Mahkamah Akhirat..
Seperti kebiasaan dihari jumaat..aku akan buat sedikit sinopsis mengenai khutbah yang disampaikan tadi..untuk pedoman bersama..mahkamah akhirat bahagian satu..dan mungkin akan ada sambungan nanti..
Mahkamah yang sering kita dengari..mahkamah dunia yang mana terdiri bermacam-macam lapisan dan bahagian..mahkamah dunia sesetengah yang bersalah..mungkin akan terlepas begitu sahaja dek kehebatan peguam bela memberi hujah dan sebagainya..di mahkamah dunia jugak..jikalau tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan hakim, kita masih boleh membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi..
Tetapi..ingatlah..di mahkamah akhirat..tiada lagi erti rayuan, yang bersalah akan tetap dihukum, tiada lagi peguam bela yang akan membantu melainkan amalan masing-masing ketika masih hidup..tiada lagi kata-kata dusta yang mampu dikeluarkan yakni manusia-manusia yang dihitung dihadapan-Nya nanti akan dibisukan mulutnya dari berkata-kata melainkan yang bercakap itu hanyalah tubuh badannya dalam mengakui setiap amalam yang dibicarakan kelak.dan setiap hukuman yang dijatuhkan itu adalah paling adil dan jauh dari erti kezaliman...kerana sesungguhnya yang menjadi hakim ketika itu ialah Dia..Allah Yang Maha Adil Lagi Saksama..
"Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah sekalipun nescaya dia akan melihatnya dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah sekalipun nescaya dia akan melihatnya."
(Surah al-Zalzalah: 7-8)
Seperti mahkamah dunia, setiap perbicaraan akan dibicara di bangunan mahkamah..namun..di mahkamah akhirat nanti..tiada lagi bangunan yang tersergam indah..tiada lagi pendingin hawa yang dipasang untuk menyejukkan..dan yang ada cumalah seluas padang yang digelar padang mahsyar.
Bermulanya saat perhitungan ialah dari ditiupkan sangkakala yang kedua yakni menandakan proses pembangkitan semua umat manusia menuju ke satu tempat, iaitu padang mahsyar..setiap yang mati dihidupkan semua, yang sudah reput dimamah tanah diberi badannya dahulu dan masing-masing mula bergerak ke satu arah..masing-masing dibangunkan dengan keadaan berbogel yakni tiada seurat benang dibadannya dan sesungguhnya masing-masing tidak dapat melihat aurat-aurat yang lain disebabkan menangung segala macam kesusahan untuk ke padang mahsyar..
Setiap amalan mahupun cara hidup didunia akan mempengaruhi cara berjalan ke padang mahsyar kelak..ada diantara mereka yang mengesot dengan mukanya ditanah seperti cacing tanah dek dosa yang dilakukan..sesungguhnya amalan masing-masing mempengaruhi semua yang berlaku..dan matahari ketika itu ibarat sejengkal dari kepala..dan amalan masing-masing akan membantu setiap manusia kelak..
"Pada hari kiamat matahari akan berada dekat dengan makhluk sehingga sekira-kira sebatu maka manusia pada ketika itu akan ditenggelami peluhnya berdasarkan kepada amalan masing-masing, ada yang sampai ke buku lalinya, ada sampai ke lututnya dan ada yang sampai ke pinggangnya dan ada yang tenggelam terus." (H.R. Muslim)
Ketika dipadang mahsyar kelak..keadaan akan menjadi sunyi sepi..dan yang terdengar pun..hanyalah bunyi yang serendah mungkin...dan ketika itulah perbicaraan dimulakan..mahkamah akhirat akan didindingkan dengan para malaikat yang mengelilingi umat manusia ketika itu..
Sepanjang proses perbicaraan berlaku..akan dipakaikan manusia dengan pakaian yang mengikut amalan masing-masing..manusia pertama yang akan dipakaikan pakaiannya ialah Nabi Allah Ibrahim a.s. dan diikuti oleh Nabi Allah Muhammad S.A.W. namunpun begitu, pakaian Nabi Allah Muhammad lebih elok berbanding Nabi Allah Ibrahim a.s..dan terdapat hadith mengatakan..orang yang jahat perilakunya akan dipakaikan dengan pakaian yang dibuatkan dari minyak hitam dan dirantai kakinya..lalu dinyalakan api dari api neraka ke arahnya..
Sepanjang proses perbicaraan berlangsung juga..terdapat diantara umah manusia akan dipelihara oleh Allah kerana amalan baiknya ketika didunia..mereka akan ditempatkan di tempat yang baik sepanjang dibicara dan ditenangkan hatinya dari perasaan takut yang amat dahsyat seperti yang dialami oleh kaum manusia yang lainnya..
Terdapat tujuh golongan yang dipelihara oleh Allah ketika proses pembicaraan berlaku seperti yang diriwayatkan dalam hadith (H.R. Bukhari) iaitu:
1- Pemimpin yang adil lagi saksama.
2- Pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah
3- Dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah, yakni bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya
4- Lelaki yang digoda oleh perempuan yang berharta dan cantik paras rupanya lalu dijawapnya, sesungguhnya aku takut akan seksaan-Nya.
5- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dimasjid.
6- Lelaki yang merahsiakan sedekahnya yakni dia bersedekah dan tidak diketahui orang lain sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui tangan kanannya bersedekah.
7- Lelaki yang dalam keadaan sunyi dia menzikir menyebut nama Allah dan mengingat-Nya sehinggakan mengalirkan air matanya.
7- Lelaki yang dalam keadaan sunyi dia menzikir menyebut nama Allah dan mengingat-Nya sehinggakan mengalirkan air matanya.
Akhir kata..sama-samalah kita bermuhasabah diri diatas segala khilaf yang mungkin kita lakukan..kerana..dunia ini..sekadar tempat singgah kita yang sementara...sama-samalah kita mengejar syurga yang dijanjikan kepada hamba-hambanya yang soleh dan solehah..Sekian dulu..Assalamualaikum..dan selamat beramal dari HyperPlasma...^_^
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.