gravatar

Cerita dulu.

[Mode: Pitbull ft. Chris Brown - International Love]

Gua tahu..bende yang bakal gua cite ni memang common bagi lu orang..pengalaman ketika korang dekat sekolah rendah..maksud gua dari darjah satu sampai ke darjah enam...lain orang lain cerita gua rasa..walaupun ada sedikit yang lebih kurang sama..tapi sure mak lain bapak lain..kan..


Masa gua darjah satu. cikgu matematik gua garang..perempuan..tak siap keje/tak bawak buku, cubit perut+pulas+angkat=memang sedap habis..gua dah pernah cite pasal ni..garang die sampaikan ada seorang budak perempuan kelas gua terkencing dalam seluar..tapi gua respek mak bapak time tu..tak ade pulak keluar saman cikgu ke hape..lagi support cikgu lagi ade..sebab diorang tak nak anak diorang manja....ngerti?..gua pulak merupakan pelajar yang paling disegani oleh cikgu-cikgu gua semata-mata gua anak cikgu HEM[hal ehwal murid]..tak suka betei gua kene control diri tak boleh nakal-nakal mengusik pelajar perempuan seperti yang kawan-kawan gua buat time tu..main kejar-kejar budak perempuan pastu menjerit satu sekolah..pastu gelak ramai-ramai..budak-budak..

Masa darjah dua, gua jatuh hati dengan seorang budak pengawas ni..darjah 5 kot..cantik..haha ok..cinta budak hingusan..gua pesen bukan macam budak-budak nakal nak ngorat pergi tarik kain ke ape..dan bukan jugak species direct "hai awak,saya suka awak"..bongok je..gua pesen jadi kawan baik dia..pedulik hape gua time tu budak-budak lain nak cakap ape..lepak dengan kakak pengawas tu tiap kali rehat memang perkara normal bagi gua time tu..
Gua cilok sama google.

Darjah tiga, gua tercari-cari kakak pengawas yang gua salu lepak tu hari pertama bukak sekolah lagi..tapi malang..dia dah pindah sekolah..tak kesampaian gua nak teruskan cinta budak-budak gua tu[macam cilake]..hari-hari lepas tu memang hari murung bagi gua lah..sebab gua target gua nak belajar pandai-pandai, kot-kot boleh jumpa dengan kakak tu balik..gatal gua tak habis-habis..dalam tahun yang sama, gua hadapi penilaian PTS [sekarang dah tak ada tak taw nape]..kawan gua dapat..gua tak dapat..kalau dapat sah-sah gua lompat satu darjah dan semakin cepatlah gua dapat cari kakak tadi..

Darjah empat, gua dah boleh lupakan cinta pertama gua..tahun tu jugak gua diperkenalkan dengan digimon segala bagai..dan tahun tu jugak gua dilantik jadi pengawas perpustakaan[demi sijil akhir sekolah nanti]..dan lumrah di sekolah gua..asal "lembut" je jadi pengawas perpustakaan..tapi gua bukan lembut ok..gua join sebab bapak gua yang paksa..memang tak boleh lari, terpaksa berkawan dengan mereka-mereka demi menjadi kawan yang baik..perasaan geli gua letak jauh-jauh, gua cakap kat diri gua..tak lama je lagi.sabar...

Darjah lima..darjah yang paling banyak mengubah gua..gua dapat cikgu kemahiran hidup yang garang dalam diam-diam dan cikgu matematik yang gua tiap-tiap hari gi sekolah dengan dia...bapak gua..jangan buat main..gua yang anak dia pun dia layan macam orang lain..gua tertinggal buku..kena rotan macam budak-budak lain..gua dalam hati...bapak gua dah tak sayang gua ni nampaknya..tapi selepas boleh fikir dengan betul, gua silap..gua tahu,itu tak adil bagi kawan-kawan gua kalau dia buat double standard..

Darjah enam..darjah paling gua nak terajang kerusi meja..gua rasa sangatlah pressure gila bila duduk sekali budak-budak pandai..dalam kelas gua tu, ada dua orang lagi anak cikgu..ha amek kau..memang psychological war la jawabnye..gua yang jadi mangsa compare-compare, tu yang gua tak suka..tiap kali keputusan ujian keluar..tiap kali kene ceramah pasal ranking dalam kelas..tapi alhamdulillah..keluar keputusan upsr je..gua dapat 4A1B..kawan gua asyik menganjing dia dapat 5A..serupa sakai gua tengok.
















P.S: Gua ingat lagi..hari pes gua nak daftar masuk sekolah menengah..bapak weird pakai seluar hijau gelap tu..sedih pulak nak tinggal sekolah rendah gua time tu..baca majalah kuntum tiap keluaran..masuk pertandingan..kahkah...
P.S: Gua memang innesen time gua kecik..tak tahu nape..

Anonymous hahahaa
so cute la dia :P
kikiki
TUGAU GATES weh,gua pun anak cikgu aa dulu..mmg innesen thp tapir la..part kna compare2 ni gua setuju wo
Unknown gilak mature time kecik2 dulu budak ni. phew

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads