Pilihan
[Mode: Bryan Adams - Please forgive me]
Salam..selamat sejahtera..
Dalam hidup ni..sangat banyak pilihan yang datang menyinggah untuk kita pilih..either right or left. tapi, sejauh mana kita berani nak deal dengan pilihan kita? bagi gua, gua pernah silap membuat pilihan dan pilihan tu sehingga kini menghantui gua..sebab hidup ni tak selalu cerah macam kita baca novel..always ended with beautiful and lovely days..
Gua..anak sulung dalam adik-beradik gua..dari kecik, gua kena pressure dalam bentuk kasih sayang..yes..kasih sayang perlu dalam mendidik, tetapi bagi gua, mende tu patut berkadar..bapak gua garang..sampaikan nak keluar rumah pun gua takut..[gua curik keluar jugak]..ade sehari tu, gua keluar gi cybercafe..pagar belakang gua buka habis diam, takut nanti gua tak lepas keluar..
Dipendekkan cite, gua tengah main counterstrike, zaman budak-budak dulu, CS ni game wajib on dekat CC..gua sedap-sedap main, adik gua datang dari mane ntah cuit bahu gua.."Ayah kirim salam, dia tengah tunggu dekat bawah".."Gulp, sudah.." kata gua dalam hati sambil telan air liur..Tak kena batang penyapu lidi, tali pinggang bakal melekat belakang gua..camtulah kehidupan gua kecik-kecik..bila tanya, sebab ape, sebab sayang, tak bagi main luar..takut kena culik..dan gua hanya mampu tengok kawan2 gua main aci kejar dari dalam rumah je..
Memang, mendidik anak-anak waktu kecil kena hati-hati, tapi janganlah sampai budak tu tension..kesannya..samalah seperti gua sekarang..memang, kita pressure anak-anak suruh study, yes, dia akan score dalam exam, tetapi sejauh mana dia score dalam hidup? sebab gua percaya, satu hari nanti, anak-anak tu akan memberontak..
Bagi gua..biar anak-anak kembangkan bakat dia sendiri..kalau dia tak minat jadi doktor, jangan paksa..kalau dia minat melukis, bagi peluang..sebab tak semua orang yang suka ditentukan hala tuju hidupnya. Memang orang tua-tua makan garam dahulu, tapi nak ke anak-anak terseksa dalam study..terpaksa untuk menerima apa yang dia tak maw..and at last, dia tak enjoy dalam belajar, tak hepi dengan apa dia buat..dan jangan terkejut kalau mereka memberontak dengan keluarnya result exam..lepas tu, free-free burn masa, tukar kos dan sebagainya.
P.S: Ah shit..gua emo, tak pasal gua tulis entri skema..
P.S: Result baru keluar..turun sikit..DAN gua tension dengan sesetengah lecturer yang kedekut markah.
Entry Terbaru : Day 1 : 10 Things About You
at 6/9/11, 8:31 AM . Delete
at 6/9/11, 11:18 AM . Delete
at 6/9/11, 9:21 PM . Delete
adeeb: sengal ye fuyoh2
myr: sims 3? dah lama xsentuh the sim...sob3
at 6/9/11, 11:49 PM . Delete
at 6/10/11, 2:45 AM . Delete
at 6/10/11, 2:27 PM . Delete
at 6/11/11, 5:40 PM . Delete
at 6/20/11, 9:32 AM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.