Aku bukan aku yang dulu lagi.
Kata orang, sekali air bah, sekali pantai berubah..masa berlalu..dan ramai yang mencipta identiti sendiri..mungkin ada yang berubah kearah kebaikan..tak kurang ada yang melawan arus..tapi itu semua bergantung kepada niat masing-masing..
It was soo long time ago..when I'm not the way I'm today..entah..aku speechless yang teramat when its happen to me again and again..kata orang..semua itu ada hikmah tersendiri..tetapi bagi aku...aku masih mencari apa erti hikmah yang ditulis dalam rencana hidup aku..
Kadang-kadang..aku terlintas dalam hati nak jadi orang lain..yes..it just a piece of creep thing that won't happen..why me..dan always be me..aku nak senyum macam orang lain..aku nak gembira macam orang lain..dan bukan macam aku sekarang..menangis dan terus menangis..lelaki kena kuat..tapi bila semua itu sampai tahap turning point..I can't take it anymore..just can't..
Dulu mungkin aku pelajar cemerlang..tetapi itu pun sekadar nasib mungkin?..sekarang..aku sedikit demi sedikit hilang erti tiap kali aku mengejar erti kehidupan..I'm lack of that..kadang..aku bisu..aku melihat..memerhati..tetapi dalam bisu itu..aku terluka..
Mungkin dulu..aku boleh menempuh semua yang datang dengan tenang..namun kini..aku tak terdaya..aku hilang aku yang dahulu..aku tak terdaya lagi.. Mengharap insan memberi sokongan..namun sebaliknya terjadi..dan semestinya aku..
Each time kesulitan..kenapa mesti aku yang menjadi subjek..kenapa aku yang dipilih..aku tak termampu lagi..kadang-kadang senyum aku terasa plastik..kadang-kadang gelak aku terasa tiada nada..aku hipokrit dengan diri aku sendiri?..demi menunjuk kepada orang yang aku mampu..tetapi aku ada hati..
Menangis dimata boleh dilihat..menangis dihati sudah selalu..dan semua bebanan yang aku cuba minta bantuan..tetapi aku yang menjadi terbeban..bantuan dari segi kata..mudah..tetapi memahami itu sukar..sangat sukar..mungkin..ada yang mampu melihat..yang mampu aku berikan..sekadar senyum tawar..
Ya Rahim..apakah sebenarnya yang Engkau cuba tunjukkan..terangilah jalan aku Ya Rahmaan..tunjukkan apa yang disembunyikan-Mu...sampai bilakah aku harus menghadapi semua ini Ya Allah..aku hanya hamba-Mu yang lemah Ya Allah..bantulah aku..insan kerdil ini mengharap bantuan-Mu Ya Allah...Tabahkan hati ku Ya Rahim..
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.