gravatar

Kadang-kadang perlu duduk dan fikir..

[Mode : Jessie J feat. B.o.B - Price Tag]

Hai..entri bayang-bayang sendiri. Berat tak berat tanggung sendiri. Caci cerca bukan orang bertamadun..Kalau rasa dalam diri ada darah melayu, ingat melayu  hang tuah penuh adat dan susila.Peace okeh?

Klik..klik..klik..
www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI
buffering..
Download now? yes...

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||98%
Download Finish..



Gua: Mai-mai, kita tonton video..*cuit adik-adik gua.
Adik Gua 1: Video ape? Cinta Muka Buku Najwa Latiff nyanyi ke?
Gua: Hang taw mana Najwa Latiff ni..( haru, adik gua ni mesti kaki youtube jugak ni. )
Adik Gua 1: Dia comel ape..suara sedap lagi..tanak buat kakak ipar? *sengih-sengih jahat
Gua: Ha, boleh jugak..tapi rasa Lisa Surihani lagi okeh..*gua senyum-senyum comel..
Adik Gua 2: Gedik..Perasan..
Gua: Dengki!!!!

Buka laptop, tekan video download tadi..

Sepanjang video ditayang..

Adik Gua 1: Ish..apa tu..teruk sangat..ni kat mana ni Along.
Gua: Malaysia lah, bukan Thailand..
Adik Gua 1: Depa orang mana tu along..
Gua: Polis tu MELAYU...Orang yang berkumpul tu pun MELAYU..
Adik Gua 2: Melayu memang suka tangkap melayu eh along?
Gua: Alah hampa ni..dulu kecik-kecik, budak-budak melayu kan banyak main aci kejar? Besar pun samalah tu..
Adik Gua 1: Oh..macam polis sentri ka?
Gua: Yalah-yalah (banyak pulak soalan budak-budak ni..)

Adik Gua 2: Air apa depa sembur tu..
Gua: Air gula..sedap minum..
Adik Gua 1: Ha, boleh suruh mak ambil buat air laici..free ja sembur..
Gua: Diam lah hang, tengok dulu.
Adik Gua 2: Kesiannya dia, kena sembur sampai jatuh-jatuh..Hehehe..macam seronok je main air..

Adik Gua 1: Tu menatang apa depa baling asap-asap tu?
Gua: Bom kentut..depa kentut, depa simpan dalam bom tu..dah banyak, sebab tu keluar asap habeh.
Adik Gua 1: Eeee..pengotor gila polis..main kentut-kentut..mesti nak keja polis kena buat ujian kentut kan along..
Adik Gua 2: Patut la tengok depa semua pakai penutup hidung..mesti busuk gila bau bom kentut tu..

Adik Gua 1: Waaaa..kenapa pak cik tu tido atas jalan..tangan kena ikat pulak tu..kesiannya..
Adik Gua 2: Along, pak cik tu mati ka long...*sambil garu-garu kepala..
Gua: Bukan la, tu ha, dia pengsan, bau kentut tu kuat sangat, pengsan la...
Adik Gua 1: Gilalah..agak-agak berapa hari la depa tahan kentut sampai busuk macam tu..
Adik Gua 2: Awat polis tu gari pak cik tu..pak cik tu kan pengsan..kejamnya along...
Gua: Polis tu tak belajar habis lagi la, depa taw gari ja, bukan belajar sampai part buka gari lagi..
Adik Gua 1: Oh..macam tu ka..tak belajar habis lagi, tapi kenapa boleh kerja dah..angah tak habis sekolah lagi, bolehlah mintak kerja jadi polis eh..tak payah buat kerja sekolah banyak-banyak dah..cikgu muna tu selalu bagi kerja banyak sangat lah..bencik taw!!* siap cebik-cebik muka mintak penampar.


Tiba-tiba...

Ayah gua: Ha, hampa tengok apa tu haaa..
Gua: Demm..er...ni ha..video bersih hari tu..(jap lagi mesti kena rampas laptop gua ni...)
Ayah gua: ha..meh nak tengok..hang pi main tempat lain dulu..
Gua: okey2..(dalam hati...dem..macam mana gua nak on facebook neh, paling kurang esok baru dapat balik..deeeeemmmmmmmmm )

******



Gua malas nak komen banyak..Gua tahu media mainstream sangat bias. sepanjang gua tengok buletin utama. yang ada cuma rakyat terpekik-pekik..dan statement dari pihak berwajib cakap polis tak buat body contact dan sebagainya..tetapi bila gua klik klik klik..gambar sana..gambar sini..sangatlah 360 darjah..polis rakus macam harimau mengejar arnab...Gua tahu, perasaan gah dalam diri ketika berkemeja hitam bertopi berlambangkan PDRM dan mahu direspect kerana memegang amanah untuk menjaga keamanan negara dan rakyat seharusnya..tapi gua mahu tanya..Andai kata pelindung sendiri yang berkelakuan sedemikian rupa..dimana lagi kepercayaan rakyat?

Gua tahu, tak semua polis berkelakuan begitu, sebab gua ada kawan bapanya polis tetapi dah bersara..dan ini kata beliau.." Polis sekarang dah tak macam polis dahulu..dan bak kata orang, kerana nila setitik, habis susu sebelanga..nak salahkan siapa?"























P.S: Penat betei tiap kali gua tengok video ape-ape ngan adik-adik gua..banyak soalan gua kena jawab! Gua harap dorang paham gurauan gua..kang tak pasal terbawak sampai ke tua..ekekeke
P.S: Ini pendapat gua semata-mata..gua cuba neutral kan..tapi gua rasa, gua tak boleh tutup mata saja. Sebab gua sayang Malaysia. Gua sayang bangsa gua.
P.S: Peace, No War yorrr.
P.S: Tak ade alat kelamin komen le sebagai anonymous..kekekkeke




anamizu ayah dah kasi balik ke laptop???
ke esok baru dpt balik??? hehe
Da LovaC @anamizu:dah2..nasib dia tak godek2 laptop..hahahhah!
me diorang ingat dorang boleh hide the truth. umat malaysia bukan bodoh ;)
Da LovaC @syashafie: ek..haha..tp still ade yg xnmpk..nk wt cmne..ek..correction tu..bukan umat..rakyat..hehe.
Anonymous dua2 pun sama je...

oh btw, iklan nuffnang ko b'tindih...
Unknown hahahahha ! siot, aku bukan gelak artikel kau. aku mati mati fikir macam mana kau letak iklan kat facebook, tambah pulak bila masa aku bukak facebook ni. ini website apa pulak ni. sumpah cool template kau. haha

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads