Terima Kasih Sang Kelabu..
Rajin aku memerhati..
Rajin aku menjejaki..
Rajin aku melihat keindahan..
Seni itu indah..
Karya menjadi medan..
Luahan buat hati pujangga..
Sastera diukir dengan nilai..
Nilai keindahan bunga kasturi..
Semerbak haruman lavender ditaman hati..
Tersurat itu realiti..
Tersirat didalam mimpi..
Bukan tersurat ingin ku cari..
Tetapi cukup sekadar keindahan tersirat..
Atas pergi bawah menganti..
Lumrah hidup dihiasi ketabahan..
Lumrah mimpi dipenuhi kenikmatan..
Dipagi hari, hatiku tercuit keindahan seni..
Putih salju dimata tidak dihati..
Merah saga sekadar pertanda..
Cinta itu sekadar medan persinggahan..
Maaf mu air mata senyuman ku..
Tiada daya mencoret dihatimu..
Tiada ruang disudut hatimu..
Buat aku menyampai erti keikhlasan..
Sekadar aku ditemani saksi kesunyian ini..
::Aku sekadar merindui::
Mungkin tiada lagi
at 3/27/10, 12:03 PM . Delete
sebuah detak nurani
sedalam itu
sukar dimengerti
biar Tuhan tahu
kita peduli
at 3/27/10, 12:03 PM . Delete
at 3/27/10, 12:35 PM . Delete
at 3/27/10, 12:35 PM . Delete
at 3/28/10, 12:14 AM . Delete
at 3/28/10, 12:37 AM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.