Files

gravatar

Nak apa lagi?

        Berdasarkan tajuk diatas jelas sekali terdapat unsur-unsur yang masih belum lenyap dan mahu menghantui jiwa perasaan hari indah aku yang dulu tidak pernah disenangi. Langsung tidak. Kenapa mesti mencari sedangkan engkau sudah berjaya sehabis-habisnya melihat apa yang engkau ingin lihat. Aku jatuh dan engkau mahu melihat lagi? Mahu membuat yang sama berulang-ulang?

       Pergi jauh-jauh jangan di ungkap atau sesekali mencuba memasuki hidup aku lagi. Aku benci engkau. Ya, memang, kita pernah menjadi kawan dulu. dan itu DULU. Aku ingat engkau sudah berpuas hati dengan "pencapaian" engkau. Rupanya tidak. Entah dan aku tidak sesekali berminat untuk mengetahui hasrat hati engkau atau cebis-cebis harapan engkau. Simpan saja untuk diri sendiri kerana bagi aku, kawan bukan bermakna buat seseorang hipokrit cakap-cakap ketawa-ketawa belakang-belakang. Bagi aku, itu sesuai sekali dengan istilah pengecut, pembelot dan bukan orang yang berhak digelar atau mendapat tanda nama sebagai kawan dalam kamus hidup aku.

      Jadi, sudahlah, pergi hidup dengan hidup sempurna engkau. Buat apa perlu lagi cari aku? Jangan sesekali hadir makna "sialan" buat engkau. Tidak perlulah tercari-cari terlihat-lihat atau seumpama. Tidak puas lagi melihat kejatuhan orang lain? Dasar apa engkau amal kan? Demokrasi terpimpin? Sudahlah. Untuk makluman umum, engkau mengajar erti perbezaan kawan dan langsung tidak layak diberi gelaran kawan. Selamat maju jaya.

      Akhir kata, NAK APA LAGI?

gravatar

Sunyi sepi..bukan aku pinta...

     Entah, tiada lagi apa-apa mampu diungkap. Biar bisu biar diam dan mungkin itu yang perlu diamal. Bukan sakit hati, bukan meminta  begini. Untuk sepi bukan kehendak mahupun keinginan tetapi lebih kepada tidak mahu berkata-kata. Itu yang terbaik dan keputusan rasional dari orang yang berfikir. Hidup memang tidak semeriah dan segirang selalu. Mungkin kerana apa itu tertulis perkataan SUNYI.

    Tidak lagi ku terpaku termenung menanti memerhati apa yang tidak pasti. Kata-kata tiada lagi makna tiada lagi maksud tiada lagi empunya pemahaman. Sekadar sunyi menemani hati kemana aku pergi. Mungkin ada yang pelik, mungkin ada tertanya, tetapi ini aku, realiti dan bukan lagi fantasi. Biar saja itu berlalu, mungkin esok lusa bakal surut, mungkin banjir tidak berhenti-henti tetapi nestaya akan datang kemarau panjang dalam kehidupan.

   Siapa saja paham dan mengenali erti perasaan dan rasa begini. Tiada apa yang mungkin tersurat mahupun tertulis. Tiada bukan bermaksud kosong dan bukan erti diam mengalah, tetapi sekadar mengguna akal kurniaan Allah untuk berfikir apa yang terbaik untuk seketika. Berfikir sambil merenung kehadapan, memahami kehendak hati dan jiwa yang hampir lenyap dengan kesempitan anugerah masa.

   Apa lagi bakal berlaku, aku hanya mampu berserah. Tidak lagi percaya akan mimpi dan godaan angan-angan. Biar saja ia berlalu pergi dan jangan lagi kembali akan angan-angan yang tiada asas kerana sketsa hidup semuanya sama serupa serumpun. Laksana drama-drama lakonan si pelakon terseksa jiwa menangis meraung meminta dan dipertonton di kaca-kaca tv.

   Mungkin masa sudah datang, dan ku tidak pasti kebenaran sebenar. Apa yang diingin, apa yang dipinta, bukan aku ingini. Tidak mengapa kerana aku yang merasa dan tiada siapa paham erti jiwa yang terseksa dek dilanda hujan rindu dan angan-angan menyepi. Kini aku hanya mampu memohon kepada Maha Esa, berikan aku peluang dan secebis masa dan seluas ruang untuk dan buat diriku sendiri mengenal nilai-nilai serta norma-norma kehidupan manusia bermacam-macam jenis jiwa ini. Kerana aku...hanya manusia biasa....

gravatar

Esok Lusa..Siapa Saya?

      Mungkin ada yang tertanya dan mungkin tidak. Tidak mengapa buat yang menyoal atau tidak. Bukan itu menjadi kayu pengukur kehidupan. Jadi, apa itu kayu pengukur bagi kehidupan? Banyak yang boleh dijadikan pengukur. Keimanan, keikhlasan, kewibawaan, dedikasi, nilai murni dan berbagai-bagai lagi. Hanya perlu tanya kehendak sendiri. Bukan tujuan entri ini untuk cakap semua kayu ukur diatas.

      Berbalik kepada tajuk asal, apa benar kita yang tetapkan perjalanan hidup?. Semua tertulis diatas kertas sebesar A4?F4?. Ya atau tidak,mesti pernah dulu cikgu-cikgu di sekolah menyoal begini
   "Ok murid-murid, hari ini cikgu hendak kamu semua ceritakan kepada kelas, apa cita-cita kamu.."
Betul? Dek terpengaruh dengan kawan-kawan, media massa, kaum keluarga malahan cikgu sendiri. Oleh itu, keluar bermacam-macam keinginan/cita-cita kita di zaman baru mengenal ABC. Contah, buatku, pernah dulu,aku masih mengingati cita-cita pertama yang keluar dari mulut mentah ini.
   "Saya hendak jadi seorang pegawai bomba cikgu.."[Mahu tidak mahu bercakap]
Mungkin masa itu kaca TV byk mempengaruhi. Zaman berlalu, pantas tanpa menunggu sesiapa. Kini aku 19 tahun dan tidak beberapa bulan lagi, angka 20 bakal menjelma. Lihat saja bagaimana kanak-kanak berfikir.

      Evolusi tidak pernah berhenti, tambahan dalam mengenal erti kehidupan sebagai hamba Allah dibumi nyata ini. Setelah beberapa tahun berlalu, diri ini menjejak kaki ke alam pra-remaja. Ya, cita-cita yang dahulu diberi, berubah, namun kita terutama diriku tidak lagi memikirkan pengalaman lalu. Di alam sekolah menengah, aku menetap cita-cita untuk menjadi seorang saintis. Hati aku tertarik dengan alam ciptaan-Nya. Lihat saja, sehebat-hebat manusia dan teknologi, masih ada yang terkecil yang baru ditemui. Hebat ciptaan Allah. Sangat Hebat. Pemikiran remaja, untuk mencuba meneroka dan bagiku, ingin tahu terhadap sains terutama biologi amat mendalam. Dihati berharap, aku akan berjaya suatu hari nanti menjadi seorang saintis yang hebat, malah berazam untuk mencari cara untuk merawat HIV. Bukan aku hendak mengalak zina, tetapi Allah dah menerangkan. Tiada penyakit yang tiada ubat melainkan MATI.

       Saat berganti jam, jam berganti hari,hari berganti bulan, bulan berganti tahun. 16 tahun berlalu. Tiba-tiba hatiku terbuka untuk melihat dunia lebih jauh dan merancang lebih jauh. Hati tertarik dengan minatku terhadap alatan-alatan melibatkan elektronik  dan contohnya, komputer,gadjet-gadjet dan sebagainya. Bagiku, manusia makin membangun, ketinggalan sedikit mampu diekplotasi oleh sesiapa yang berhati busuk. Cita-cita kini berubah lagi. Seorang jurutera yang mampu mencipta sesuatu untuk kebaikan manusia sejagat. Jurutera bukan bermakna tidak mampu melihat segala jenis kehebatan Allah. Lihat saja burung yang berterbangan dengan bebas, manusia tidak mampu mencipta begitu. Allah Maha Agung.

     Tahun ini, akan genap bagiku 20 tahun menikmati dunia ciptaan Allah ini. Sekarang diri ini hanya mampu merancang, Ya Rabb yang menentukan. Ku harap mampu meneruskan apa yang dirancang mahupun kadang-kadang tidak terlepas dari diuji oleh-Nya. Terjatuh sekali bukan bermakna akan terjatuh buat selamanya. Mungkin ada hikmah tersimpan, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin apa yang terjadi telah ditetapkan. Ujian-Nya itu hadir buat insan yang mampu menghadapi dan akan aku pegang kata-kata itu.

    Lihatlah bertapa kehidupan mengajar dalam mendewasakan diri. Bermula dengan cita-cita di atas sekeping kertas, menjadi manusia yang berguna kepada semua. Itulah kehidupan yang diatur oleh Allah Maha Esa. Berfikirlah walaupun sekejap dari melakukan ssesuatu tanpa berfikir berhari-hari. Oleh itu, tanyalah pada diri soalan yang sama..

                            " Esok Lusa....Siapa Saya?..."

gravatar

Kawan....Hipokrit

Entah..tak tahu mengapa aku harus ambil tajuk diatas..
Mungkin terlalu kejam..tetapi aku harus bercakap benar...
Aku tahu aku xsempurna..mungkin lepas ini..ada yang berkata begini:
"Engkau peduli apa,suka hati aku la"
sebagai kawan..yang lama mengenali..bukan tujuan ku nak menjatuhkan..
tetapi untuk menasihati..dan jika itu hak engkau mahu ke tak mendengar..
Mana pergi perwatakkan engkau dahulu?hilang?dimakan dek anai-anai?
Hidup memang tidak dapat diduga..tetapi apa pun..balik lah kepada asal.....
sekali lagi aku ulang...bukan dasar aku nak menjatuhkan sesiapa..
sebagai kawan..aku harus..cakap..dan soal..
Mana pergi perwatakan kau dahulu?baru melangkah melihat dunia yang baru...terus kena berubah?
bukan dasar aku untuk menjadi hipokrit yang hanya mampu melihat dan berdiam diri..
satu sahaja ingin aku ketengahkan...
sudahlah..kalau mahu buat sesuatu atas dasar mahukan perhatian..
perananmu sama seperti pengemis...tetapi dalam erti kata..pengemis kasih sayang...
balik lah kepada yang asal..mana kata-kata mu dahulu...
jangan jatuhkan maruah mu dimata aku...hipokrit bukan cara aku..
kembalilah kawanku..

gravatar

Entah..Bila hati berkata lagi...

23 January 2010...
entah...mungkin tarikh sedih buat aku....mungkin...
tiba-tiba sebak...berat hati...berdarah lagi...
haha...luar hanya mampu tertawa...mampu tersenyum..
menipu dunia...sembunyi kesedihan ini...mungkin terbaik...
Insan sangat lemah...entah..tiada siapa sudi..rasanya..
sudi mendengar...mungkin membaca tulisan ku ini jua?
akhir...semua berakhir dengan 1 perkataan...PENGHARAPAN...
dan akhirannya...berbunyi...dihampakan...
ku tidak tahu...mana datang sedih ini...
mungkin...tp entah.....konflik diri?...confession of my personality??
I DONT know....
Mungkin..ku ditakdirkan begini..hanya mampu menyatukan orang lain...
sedangkan hati sendiri merana..SANGAT....
mengapa...mengapa hati yang keras ini...mengalirkn sebutir..demi sebutir..
air membasahi pipi...am I that stupid..am I??
hanya sekadar monolog yang mampu aku ukirkan...hanya itu mampu aku tuliskan...
apalah nasib...hanya itu yang tertulis buat ku...
"bye-bye...never say good bye"(because I am stupid-SS501)
apalah nasib...aku xmampu lg...xmampu..
Ya Allah..bantulah aku...tunjukknlah apa itu erti kasih sayang Ya Allah..
tolong lah...ku merayu...
...cry for you...missing for you(because I am stupid)
aku lemah..aku mengaku...
aku hanya perlu..seorang kawan..ataupun sahabat..atau sesiapa...
untuk diluahkan segala isi hati ini..aku xmampu menyimpan lg...
terima kasih..terima kasih wahai blog...kerana sudi mendengar isi hati ini...
walaupun jauh disudut hati..xkan ada yang sudi...membaca...haha...
mungkin ini rasa bagi siapa-siapa yang sunyi...aku hanya mampu mengukir senyuman dimulut..
tidak dihati...yang sentiasa menagis..entah mengapa..malam ini...
ku xmampu bertahan lg...tersenyum dalam linangan air mata..
kawan datang dan pergi...mungkinkah kekasih hati juga begitu?
tapi sahabat ku percaya bukan begitu...sahabat disisi walaupun ketika tersenyum mahupun menangis...
siapa aje yang nk jadi sahabat aku kan?
entah...panjang aku menulis kali ini...walaupun aku tahu tiada siapa yang sudi membaca...aku tetap juga menulis...aku nk menangis puas2...aku dah give up...
give up dalam bercinta...mahupun...menyayangi...hatiku dah beku..dah keras...
terima kasih kepada yang selama ini sudi mendengar...walaupun secebis...
terima kasih jugak buat yang sudi berkongsi sayang...walaupun aku tahu dirimu tidak sudi...
entah...air mata ini xberhenti-henti...mungkin hati aku dah teruk terluka...tidak mampu lagi diubati..
poor me...hati terlampau memendam...mungkin fitrah bagiku untuk memendam segalanya...
rasa sayang..rasa kecewa...mahupun rasa ingin menangis..


Aku akhiri kali ini dengan 2lagu yang berjaya buat mata ku yang keras untuk menangis..tiba-tiba xterhenti mengeluarkan air mata...


Wedding Dress - Taeyang
Because I Am Stupid - SS501

gravatar

Cherita hati...siapa tahu?

Bahagia melihat yang lain tersenyum...walaupun diri ini sekadar biasa-biasa...
siapa memahami?dikala yang lain mampu  bergembira...
menanti saat-saat berbahagia dan dinanti-nantikan...
bergelar pelajar oversea...tapi aku...hanya melihat...menyesal..
mungkin salahku...tetapi...menyesal sekali mengenali seseorang...
bertambah leka ...dengan nikmat dunia...
mungkin bagiku terlambat..untuk semua ini...
apakah daya..aku tewas dengan ujian Ilahi...
tambah runsing pabila kawan sendiri...
yang ku anggap sahabat...tertawa dibelakang melihat aku bersedih..
aku menyesal memberi erti sahabat buat orang yang tidak layak sekali digelar kawan sekalipun...
mungkin sekarang...dia berpuas hati..
entah...itu sehaja mampu ku ungkapkan...
maaf...tiada lagi erti persahabatan buatmu..
terima kasih...sedarkan aku...
bertapa dunia ada terselit insan seperti kau...
tahniah...kerana berjaya..melihat aku jatuh...

gravatar

Perjalan penuh cubaan

"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.

Siapa yang menjadikan kita?

Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.

Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.


From: ILUVISLAM
Mohd Shahrul Naim

gravatar

why...

why im crushing over a girl that never feel the same thing..
hurm...Am I not lucky enough?
or..they just take me for granted..
Im human too..not perfect..want to be loved..
because i'm to geek?
because Ive so many weaknesses?? ...
Is that love taught us..
being cruel against others feeling??
do you really perfect like angel to be proud choose your life partner?
Even God..never did those thing to His slave..
Ya...I know...nobody would or wanted to read those thing that I ever post here..
For me..its ok..its relieve some of my frustration toward most of people that full of greediness..
Nevermind..now i thought..being single more comfortable..enjoy my life.. with all my friend..no one ever care about me..nobody would jealous with my action..
My friend did quote...."Single is simple"..
yeah...its true..no one wont get hurt...
but sometime..for sure..its human nature that..want to be loved and being appreciated..
till then..I'm just nobody to anyone..no one..except for my own family..

Just Nobody
:: Speechless::

gravatar

some sort of wish

dalam 2010 ni..harap ade 12 bulan kegembiraan..52 minggu keseronokan..365 hari kejayaan..8760 jam sentiasa sihat..52600 minit gud luck..3153600 saat keceriaan..selmat taun baru dr sy











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads