gravatar

Kita sekadar cemerlang...bukan terbilang..?

Ok..hai there..first of all..baca petikan ni dulu eh..

Tiada IPTA, IPTS terbilang

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Julai - Tiada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang layak menerima pengiktirafan tahap terbilang, manakala 18 daripadanya diberi tahap cemerlang dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (Setara) 2009 yang diumumkan hari ini.

Daripada jumlah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima tahap cemerlang tersebut, tujuh daripadanya merupakan IPTA dan 11 lagi IPTS.

IPTA terbabit adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) yang mengumumkannya berkata, IPTS berkenaan pula adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta Universiti Sains dan Pengurusan (MSU)

Menurutnya, selain itu adalah Sunway University College, Curtin University of Teknology Kampus Sarawak, Monash University Kampus Sunway, Taylor's University College, International Medical University, University of Nottingham Kampus Malaysia dan Swinburne University Teknology Kampus Sarawak.

"Sejumlah 25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 IPTS dan 11 IPTA pula menduduki tahap sangat baik manakala empat kolej universiti swasta menduduki tahap baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkenaan keputusan Setara 2009 di sini hari ini.

Setara 2009 merupakan lanjutan dari Setara 2007 bagi mengukur kualiti, kebertanggungjawaban dan prestasi IPTA dan IPTS.

Sebanyak 58 universiti dan kolej universiti tempatan mengambil penyertaan tahun ini berbanding cuma 20 universiti awam pada 2007.

Program itu salah satu usaha berterusan kementerian meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti secara berterusan dan sistem negara yang melengkapi jaminan kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mohamed Khaled berkata, tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai tahap terbilang pada tahun ini disebabkan tidak memenuhi kriteria pengukuran yang ditetapkan.

"Sebanyak 25 kriteria meliputi tiga dimensi umum digunakan iaitu input, proses dan output termasuk maklum balas terhadap pengukuran daripada institusi dari negara ASEAN seperti tiga universiti Indonesia dan 31 universiti di Thailand," katanya.

Beliau berkata, hasil keputusan Setara itu akan digunakan sebagai input kementerian dalam menetapkan dasar kerajaan bagi memperkasakan sistem pendidikan pengajian tinggi negara.

"IPTA dan IPTS terlibat yang mencapai tahap cemerlang layak dijemput mendapatkan status swaakreditasi serta boleh menerima tajaan kerajaan pelajar dalam dan luar negara tetapi bukan secara automatik.

"IPT berkenaan boleh memohon dan menerima geran penyelidikan yang disediakan kerajaan dan layak menerima status universiti penyelidikan serta menambah bilangan program pelajar pra dan pasca siswazah sendiri," katanya.

Tambahnya, kelebihan lain ialah kelonggaran dan pengecualian dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) iaitu dikecualikan daripada memohon permit mengajar dan kelulusan kementerian dalam menggunakan perkhidmatan pensyarah antarabangsa.

Kata beliau, IPT berkenaan turut mendapat pengecualian proses semakan kelayakan pelajar antarabangsa dan kadar yuran pengajian daripada pihak kementerian serta diberi kelulusan mengambil sendiri pelajar antarabangsa.

Dah lama actually berita tu..12 Julai..tapi bukan itu yang aku nak bawak kita berfikir..



Dari apa yang terstate kat situ..7 jek...7 jek IPTA yang dikategorikan sebagai cemerlang..7 dari 18 buah..bakinya 11..11 tu IPTS..nah..ape sebenarnye jadi dekat Malaysia..bukan ke sepatutnya IPTA tempatan sepatutnya mendahului..tapi sebaliknye terjadi..do you ever ask why?

Okeh2...aku tahu..swasta banyak duit..IPTA tempatan yang byk lagi tu tak ade duit..sienz.[bosan]...itu je topik bila keluar pasal pendidikan negara..tak ade duit..subsidi minyak kurang..still  tak ade duit..[ok masuk bab minyak]..ntah la weyh..duit kene curik toyol kot..toyol sekarang tak minat duit bawah bantal..dia aim cheque..haiz...

Tak dek satu pown terbilang..harvard dengan cambrige je kot..ade la satu dua tiga uni luar lagi yang terbilang..kita sekadar usha dari belakang..nak buat macam mana..kita kekurangan dana..nak harap mak bapak student...kang mintak bayar yuran lebih..tak tertanggung pulak kan..nak harap kerajaan..lu jangan cakap lebih-lebih la..sikit-sikit nak nama atas politik..kotor sungguh bhai..ntah celake mane fikir camtu..

Satu lagi fenomena yang aku nampak..as human being la kan..takkan kambing nak tegur manusia lak kan..minda kita ni terkongkong gila vavi..contoh la..ko ade idea gempak gila bagai..tapi..idea ko tu perlukan 10juta ringgit untuk tunaikan..itu belum 100% success lagi..so..terpaksa dibatalkan sebab xde dana..then lepas-lepas tu..nak keluar idea bombastik sikit..dah tak boleh sebab ada limit..

Cuba kita tengok uni luar..tengok je..xcakap suruh ambil contoh..sebab aku tahu kita susah nak capai macam tu..ok..diorang..bila ada sainstis dari uni tu keluarkan idea gempak..giler best...contoh macam baru ni...diorang buat kertas boleh transform jadi bentuk kapal dengan sendirinye..tak perlu gatal tangan gi buat origami..kerajaan fully support projek tu bhai..bape juta usd ntah..nampak macam mana diorang galakan rakyat berfikiran kreatif..

Tapi kita?..haiz...asal kreatif sikit.."sorry encik..dana kita tak banyak ni"..ok sekian..tak ye pun.."ni kreatif2 ni bukan boleh ni..kang bina weapon ancam negara lak ni..pehtu ape lagi..ISA..cepat bertindak..nenoneno.."maap ehncik ditahan...nasib le...

Okey...itu je aku nak cakap..harap aku buka something kat korang..tingkatkan paradigma masing-masing..lu orang success..lu orang jugak untung bhai..tambah untung kalau negara luar nak beli..boleh jugak dapat dalam 2-3 billion ringgit malaysia [lepas convert]..



P.S: Jangan harap nama je cemerlang bhai..akhlak tak diterap..rosak generai ku..sekarang kita tengok ramai buang anak..nanti jangan cakap banyak bila kes buang bapak mak pulak banyak..daftar masuk neraka nak?

hanis aleeya aka gadis sepi heh! pasal duit memang! adeii...

Dapat senarai u ni kat blog beliamuda. budak UTP punya. hmm.. ada la seketul dua yang memang patut dapat kut.. then, tengok IPTS yang dapat tu, memang bukan calang2 jugak. tapi banyaknya yang ada program dengan U luar negara. Pergh!

tengok2 balik. usha2 sikit.. Malaysia ni teruk sangat ke sampai tak ada U yang terbilang? Bila masa nak lawan U luar negara? kata pencapaian didahulukan. pencapaian apa? mana?

eish! ada tambahan kat wishlist. bagus! tambah lagi ok. tengok wishlist siapa paling panjang.. haha.. tapi jangan menambah je. kena capai matlamat tu ok.

Hmm.. nis tengah tunggu yang last tu. rasa nak je g contact PTS tanya balik pasal novel tu. dah lama dah ni tak ada bunyi ni.. hmm.. lepas ni nak send g kakinovel lak.. try tengok apa reaksi diorang..

cukup tak panjang ni nak buat entri balas?
Bukan Eciz sume makin mundur. gila
M. Faiz Syahmi f word la.
tp bukan utk ang, utk sapa lg kalo bukan..
Da LovaC @eciz
bukan mundur..xbergerak langsung..

@faiz
xphm..chek xphmm
M. Faiz Syahmi xpayah paham. org tua mcm aku ja patot paham.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads