The Flow To Learn
Mungkin panjang kut apa yang aku nak tulis kali ni..sebolehnya aku try simplekan mana-mana part yang aku rasa boleh. Cerita hidup aku dan bukan aku nak minta simpati ke ape..tidak..sebab aku nak sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat sebab ajar aku satu lagi benda dalam hidup ni..
~ 'Life to me is a journey - you never know what may be your next destination' ~ David Russell
Bagi sesetengah orang..umur 20 tahun masih awal..tapi setakat ni..aku masih dilemma..lepas satu per satu datang..macam terkelu sudah dan sekali lagi..bukan bermaksud membuka pekung sendiri..tidak..kalau ada pengajaran..sama-sama jadikan sempadan..tak semua hidup kita gembira nak tunjuk dekat orang..
2007..tamat SPM dengan berkelulusan yang flying colour jugak lah orang cakap..macam-macam tawaran datang..MMU..UPU..dan banyak lagi swasta yang datang tawarkan..UTP termasuk..tetapi aku tetap memilih untuk oversea..so..1tahun setengah persediaan di Taylor’s College..
Dalam hati masa tu..hanya Allah saja tahu gembira sangat..itu impian semua orang kan? Nak belajar oversea..nak jumpa omputih..nak jadi foreigner dekat negara orang..nak melancong..sebab tak semua mampu kan?..yep..kadang-kadang itu ada dalam diri aku..
Tapi aku silap..aku buat salah besar..aku mula main-main..time tu, aku dah tersilap letak mindset..aku terlupa yang Dia boleh menarik nikmat yang aku ada bila-bila masa saja..
~ Success is a journey, not a destination. The doing is often more important than the outcome. ~Arthur Ashe
Aku mula ikut bad side..orang nak ada insan tersayang..aku pun nak ada..aku tak sedar yang aku tak mampu buat multi tasking..dipendekan cerita..aku kenal seorang perempuan..dengan kondusi persekitaran yang bebas sebebasnya tu..aku mula lupa..bukan lah sampai buat perkara terkutuk ke ape ke..jauh sekali nak terniat..tapi bila hidup tanpa rule macam sekolah dulu..paham jela..
Result first..ok..not bad..sebab mula-mula aku tak kenal lagi insan tu..masuk sem kedua..everything dah mula change..kenal dengan dia..mula ambil mudah study..makin jatuh..result test..kuiz..below target..biasalah kan..manusia leka dengan dunia..insaf tu datang sekejap aje..pastu hilang..dan benda ni berlanjutan..
~ Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it. ~Greg Anderson
Lagipun..sepanjang aku jadi student dekat Taylor’s tuh..I can’t maintain cara study..serious susah..macam dah hilang catalyst masa sekolah dulu...condition mungkin..all chinese..culture shock jugak..nak study..time exam baru keluar nota-nota..so..don’t be like me..don’t study last minute..kalau genius..itu lain cerita..
Di pendekkan cerita..I can’t make it..dan dia..bernasib baik..diikutkan..kami senasib...tapi..mungkin bertuah lagi..dia masih ditaja ke oversea..and now kat Australia..
~ Time is a companion that goes with us on a journey. It reminds us to cherish each moment, because it will never come again. What we leave behind is not as important as how we have lived. ~Jean Luc Picard
Bukan itu sebenarnya mahu aku sampaikan..if you read my entries dalam blog ni..before aku nak serious sikit dalam tulis-tulis ni..korang akan tahu..actually..aku dipermainkan jugak lah..my bad..dia pernah cakap suka..tetapi..dia cakap..suka tak bermaksud sayang..my heart masa tu..pecah..hancur..and that time..our last sem..ada dalam 2months untuk final..
And you can guess..yep..I can’t control my emotion..serabut..everything celaru..mood unstable..tak boleh focus..and..dalam 2-3 weeks sebelum exam..i tried my best..stay library..study till night..and balik..study lagi..tapi apakan daya..dah terlewat...I can’t make it..
~ The road of life twists and turns and no two directions are ever the same. Yet our lessons come from the journey, not the destination. ~Don Williams, Jr.
Nak salah kan siapa..diri sendiri yang buat..tanggung sendiri...dia sekarang..mungkin dah tak ingat semua-semua tu..and to her..maybe..tak ade sedikit rasa bersalah..bukan bermaksud nak blame..no..itu hak dia..
Dan sekarang..aku masih lagi di Malaysia..and for your info..program aku susah nak diterima oleh uni tempatan.. lagipun..to continue degree with my result..perlukan muet..a bit depress jugak..update sekarang..nanti-nanti aku cerita..
Di sini..aku nak luahkan sedikit apa yang terbuku dalam hati.. betullah apa someone tell me..semua orang tengah mencari their own mr/mrs right..sebab masing-masing ada criteria masing-masing..if someone datang in your life..then confess to you yang dia sukakan kamu..tapi kamu masih belum/ tak suka..tetapi masih mahu mencuba..
~ To get through the hardest journey we need take only one step at a time, but we must keep on stepping ~Chinese Proverb
Go with it..WITH THE BEST TRIAL from you..not just..sekadar suka-suka..sebab ini melibatkan perasaan..If you not ready..or ragu-ragu..better reject dari memberi false hope..because you will make thing to become more worse..cuba bayangkan itu terjadi dekat diri anda sendiri..orang yang disangka mr/mrs right tu cakap..”Takkan saya nak sayang awak because I’m pity of you”..then you will feel..how fool you’re.
Back to my story..sampai sekarang..aku masih tercari-cari cahaya yang ditarik balik..walaupun kadang-kadang cahayanya sudah ada..tapi kabus yang datang.blind me again..dan aku sampai sekarang aku tak percaya kata-kata sayang seorang perempuan..cinta Dia yang aku cuba kejar balik..
P.S: Semua orang nak hidup dia smooth..so then..as partner..try to make your partner rase smooth dalam relationship..sebab..setiap orang tak suka orang timbul obstacle dalam hidup mereka.
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.