gravatar

Rokok dan sabut kelapa..

[Mode: LMFAO Ft. Lauren Bennett & Goon Rock - Party Rock Anthem]

Hai dan salam..
Lama pulak gua rasa gua tak....update? Gua harap tak ade yang frust menongeng, umpama budak-budak tak pandai bercinta nak bercinta..koffkoff..

Nanti kalau sape-sape yang minat Harry Potter tu..nanti gua kasi hentam sama dia punya review sini okeh..yang tak minat..sila jangan tergedik-gedik serupa kena rasuk..jangan naik syaitooon pulak nanti..

Okeh..gua harap, kalau ade sesiapa yang baca kali ni pesen kuat sangat hisap (gua dapat sense...dapat sense yang...lu orang tengah fikir bende lucah!..kahkahkah) ...hisap rokok neway..jangan terkam gua pulak...jangan try nak senakkan perut sendiri kena penerajang sulung gua..


Di kedai runcit..Gua atas motor tengah tunggu adik gua puas memborong jajan..mengalahkan makcik-makcik membeli cekedis..cuma lagi baru nak berjinak dalam arena ngumpat-mengumpat dengan mak cik jaga kedai.

Gua: naik elok-elok sikit, jatuh nanti..sakit dapat malu pun dapat. (kata abang mithali kepada adik gua yang baru darjah satu yang terkedek-kedek nak naik motor).

Adik gua: heeeee (sengih macam kerang busuk, nasib comel lebih kurang gua).

Gua: Banyak duit..curi mana ha?

Adik gua: Orang simpan duit makan sekolah la..apa ingat macam along ka..malas keja..tapi nak duit ja memanjang..

Gua: Bertuah punya adik..tinggal tamau bawak balik baru hang taw sapa along mithali hang ni..huh!!..(cilake, pandai perli gua..adik sape lah ni..)

Dalam nak start motor tu..ada lah sorang kutu rayau tengah melepak depan kedai..sambil hisap rokok duduk atas motor konon gaya brother-brother..gua tengok dia, macam sangap anak gadis nak mengorat..kadang-kadang pesen mintak tapak kaki gua hinggap muka pun ada..orang kata, ringan pulak kaki ni..

Adik gua: Along, best ke hisap rokok?

Gua: Along rasa, baik beli choki-choki, tak pun beli cokelat pesen batang tu lagi SEDAKKK untuk dihisap..(gua tekan sikit bunyi sedap tu..)

Muka mamat tu dah berkerut sikit..

Adik gua: Along, kenapa orang hisap rokok? (muka inesen kelip-kelip mata)

Gua : Along rasa...kecik-kecik dulu dia tak boleh hisap puting mak dia lama-lama, sebab tu besaq-besaq pun teringin nak hisap lagi..

Riak muka mamat tu dah terkeruan dah..serupa tahan taik cirit yang berada dihujung-hujung tanduk..
Adik gua: Errr..best ke along hisap rokok ni? (budak ni memang boleh jadi reporter gosip artis..pesen banyak soal..grrr)

Gua: Pernah bayang tak, orang hisap sabut kelapa yang orang bakar nak perasap nyamuk? (sedas gua bagi sambil pusing muka tengok mamat kutu rayau tadi.)

Kutu rayau tadi terus capai helmet, start motor, pulas minyak sampai habis..sebelum jauh,gua dapat dengar dia cakap...

BABI..kahkahkahkah..


















P.S: Gua bila tengok perempuan pun pesen nak try merokok ni, gua rasa nak je cakap.."Hoi..tino gapo mung ni!!"
P.S: Gua tak merokok..annnnnnnnd dulik hape gua kalau ade kutu cakap gua tak macho..gua nak jantung gua macho dari hitam berkulat..pfftt..

A retarded kitty best apa merokok,

tak percaya?
M. Faiz Syahmi Hahaha! Sep2! Aku sapkok gak., tapi apedehal kan.?

Baguslah hang punya cara ajaq adik jangan sapkok tu! :P
Da LovaC kitty: pfft..gua mne hisap rokok..sentuh buat pose je boleh..kahkahkah

paiz:hahahha..kecik2 tak taw pa..kena bagi sarcasm sikit..
Unknown hahahahaha.....adik sapa la tu...haha xD
FR "apa ingat macam alongka..malas keja..nak duit ja memanjang.."

amboi lasernya dia . hahaha
me hahaha ! betul. i bet jantung ko macho lg sebab tak merokok XD
merahitujambu x suka laki merokok..tpi laki xleh lari dr merokok..uhuk
merahitujambu alasan tu cuba laa baik2 ckit..lawak jee
lilysuhaili Bagus. Jgn hisap rokok.


p/s : Mood kat atas tu yang penting . Huahua.
Anonymous memang terbaek la derr!!
.drakula. merokok itu merbahayakan kesihatan tapi kalau sebatang dua tak per...keh3

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads