Iye ke begini?
Entri ini sekadar aku nak bawa sedikit la..mungkin ada bau-bau bacang..tapi aku seboleh-boleh taknak sentuh bab-bab gini dalam blog ini. Kalau boleh nak biar natural..karang tak pasal masuk dalam list..
Menjadi igauan setiap orang kalau nak berkongsi pasal isu-isu begini dalam blog masing-masing..takut nanti sampai surat dekat rumah tak pun diiring keluar dengan FRU dan paling ngeri dibawah tahanan ISA..
Politik dalam blog..memang itu hak masing-masing nak menulis ke, nak mempengaruhi sesiapa ke..oleh sebab aku rasa, aku belum bersedia nak sentuh bab-bab politik..tambah lagi..karang tak pasal kene anti ke ape..tambah lagi komen anonymous sure akan terjah punye..
Politik untuk mahasiswa?.tetapi sejauh mana keberkesanan peluang yang diberi oleh pihak-pihak berwajib untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengeluarkan pandangan mereka..aku still wonder..do we still under some sort of dijajah...
Aku tahu tak perlu sentuh bab ni..tapi..itu je aku nak ketengahkan..sejauh mana sebenarnya...aku ada terbaca article ni..rujuk sini..ade ke peluang untuk mereka-mereka mengenengahkan idea-idea yang sedikit sebanyak melawan arus politik yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu..adakah mereka ini akan mendapat peluang itu atau..terus diberi tindakan..mungkin ditahan ISA?..
Aku just tak nampak sangat...peluang pelajar sebenarnye nak melibatkan hal diri dalam politik..tak macam sesetengah negara..tapi itu jela..salah ke nak tentukan masa depan negara sendiri?..atau sekadar mengikut kehendak mereka yang tamak kuasa?..
P.S: Hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri. Jangan nanti semua nak berebut ke negara orang kerana emasnya..
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.