[Mode: Lagu Guru Malaysia]
Okey..hai..
Entri kali ini gua nak tujukan khas kepada semua guru-guru yang memegang title guru di seluruh Malaysia..tak kira lah dari tadika kemas ke, rumah asuhan ke, ape ke..terima kasih gua ucapkan kerana sudi menjadi pendidik kepada seorang insan yang tak tahu apa-apa kepada seorang yang berilmu walaupun hanya mengajar membaca dan mengeja..kalau bukan sebab mengeja dan membaca, tak ada pemimpin yang ada sekarang, kalau tak, semua buta huruf la kan..lulz..
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Yes..itulah lagu yang bakal kita dengar tiap kali hari guru disambut di sekolah..gua amat teruja tiap kali tiba hari guru..sebab? Yela..tiap-tiap kali perhimpunan, kita[murid-murid] je yang kena menyanyi sambil control tempo lagu negaraku..so kali ini cikgu pulak yang menyanyi depan murid-murid..it was like..awesome la bagi gua..
Gua tak nak bercerita panjang peranan kita sebagai anak murid terhadap guru-guru, bagi gua, semua guru layak di respek walaupun sesetengah ada yang sekadar makan gaji buta, let it be, itu dia punya urusan dengan amanah yang Allah berikan kepada dia..mak gua pernah pesan, jadi guru ni sangat-sangatlah mulia, pahala berlipat-lipat kali ganda kalau ilmu yang diberi itu betul-betul dimanfaatkan oleh anak murid...itu mak gua bagitau la..
Dalam 20 lebih gua hidup di dunia ni..macam-macam pesen cikgu yang gua pernah jumpa, baik sampai gua terharu, garang macam singa[suka cubit+pulas perut], cantik[puji ikhlas bukan nak mengorat...ceit], hensem dan sebagainya..yang gua paling suka bila dapat cikgu yang sporting, lu orang bising/tidor dalam kelas sekali pun, dia boleh counter back dengan cara yang boleh buat korang jadi segan-silu bila nak buat lagi..maksud gua bukan dengan memaki hamun la..cikgu yang baik ialah cikgu yang pandai mengambil attraction murid-murid dalam kelas bukan dengan cara kekerasan..perghh.
Sebab?..bagi pendapat gua, kes-kes seperti calar kereta, cikgu kena pukul, kereta kena simbah, pancit tayar, semua-semua tu ada sedikit sebanyak di influent oleh cikgu..gua bukan nak condem okeh..cikgu nak garang, garanglah bertempat, dan jangan cepat nak aim budak-budak nakal ni sebagai budak bermasalah..sebab apa? bagi gua, diorang sekadar nak jadi center of attraction je iaitu dengan kata lain, kurang kasih sayang..so counter back dengan cara yang elok okeh cikgu-cikgu..
Dan pesanan terakhir gua, cikgu-cikgu janganlah memperbodohkan sesetengah murid yang moderate/low achievement dan mengagung-agungkan top student or student bijak-bijak sahaja..sebab? most of student yang akan ingat jasa-jasa cikgu mereka ialah murid-murid yang low/moderate achievement ini berbanding student-student pandai yang kebanyakkan seperti kacang lupakan kulit..tak payah nak argue, that's the fact..budak yang tak berapa pandai ni lebih menghargai cikgu mereka berbanding yang dianggap pandai..
Gua rasa, itu sahaja idea gua untuk kali ini..jumpa lagi..sekali lagi gua nak ucap..Selamat Hari Guru, tanpa guru siapalah saya..
P.S: Sesiapa yang nak rindu nak dengar lagu tu atau nak praktis dulu, boleh download dari sini..
Download P.S: Anda budak nakal di sekolah? anda kurang kasih sayang..haha! [bukan bermakna gua tak nakal okeh]
at 5/19/11, 2:47 AM . Delete
at 5/21/11, 6:23 AM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.