Kalau itu...
Tika itu
Aku berseorangan merenung mendung yang tak sudah.
Tika itu
Tika itu
Mempertaruhkan martabat anak bangsa.
Tika itu
Hilangnya pelangi dahulu diikuti hujan badai tanpa henti.
Tika itu
Hidup umpama telur dihujung tanduk.
Tika itu
Aku hilang arah yang dahulunya terang disuluh mentari.
Tika itu
Tiada lagi ungkapan pelengkap hikmah.
Tika itu
Senyuman memberi maksud lain dari jiwa.
Tika itu
Kata-kata semangat ditagih dari bicara.
Tika itu
Dia cuba menguji.
Ya Allah..Ya Rahmaan..Ya Rahim..tunjukkanlah hikmah sebenar disebalik semua ini.
Sungguh tidak tertahan bebanan Mu ini..
Tabahkanlah hatiku Ya Rahmaan...
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.