gravatar

Kenali Diri

[Mode: Hoobastank - The Reason]

Salam..Hai..
Ramai gua tengok asyik buat entri pasal gambit kutuk blogger dan sewaktu dengannya..bagi gua, orang macam tu biasa sangat dalam dunia ni..sebab ape? sangat common orang yang pesen perasaan diatas/lebih dari orang mula nak keluar statement yang ntahharamhape gua tak tahu tujuan dia..tapi bagi gua..orang pesen tu sekadar mahukan perhatian lebih..almaklum, tak cukup kasih sayang kata mak cik gua..


Lepas ni sure si artis akan buat statement mintak maaf la watever lagi konon-konon tak statement dibawah pengaruh alcohol dan sebagainya..itupun kalau ego dan kepala batu tu dah hilang..kita tengok je nanti..

Actually, gua malas nak sentuh pasal mende alah tu since almost all blogger already talk and discuss about that issue..lepas fenomena evans, and now si retis..modal murah untuk jadi famous..

Untuk kali ni, gua nak ajak lu orang sama-sama kenal diri masing-masing..yes, gua dapat rasa kebanyakkan remaja sebaya gua mostly lost dalam mencari identiti masing-masing..masing-masing nak ikut kawan..kalau kawan pun tercari-cari identiti, maka akan wujud satu identiti baru yang gua rasa hanya mereka memahami diri mereka..and no wonder kalau kita tengok zaman sekarang, lelaki suka kaum sejenis..perempuan suka perempuan..perempuan nak jadi lelaki dan vice versa.

Memang certain person akan cakap apa gua cakap ni skemalektronik segala bagai..tapi percayalah cakap gua, satu hari nanti lu orang akan merenung jugak memikir ape yang korang nak dalam life dan sebagainya..Gua bukanlah pandai sangat nak cakap pasal kenal diri masing-masing..just nak ajak lu orang bawak fikir, agak-agak mati nanti akan masuk mana, syurga ke neraka?

Gua bukan ape..tiap kali kita baca terjemahan surah ke ayat al-quran..kita selalu letak diri kita ni sebagai watak putih dalam ayat tu..contoh lah kan.."Wahai orang-orang mukmin sekalian..." apa kita ni cukup ke nak jadi orang mukmin? apa kita ni cukup ke nak dapat sungai susu dalam syurga? 

Gua pasti..ramai akan cakap, umat Nabi Muhammad ni pasti akan masuk syurga..itupun selepas transit dalam neraka beribu-ribu tahun..ape ingat tahun tu ada 365hari ke?..setakat 1hari kene jemur tengah panas pun dah macam-macam merengek..sanggup kene bakar 365hari non-stop?

Memang gua tak pandai nak cakap lebih-lebih..gua bukan ape.gua just nak ajak lu orang berfikir..kenali diri korang..nak ape dalam hidup ni..apa tujuan lu orang belajar..dan macam-macam lagi..gua tahu..mende ni berat..tapi take your time before it's too late..




The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. - Hlovate



Salam sayang,


















P.S: Gua terfikir, kalau gua teruk, anak-anak gua nak ambil sape jadi contoh nanti? tak ke free-free diorang ade reason untuk bebas tak hengat dunia..
P.S: Anak-anak adalah asset terpenting dalam keluarga kerana mereka yang bakal mendoakan ibu dan bapa mereka kelak apabila mereka meninggal..
P.S: Renung-renungkan, selamat beramal..


Scha Nazri fuyoooo. dah start fikir pasal masa depan. hehe
Da LovaC alah..sekali sekala..lu pun gua tengok lebih kurang je...tak sabar kawen je nampak
Anonymous bukan kurang kasih sayang. nak kejar trafik, nak kejar kekecohan, kira macam nampak up to date.
Da LovaC hahahha..dua2 side pun camtu..sorang perasan high..sorang lagi tumpang ada peluang

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads