gravatar

Kenapa Nak Buang Bayi?

[Mode : Bunkface - Soldier]

Salam..selamat pagi..hai.

Bangun-bangun pagi..solat subuh..gua duduk depan tivi tengok program tanyalah ustaz..tajuk yang di bincangkan ialah Rumah yang malaikat rahmat tak masuk (Bahagian 2)..lebih kurang macam tu tajuk dia..banyak jugak yang gua rasa betul apa yang dibincangkan, malah berlaku dalam setiap rumah zaman sekarang..biar dikampung mahupun bandar..


Mungkin dalam rumah tu ada ibu bapa yang selalu ingat Allah, tapi dicacatkan dengan anak-anak yang buat maksiat..masa ibu bapa tak ada dirumah, dibantainya buat party..bawak perempuan masuk rumah..layan seks bebas dalam rumah yang sama..jadi, tiada rahmat buat seisi rumah..lagi teruk bila, solat-solat jugak, tapi layan video lucah..memang something wrong dekat solat tu..macam mana malaikat nak masuk kalau pagi-pagi dah buka woofer kuat-kuat lagu lady gaga..

Cukup untuk intro yang gua dapat dari tanyalah ustaz..berbalik kepada topik..sedar tak sedar, kita jarang dengar kes pembuangan bayi disebut-sebut di kaca tv..yang masuk dalam paper berapa aja..masing-masing politik-politik..mai gua nak bagitau..mak cik gua kerja sebagai nurse dihospital kerajaan..hari-hari ada kes baru yang dilaporkan dan dihantar dekat diorang untuk diurus..baik yang terberanak sendiri mahupun di hospital sendiri.

Kes tu bukan kes buang bayi dalam tong sampah dan sebagainya yang sedia maklum tiap-tiap hari berlaku dalam masyarakat kita..kata mak cik gua lagi..kes yang masuk daftar tak kurang banyaknya kes pelajar universiti. Tak payah nak tunding universiti mana. Gua paham sangat dengan institusi pengajian sekarang. Lepas kelas, lecturer dah tak ambil kisah pasal pelajar. Balik rumah sewa, tiap-tiap malam bawa masuk kawan sekelas/seuniversiti. Buat parti seks. Jiran sekarang kan jenis jaga tepi kain sendiri. Tegur menegur dah lama buang dalam diri.

Kalau lu orang ada mak cik atau sedara yang kerja di hospital kerajaan. Lu orang tanya, berapa teruk masalah ni. Sampaikan datang beranak dekat hospital, then balik tak mau bawak balik anak tu..takut bapak marah..tak kurang jugak yang bapak datang marah-marah si anak dengan jururawat sekali cakap tak mau anak tu..See..bayi yang tak bersalah dimaki hamun..tapi terang-terang dia yang tak pandai menjaga anak..dayus.

Lu orang tanya, berapa banyak kes yang bayi tersebut dijadikan anak angkat jururawat yang tak ada anak..gua tak tahu macam mana ke depan nanti..bila mana si anak dah besar, dapat tahu yang dia anak luar nikah, ditambah dengan si ibu tak mahukan dia..sedih dengan situasi masyarakat kita.. Buat tahu, enjoy tahu, tanggungjawabnya letak di kepala lutut..

Didikan seks di peringkat sekolah rendah? Gua rasa itu satu pemikiran yang paling farking sekali gua pernah dengar..budak-budak tu bersih tak tahu apa-apa, lu nak mengajar dia apa itu seks..sebab bagi gua..bila mana diajar benda-benda macam ni..memang nampak murni..nak sedarkan mereka tentang bahaya seks bebas..tapi pernah lu tahu, mende maksiat macam ni syaitan akan menang, even pun macam gampang lu bagi alasan mende jahat tu baik..
























P.S: Dah buat pandai..enjoynye mengekek-ngekek..dah termengandung baru nak ingat dosa pahala..dah terberanak baru nak tahu dunia ni milik Tuhan..

Da LovaC Dah jauh dengan mak bapak..masing-masing lepas tangan
d_tieah Huhh.. Serius lah,, aku pun terfikir jugak camne lah 5 tahun atau 10 tahun akan datang bila mana anak anak luar nikah ni dah membesar.. mesti dorang persoalkan tentang nama bapak dorang ABDULLAH.. Aiyooo.. Sebab sekarang ni kalau tak silap, bila ibu yang mengandung untuk 1st bayi kena bawa sijil nikah.. Jadi, para nurse ni akan kira lah.. Kalau betul itu anak halal, maka akan di bin atau di bintikan dengan nama bapak dia sendiri.. Jika sebaliknya, maka nama ABDULLAH lah bapak budak tu.. Atau nama ibu.. Itu yang akak aku cakaplah.. Ermmm..



Entry Terbaru : Penyelesaian Isu Laman Web Disekat
Da LovaC Kalau dah datang dari rumah dalam keadaan dah terberanak..susah..susah..
syashafie betol weyh. pendidikan seks tak perlu kot :/ mcm ntahpape mengajar benda tu kat otak budak2. haku rasa benda ni only boleh cure with didikan agama and family treatment

pandangan haku laa :)
Da LovaC a'ah..ade betul jgk tu..tapi sayang..agama sekarang bukan perkara yang dititik beratkan lagi dah..
Ummu Thaqifah Ismail sumenye sebab x praktik kn agama dlm hidup.. idup nak ikut style mat saleh. . sebab to laa byk kes nie. . doakan jela dorg2 nie
Da LovaC erm..agakla...dan jugak sebab tak ade kawalan dari ibu bapa.
Liya masalah kurang agama 1 hal
pergaulan gan kawan-kawan pun sumtime mempengaruhi jugak . mana dengan perangai bf/gf lagi . hishh . mereka salah ertikan maksud cinta dan sayang itu sebenarnya
Da LovaC hahaha..nk wt cmne..nk cepat kawen semua..dah xsabar..-_____-"

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads