Atas bawah kehidupan.
[Mode : Linkin Park - Iridescent]
Salam.
Semua orang suka merungut..merungut kalau ada benda yang tak pernah sama dengan kehendak hati. Merungut kalau tak dapat benda yang diidamkan..salahkan orang itu ini..sampai sanggup salahkan Dia sebab tak bagi apa yang kita mau..
Gua..gua antara orang yang suka merungut tetapi dalam masa yang sama, gua akan merintih dekat Dia..tapi dalam merungut gua sedar apa salah gua..apa gua sebenarnya tak cukup..gua tanya diri gua.."Hang tak pernah nak completekan apa yang Dia suruh, tak pernah jaga apa Dia nak, agak-agak Dia nak ka penuhkan hasrat hati hang?"..Gua menangis lagi dalam sujud..terima kasih Ya Tuhan..sebab bagi hidayah, sebab bagi kesempatan hidup..
Maaflah ye..gua tahu gua pun tak complete nak nasihat korang..gua dulu pun macam lu orang..alah, baca benda nasihat-nasihat ni macam dengar muzik ja..masuk kanan, keluar kiri..baca sikit, ya ya dalam hati..bila dah tutup benda yang dibaca, still dengan kehidupan lama, tak berubah..sama..bosankan baca input-input agama ni..kadang-kadang just share kat facebook, and that's it..end of it..cukup setakat kat situ..tak buat pedoman sendiri kan? tak amal pun kan?
Dalam banyak-banyak statement kawan gua pernah baca..gua tersentuh.."Kalau aku kena musibah, mesti aku terpikir, agaknya Allah dah lama tak dengar aku merintih bercakap dengan Dia.. even mmg kita tau kita kenal Dia Maha Mengetahui.. tapi Dia masih mahu hambaNya mengadu padaNya. Memang mula-mula, berat gila hati. memang tak reti. pastu aku cerita macam-macam.. memang rasa lega. even aku tak dpt feedback secepat mungkin, at least, aku dah luahkan..luah kepada yg Maha Mendengar." Gua terfikir, gua dah lama tinggal "menangis dalam sujud, berdoa dibukakan hati menerima ilmu dan berjaya dalam hidup." yang gua amalkan disekolah dulu.
Betul bak kata orang, asal rasa dah hebat sikit, tinggi sikit kedudukan hidup, pandai dari orang lain sikit, kita lupa siapa lagi tinggi, siapa yang bagi kita rezeki tu, siapa yang bagi nikmat tu, lupa diri. Dan beringatlah, anytime, anywhere, Dia boleh tarik balik nikmat tu..dan, jangan nanti korang baru nak merungut, nak blame Dia kenapa buat macam tu.
"...Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati." [At-Tagabun : 4]
Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. [Al- Mujaahadah:6]
P.S: Dalam hidup kita sentiasa diberi pilihan, syurga atau neraka, baik atau buruk, tinggal lagi tingkah laku untuk membuat pilihan.
P.S: Gua rindu zaman sekolah.
at 6/11/11, 11:20 PM . Delete
at 6/11/11, 11:25 PM . Delete
JOm join lucky draw sini :D
at 6/13/11, 7:54 PM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.