La la la la Kerjalah sangat.
[Mode: Noah - Separuh Aku]
Salam dan ding dong ding semua..
Actually gua dah draft lama dah entri ni, tapi haramjad malas nak habiskan. Makin lama makin kosong jiwa menulis gua. Mana tidak, makin tua ni makin sibuk kerja dan hadap perangai mak nenek bos, manager dengan perangai kebudak-budakkan operator walaupun sudah tua bangka. Masa chill gua pun habiskan dengan Dota. Ok dah intro membebel.
Well, sepanjang lu kerja dekat kilang ni, lu dapat tengok bermacam jenis kerenah dan telatah, dan bagi gua, gua buat kawan je dengan semua, even lu cina, vietnam, indo ke apa ke. At least dapat la serba sedikit dengar dan belajar latar belakang diorang. Dan part yang seronok tu, tengok diorang cuba explain masalah diorang dekat gua mengunakan bahasa melayu rojak yang amat teruk. Sampaikan entah mende yang dia cakap pun gua tak paham kadang. Naik meroyan semata nak paham. Sudahlah guna bahasa melayu rojak, dicampur dengan lenggok bahasa yang entah mana dapat. Kadang lepas gua settle masalah tu, gua duduk seseorang gua tergelak, power jugak gua tangkap meaning apa yang dia nak cakap walaupun serupa bahasa alien.
Bila dah masuk alam kerja ni, gua ada macam macam jenis perangai dan semuanya bergantung kepada situasi. Contoh, nak lari meeting, nak mengular, nak melepak, nak bantai tidur. Semua tu sekali sekala je datang bila mood malas tu keluar. Tapi sikap yang gua titik beratkan waktu bekerja ni simple, habiskan kerja/ settle your work within your time frame. Meaning to say, don't drag it or involve other people. Itu sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan lu, at least orang lain senang nak deal dengan lu kedepan nanti. Buatkan orang lain senang untuk bekerja dengan lu.
Ah, gua rasa gua patut ubah blog ni jadi blog kerjaya, dah macam pakar motivasi cabuk pulak membebel ntah mende. Gua rasa gua patut stop sekarang sebelum keluar cerita kawan-kawan gua mengorat awek indo bagai. Till then, gua chaow dulu. Bye awak yang comel, cantik, putih gebu, yang sudi baca blog buruk ni.
P.S: Kadang kita rasa down, fuck up dengan kerja yang ada, tapi ingat, ada lagi insan dekat luar sana tak punya kerja, tak sesenang kita yang tak perlu kerja keras membanting tulang semata untuk mencari rezeki. Jadi bersyukur. Tak gitu?
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.