gravatar

Ucaplah terima kasih kepada mereka..


          Walaupun hari- hari kita dengar adik-adik atau anak kita bercerita pasal mereka dicubit mahupun di denda oleh guru-guru, namun setiap denda itu bertujuan mendidik bukan sekadar mencederakan. Dengan itu mereka yang didenda akan beringat untuk tidak mengulanginya lagi.


         Dewasa ini, kita sering kali disajikan berita-berita yang agak sudah menjadi trend terkini sikap ibu bapa yang mana sudah luntur kepercayaan terhadap guru dalam menjaga anak-anak disekolah. Guru dicerca, dimaki, ditampar malah sanggup diheret ke mahkamah dek sikap ibu bapa yang tidak mahu ditegur sikap anak mereka.

        Entah mengapa, kita senang hilang pertimbangan terutamanya ibu bapa pabila anak mengadu didenda oleh guru. Sedangkan kita belum menyiasat perkara sebenar. Mungkin anak-anak tidak menyiapkan kerja pada waktunya ataupun melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa disekolah.

       Walaupun ada sesetengah individu yang mencemarkan nama baik institusi perguruan, namun tidak perlulah meletakkan seratus peratus kesalahan secara total. Mungkin sesetengah individu yang melakukan kesalahan tersebut mengambil mudah tugas yang diserahkan kepadanya.

       Bersempena 16 Mei yang bakal tiba, marilah sama-sama mengucapkan ribuan terima kasih buat golongan pendidik ini tidak kisah bagi peringkat sekolah diatas segala jasa mendidik dan ilmu yang disampaikan  kepada anak-anak mahupun terhadap diri kita.

       Dan sebolehnya, jadikan tiap-tiap hari itu hari guru. Hargai mereka kerana ilmu. dan ingatlah mereka adalah ibu bapa kedua yang mana menjaga anak-anak kita sewaktu mereka diluar kawalan kita.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

P.S: Entri serius..korang ingat lagi nama cikgu yang ajar kimia, sains physic time sekolah dulu?

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads