gravatar

Dosa dan Taubat.

        Seperti kebiasaan di hari jumaat..aku akan tulis sedikit nota pasal khutbah yang disampaikan tadi..pasal minggu lepas...aku tak berkesempatan..time tu aku ada dekat KL..sambungan internet langsung tak ada..

       Seperti kita sedia maklum..kita sebagai manusia tidak akan terlepas untuk melakukan dosa..jadi bergantung kepada diri sendiri sama ada sedar atau tidak terhadap dosa yang kita lakukan..dosa boleh dikategorikan kepada dosa terhadap Dia, dosa sesama manusia, dosa terhadap alam sekitar, dosa terhadap ibu bapa dan sebagainya.


        Dosa terbahagi kepada dua jenis..dosa kecil dan juga dosa besar..dosa besar amatlah dilaknat oleh Allah dan barang siapa melakukannya maka Allah akan menarik keberkatan dari hidupnya.. Ini termasuklah bagi mereka-mereka yang banyak hartanya, mewah hidupnya tetapi tidak langsung mengingatinya dan semestinya, kekayaan yang diperolehi itu tidak mendapat keberkataan dari-Nya.

       Walaupun sesetengah dari kita tidak memandang endah terhadap dosa kecil, namun terdapat beberapa keadaan yang mana dosa kecil tersebut boleh menjadi dosa besar..Antaranya ialah:

        Dosa kecil yang dilakukan secara berterusan. Ada antara kita sedar mahupun tidak sedar,masih melakukan perkara yang sama yang mana bagi dirinya mungkin tidak membawa sebarang kecelakaan kepada kehidupannya, namun perkara tersebut mungkin menjadi bebanan kepada orang lain. Contoh terbaik untuk situasi ini ialah membuang sampah merata-rata yang mana sudah menjadi kebiasaan masyarakat umum ketika ini.

        Dosa kecil yang dilakukan dengan adanya perasaan suka. Mungkin kita tidak sedar, kadang-kadang apa yang kita suka lakukan itu boleh membawa kepada dosa kecil dan kita melakukannya selalu. Antara contoh yang boleh diambil ialah, melihat aurat orang lain.

         Dosa kecil yang dilakukan dengan adanya perasaan bangga. Sesetengah orang mungkin rasa bangga dalam dirinya apabila melakukan dosa-dosa kecil tersebut. Mungkin baginya ia tidak mendatangkan mudarat, namun perlu diingatkan, setiap apa yang dilakukan ada balasannya. Antara contoh yang boleh dilihat ialah, mendedahkan aurat untuk tontonan orang bukan mahram baginya. Contoh lain ialah tidak menutup aurat bagi perempuan iaitu mendedahkan rambut untuk diperlihatkan kepada orang ramai atas dasar mendedahkan rambutnya yang dikata cantik dan terurus.

        Dosa kecil yang dilakukan oleh orang Alim dan menjadi ikutan orang lain. Seperti yang sedia maklum, dosa kecil yang dimaksudkan menjadi contoh teladan bagi orang lain yang mungkin tidak tahu akan status pahala ataupun dosa yang dijatuhkan kepada tindakan tersebut. Oleh itu, berhati-hatilah buat mereka yang menjadi contoh teladan kepada orang lain.

       Terdapat banyak lagi situasi yang boleh membuatkan dosa kecil menjadi dosa besar, namun sekadar itu yang mampu aku senaraikan.

         Dosa-dosa besar seperti kita sedia maklum, melakukan syirik kepada Allah, membunuh diri, menderhakai ibu bapa, berjudi, minum arak, sumbang mahram dan sebagainya yang telah digariskan Islam supaya umatnya dilarang melakukan perkara-perkara tersebut.

          Setiap kali kita melakukan dosa, akan terciptannya satu titik hitam dihati kita. Dan jika hidup kita dipenuhi dengan dosa, maka  terciptalah lagi banyak titik-titik hitam mengelilingi hati kita dan lama kelamaan, titik-titik hitam ini akan mengeraskan hati. dan apabila ini terjadi, sebarang petunjuk mahupun ilmu dan sebagainya susah untuk dihadam.

         Oleh itu, Allah menyarankan kita untuk bertaubat dan kembali kepada pangkal jalan. Sesungguhnya taubat yang terbaik ialah taubat nasuha. Bertaubatlah dan kembalilah ke jalan yang asal dan jauhilah segala tindakan yang boleh membawa kepada dosa dahulunya. Bertaubatlah sebelum tertutupnya pintu taubat dan jauhilah dosa yang dilakukan itu.

        Janganlah mengulangi dosa tersebut apabila sudah bertaubat. Sebolehnya letakkan satu azam untuk berubah kearah yang lebih baik dan kejarlah keberkatan dari-Nya dalam setiap apa yang kita lakukan selagi masih bernyawa.




P.S : Yang mana kita kejar, syurga dunia atau syurga akhirat? Semoga apa yang aku tulis ni boleh memberi manfaat kepada semua. Yang baik itu dari-Nya, yang kurang itu dari aku. Selamat beramal ^_^

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads