gravatar

4 Jenis Perwatakan Yang Dibenci Dalam Islam.


          Entri ini hanya sekadar pengulungan idea dan segala fahaman aku terhadap apa yang aku dengar tadi. Aku ada take note jugak point-point yang ingin disampaikan khatib jumaat tadi..

          4 Jenis Perwatakan Yang Dibenci Dalam Islam tajuk yang diberi untuk khutbah tadi..maaf kalau aku tak dapat postkan petikan ayat-ayat al-quran yang dimention kan tadi..sekadar beberapa perkara dipendekkan ape yang disampaikan je..


         Golongan Pertama. Orang yang manis mulutnya sedangkan hatinya membawa niat lain. Jenis ini sering kali kita lihat mereka-mereka ini lantang bersuara. Setiap tutur kata akan berjaya menarik minat orang untuk mendengar malahan mampu membuatkan orang beranggapan dia berhati baik sedangkan menyimpan niat tertentu dalam berkata-kata atau dengan maksud lain bertujuan mengampu dan sebagainya. Golongan ini boleh dikatakan munafiq iaitu mengatakan sesuatu dengan mulutnya sedangkan hatinya berkata lain.

        Golongan Kedua. Orang yang melakukan kerosakkan dimuka bumi. Jenis ini langsung tidak menghiraukan keselamatan/keharmonian mahupun keselesaan orang lain melainkan dirinya sendiri. Segala tingkah lakunya akan senantiasa menyebabkan kerosakkan dimuka bumi tidak kira terhadap alam, sesama manusia mahupun terhadap haiwan. Tidak hairanlah orang yang mempunyai perwatakkan begini langsung tidak disukai ramai.

         Golongan Ketiga. Orang yang suka menyebarkan fitnah. Jenis ini amat-amat dibenci oleh Islam yang mana kata-kata nista dari seseorang yang mempunyai perwatakkan begini mampu membuatkan sesuatu hubungan itu musnah, sesuatu kepercayaan itu hancur, sesuatu kepimpinan itu dipandang rendah, sesuatu keharmonian itu tergugat hanya melalui fitnah yang ditabur. Sesungguhnya penfitnah terbesar ialah Al Masih Ad-Dajjal.

         Golongan Keempat. Orang yang tidak mahu menerima sebarang nasihat atau kritikan. Golongan begini sedia maklum bukan jenis yang mahu menerima sesuatu dengan terbuka. Segala pandangan, pendapat, teguran dan sebagainya tidak langsung dipedulikan malahan baginya hanya pendapatnya betul dan wajib diterima umum. Pendapat atau teguran yang diberi tidak mampu diterima dengan hati yang terbuka dan malahan sanggup menunding jari atau menjadikan orang lain sebagai kambing hitam buatnya untuk menutup segala kesalahan yang ditegur oleh orang lain dan sebolehnya mahu dipandang mulia dikhalayak ramai.

            Segala penerangan bagi empat-empat golongan diatas hanyalah ringkasan dari aku sendiri dan marilah sama-sama menjaga setiap perilaku kita supaya jangan sesekali hadir mana-mana satu perwatakan yang diterangkan..

P.S: Kita hidup pasti tidak mahu dibenci, inikan lagi oleh agama. Moga-moga aku mampu memberi sesuatu dengan tulisan ini.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads