gravatar

Sunyi sepi..bukan aku pinta...

     Entah, tiada lagi apa-apa mampu diungkap. Biar bisu biar diam dan mungkin itu yang perlu diamal. Bukan sakit hati, bukan meminta  begini. Untuk sepi bukan kehendak mahupun keinginan tetapi lebih kepada tidak mahu berkata-kata. Itu yang terbaik dan keputusan rasional dari orang yang berfikir. Hidup memang tidak semeriah dan segirang selalu. Mungkin kerana apa itu tertulis perkataan SUNYI.

    Tidak lagi ku terpaku termenung menanti memerhati apa yang tidak pasti. Kata-kata tiada lagi makna tiada lagi maksud tiada lagi empunya pemahaman. Sekadar sunyi menemani hati kemana aku pergi. Mungkin ada yang pelik, mungkin ada tertanya, tetapi ini aku, realiti dan bukan lagi fantasi. Biar saja itu berlalu, mungkin esok lusa bakal surut, mungkin banjir tidak berhenti-henti tetapi nestaya akan datang kemarau panjang dalam kehidupan.

   Siapa saja paham dan mengenali erti perasaan dan rasa begini. Tiada apa yang mungkin tersurat mahupun tertulis. Tiada bukan bermaksud kosong dan bukan erti diam mengalah, tetapi sekadar mengguna akal kurniaan Allah untuk berfikir apa yang terbaik untuk seketika. Berfikir sambil merenung kehadapan, memahami kehendak hati dan jiwa yang hampir lenyap dengan kesempitan anugerah masa.

   Apa lagi bakal berlaku, aku hanya mampu berserah. Tidak lagi percaya akan mimpi dan godaan angan-angan. Biar saja ia berlalu pergi dan jangan lagi kembali akan angan-angan yang tiada asas kerana sketsa hidup semuanya sama serupa serumpun. Laksana drama-drama lakonan si pelakon terseksa jiwa menangis meraung meminta dan dipertonton di kaca-kaca tv.

   Mungkin masa sudah datang, dan ku tidak pasti kebenaran sebenar. Apa yang diingin, apa yang dipinta, bukan aku ingini. Tidak mengapa kerana aku yang merasa dan tiada siapa paham erti jiwa yang terseksa dek dilanda hujan rindu dan angan-angan menyepi. Kini aku hanya mampu memohon kepada Maha Esa, berikan aku peluang dan secebis masa dan seluas ruang untuk dan buat diriku sendiri mengenal nilai-nilai serta norma-norma kehidupan manusia bermacam-macam jenis jiwa ini. Kerana aku...hanya manusia biasa....

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads