gravatar

Wahai perigi-perigi di luar sana.


         Sinonim kan bagi masyarakat kita dengan istilah perigi yang menunjukan para gadis. Kalau gadisnya perigi, lelakinya pula digelar timba. Antique gitu..norma masyarakat sekarang ni..selalunya yang lelaki akan mencari perempuan sebagai pasangannye..kalau tidak..nanti orang cakap..perigi cari timba..lepas tu takut membawa malu pada diri sendiri..silap tu..silap..

dah halal baru pegang-pegang.

       Aku nak kongsi sikit pendapat aku la kan..tapi jom baca dulu..Source: Sini


Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.


        Okies..disitu aku ada boldkan yang mana penting. Actually..aku tak pandai bab-bab cari jodoh ni..cuma macam nak cakap sikit mengenai stigma masyarakat sekarang saje..kalau bab kahwin..mesti si lelaki yang perlu buat first move..Memang aku akui lah..kalau yang terlebih berani tu..sesetengah kita ni terlampau direct..terus jumpa lelaki tu cakap..I love you la..saya suka awak la..saya dah lama minat awak lah..that was so wrong..tahu lah..crush kan..

       Cuba ikut the proper way yang Islam provide..ask your parents to start the move..orang melayu cakap..merisik..masyarakat kita sekarang ni terbalik..perigi cari timba lah..perempuan tak tahu malulah..sebenarnye..orang yang menghina "perigi cari timba" ni..menghina sunnah baginda..so..fikir-fikir la balik ye..

       Cuma lepas ni..jangan la pulak ada gadis-gadis yang terlebih berani gi confess tak tentu hala..tak memasal orang cakap gedik..as a men..kalau betul seseorang gadis tu gedik..kiteorang cakap direct saje..take it or leave it..tapi cuma satu aku pelik..kalau pasangan sendiri gedik-gedik..panggil manja pulak kan?..don't ask me why..

      Kalau bab jodoh tu..serah pada Dia saja untuk yang terbaik..bukan apa...dah terdapat dalam al-quran pun..
“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...” (Surah an-Nur : 26)
     Tak perlu lah risau..walau sehebat mana bercinta..kalau dah takdir tentukan tiada jodoh..so means..tiada lah..tak perlu la argue or what so ever..sebab sehebat mana perancangan kita sebagai manusia..Dia yang menentukan titik tolak sesuatu kejadian tu.Doakan untuk yang terbaik..and back to Him.



P.S: Couple haram..menghampiri zina you all tahu?..ape kate..kawen dulu baru bercinta..nak pegang tangan depan public pun orang dah tak kisah ^_^..sekian terima kasih.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads