gravatar

Esok Lusa..Siapa Saya?

      Mungkin ada yang tertanya dan mungkin tidak. Tidak mengapa buat yang menyoal atau tidak. Bukan itu menjadi kayu pengukur kehidupan. Jadi, apa itu kayu pengukur bagi kehidupan? Banyak yang boleh dijadikan pengukur. Keimanan, keikhlasan, kewibawaan, dedikasi, nilai murni dan berbagai-bagai lagi. Hanya perlu tanya kehendak sendiri. Bukan tujuan entri ini untuk cakap semua kayu ukur diatas.

      Berbalik kepada tajuk asal, apa benar kita yang tetapkan perjalanan hidup?. Semua tertulis diatas kertas sebesar A4?F4?. Ya atau tidak,mesti pernah dulu cikgu-cikgu di sekolah menyoal begini
   "Ok murid-murid, hari ini cikgu hendak kamu semua ceritakan kepada kelas, apa cita-cita kamu.."
Betul? Dek terpengaruh dengan kawan-kawan, media massa, kaum keluarga malahan cikgu sendiri. Oleh itu, keluar bermacam-macam keinginan/cita-cita kita di zaman baru mengenal ABC. Contah, buatku, pernah dulu,aku masih mengingati cita-cita pertama yang keluar dari mulut mentah ini.
   "Saya hendak jadi seorang pegawai bomba cikgu.."[Mahu tidak mahu bercakap]
Mungkin masa itu kaca TV byk mempengaruhi. Zaman berlalu, pantas tanpa menunggu sesiapa. Kini aku 19 tahun dan tidak beberapa bulan lagi, angka 20 bakal menjelma. Lihat saja bagaimana kanak-kanak berfikir.

      Evolusi tidak pernah berhenti, tambahan dalam mengenal erti kehidupan sebagai hamba Allah dibumi nyata ini. Setelah beberapa tahun berlalu, diri ini menjejak kaki ke alam pra-remaja. Ya, cita-cita yang dahulu diberi, berubah, namun kita terutama diriku tidak lagi memikirkan pengalaman lalu. Di alam sekolah menengah, aku menetap cita-cita untuk menjadi seorang saintis. Hati aku tertarik dengan alam ciptaan-Nya. Lihat saja, sehebat-hebat manusia dan teknologi, masih ada yang terkecil yang baru ditemui. Hebat ciptaan Allah. Sangat Hebat. Pemikiran remaja, untuk mencuba meneroka dan bagiku, ingin tahu terhadap sains terutama biologi amat mendalam. Dihati berharap, aku akan berjaya suatu hari nanti menjadi seorang saintis yang hebat, malah berazam untuk mencari cara untuk merawat HIV. Bukan aku hendak mengalak zina, tetapi Allah dah menerangkan. Tiada penyakit yang tiada ubat melainkan MATI.

       Saat berganti jam, jam berganti hari,hari berganti bulan, bulan berganti tahun. 16 tahun berlalu. Tiba-tiba hatiku terbuka untuk melihat dunia lebih jauh dan merancang lebih jauh. Hati tertarik dengan minatku terhadap alatan-alatan melibatkan elektronik  dan contohnya, komputer,gadjet-gadjet dan sebagainya. Bagiku, manusia makin membangun, ketinggalan sedikit mampu diekplotasi oleh sesiapa yang berhati busuk. Cita-cita kini berubah lagi. Seorang jurutera yang mampu mencipta sesuatu untuk kebaikan manusia sejagat. Jurutera bukan bermakna tidak mampu melihat segala jenis kehebatan Allah. Lihat saja burung yang berterbangan dengan bebas, manusia tidak mampu mencipta begitu. Allah Maha Agung.

     Tahun ini, akan genap bagiku 20 tahun menikmati dunia ciptaan Allah ini. Sekarang diri ini hanya mampu merancang, Ya Rabb yang menentukan. Ku harap mampu meneruskan apa yang dirancang mahupun kadang-kadang tidak terlepas dari diuji oleh-Nya. Terjatuh sekali bukan bermakna akan terjatuh buat selamanya. Mungkin ada hikmah tersimpan, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin apa yang terjadi telah ditetapkan. Ujian-Nya itu hadir buat insan yang mampu menghadapi dan akan aku pegang kata-kata itu.

    Lihatlah bertapa kehidupan mengajar dalam mendewasakan diri. Bermula dengan cita-cita di atas sekeping kertas, menjadi manusia yang berguna kepada semua. Itulah kehidupan yang diatur oleh Allah Maha Esa. Berfikirlah walaupun sekejap dari melakukan ssesuatu tanpa berfikir berhari-hari. Oleh itu, tanyalah pada diri soalan yang sama..

                            " Esok Lusa....Siapa Saya?..."

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads