gravatar

Isu Palestine Bukan sekadar Isu Negara..Tetapi itu Isu Agama!


         Assalamualaikum wbt..
         Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang memberi nikmat nyawa untuk aku berdiri dimuka buminya ini hari ini..bersyukur jugak kehadrat-Nya dengan pemberian nikmat keamanan dan keharmonian hidup yang aku perolehi hari ini..

         Mungkin ini sekadar entri ringkas. Biarpun ringkas..tetapi aku disini menyeru semua UMAT ISLAM SELURUH DUNIA untuk sama-sama berganding bahu mengajar erti kemanusiaan kepada bangsa laknatullah tak lain tak bukan Yahudi-Zionis.

        Tanggal 31 May awal pagi waktu malaysia..kapal-kapal yang membawa krew-krew bantuan dan ubat-ubatan Viva Palestine-konvoi Freedom Flotilla diserang oleh tentera-tentera yahudi laknatullah..sekurang-kurangnya setakat entri ini ditulis..30 orang sudah terkorban dan mungkin angka itu akan bertambah. Memburukkan lagi keadaan, perhubungan kepada mereka terputus dan menurut info, kapal yang diserang itu dikatakan ditunda ke port tentera Israel.


         Justeru itu..marilah sama-sama berdoa kepada Allah Pencipta kita akan perlindungan kepada mereka dan juga doakan kebebasan rakyat-rakyat palestine yang ditindas oleh bangsa penjajah ditanah mereka sendiri.

         Tiada yang kita mampu lakukan..cuma kini apa yang boleh diharap setakat ini..membantah terhadap perilaku kebinatangan ini melalui semua medium yang ada demi menunjukkan kita mengambil berat isu penjajahan jiwa ini..Pengharapan terhadap SEMUA KETUA NEGARA-NEGARA ISLAM khususnya harus bersatu demi isu kemanusian ini..
       
       Disamping itu..sama-samalah kita bersatu tenaga menyuarakan rasa tidak berpuas hati kita terhadap PBB/United Nation selaku pertubuhan yang diharap mampu memberi keamanan seluruh dunia agar mereka-mereka ini sedar akan tanggungjawab mereka.

       Tambahan lagi..aku sebagai rakyat MALAYSIA menyeru pemimpin-pemimpin negara ini membuka mata dengan seluas-luasnnya melihat isu ini dengan lebih serius kerana ia melibatkan nyawa rakyat Malaysia sendiri yang terlibat sama dalam rombongan tersebut.

       Akhir kata, marilah sama-sama berdoa kepada Allah keselamatan semua ahli krew dan jugak rakyat palestine dari segala ancaman serta seksaan Yahudi-Zionis Laknatullah ini..sesungguhnya doa itu adalah senjata ummat Islam..Aku merayu agar kita sama-sama merenung setiap detik keamanan yang kita perolehi ini berbanding mereka-mereka di Palestine yang mana setiap hari dibimbangi dengan letupan bom dan juga kezaliman tentera Yahudi-Zionis laknatullah ini..

Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marilah sama-sama kita membaca Qunut Nazilah,moga-moga Allah menurunkan bantuan kepada mereka.

 

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads