?
ceksumolek's wahh.. takut pulak bila baca nih.. huhuu..
Da LovaC @lya
lepas ni blogspot buat syarat baru..only for high class user..=.=

@☺[ai][sUmi]☺Chan
hehehe..they assume yang blogger must be professor only kot?

@donnyien
thnks

@Mohamad Nur Hidayat
thnx too
M. Faiz Syahmi blogger politik majoritinya bercakap guna kepala kon. tak semua la.. naseb aku memang x masuk ngan hal2 politikus ni. kalo smpai umo mengundi nanti pon aku mcm malas je nak mengundi. haih. =.="
Meck sbb tu blogger kalau nk ckp psl facts kna ada source.
Da LovaC @faiz
haiz..

@meck
yep..betul tu..tapi yang kesian..personal blogger macam terlibat sekali..hurm..
Ken Wooi well.. some bloggers la.. not all =P
Da LovaC ken..yep..not all..some of us just for fun right..haha..neway..i like your writing style..hahaha
Da LovaC hehe..sambung kolebrasi ayat ang..

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads