Nak apa lagi?
Berdasarkan tajuk diatas jelas sekali terdapat unsur-unsur yang masih belum lenyap dan mahu menghantui jiwa perasaan hari indah aku yang dulu tidak pernah disenangi. Langsung tidak. Kenapa mesti mencari sedangkan engkau sudah berjaya sehabis-habisnya melihat apa yang engkau ingin lihat. Aku jatuh dan engkau mahu melihat lagi? Mahu membuat yang sama berulang-ulang?
Pergi jauh-jauh jangan di ungkap atau sesekali mencuba memasuki hidup aku lagi. Aku benci engkau. Ya, memang, kita pernah menjadi kawan dulu. dan itu DULU. Aku ingat engkau sudah berpuas hati dengan "pencapaian" engkau. Rupanya tidak. Entah dan aku tidak sesekali berminat untuk mengetahui hasrat hati engkau atau cebis-cebis harapan engkau. Simpan saja untuk diri sendiri kerana bagi aku, kawan bukan bermakna buat seseorang hipokrit cakap-cakap ketawa-ketawa belakang-belakang. Bagi aku, itu sesuai sekali dengan istilah pengecut, pembelot dan bukan orang yang berhak digelar atau mendapat tanda nama sebagai kawan dalam kamus hidup aku.
Jadi, sudahlah, pergi hidup dengan hidup sempurna engkau. Buat apa perlu lagi cari aku? Jangan sesekali hadir makna "sialan" buat engkau. Tidak perlulah tercari-cari terlihat-lihat atau seumpama. Tidak puas lagi melihat kejatuhan orang lain? Dasar apa engkau amal kan? Demokrasi terpimpin? Sudahlah. Untuk makluman umum, engkau mengajar erti perbezaan kawan dan langsung tidak layak diberi gelaran kawan. Selamat maju jaya.
Akhir kata, NAK APA LAGI?
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.