gravatar

Sikap korang dan Kawan

        Rase perlu jugak bercakap pasal ni..walaupun sudah berkali-kali dan banyak entri pasal kawan dalam blog ni..tapi mostly cakap pasal kawan je..Tidak adil kalau perlu bincang hanya dari sebelah dan tunjuk lagi sebelah..sometime kita pasti akan duduk dalam kedua-dua situasi..sebagai kawan..dan jugak kawan kepada kawan..so..sikap diri sendiri akan mempengaruhi kawan kita..peer influence..

Antara sikap yang ada dekat manusia ni..seperti


1. Penting Diri
      Jenis ni..susah sikit nak cakap..dan susah nak duga..tapi boleh dilihat..walaupun individu tu sendiri nak sembunyikan..tapi still boleh dikesan.. kalau sikap ini ada dalam diri korang..tolong dan tolong..ubah...kawan amat-amat tak suka kalau terdapat kawan jenis ni..Harta kau aku punya, harta aku aku yang punya..adeh..susah ke sharing is caring...kalau selalu sangat amalkan macam tu..percayalah..tak lama ramai yang tak nak kawan..

2. Gedik/Bajet
       Jenis ni..ramai kat perempuan lah..sesetengah la..lelaki pun  lebih kurang..cakap nak manje je..cakap nak bajet hebat.."Aku cantik/hensem tak?"..heh..kalau ye..tak pelah jugak..kalau ada dalam diri korang camni..ikut nasib korang lah..kalau jumpa geng atau kawan-kawan korang terdiri dari specis yang sama..mungkin ok..tapi ingat..orang boleh menyampah dengan sikap korang..kalau sedikit tu, boleh lah tolak ansur..tapi aku pelik..asal awek manje-manje ramai lak yang nak camtu?..

3. Forget
       Jenis ini memang akan tak lama lah dalam persahabatan..jangan harap nak buat kawan baik..itu pun kalau korang bernasib baik boleh jadi kawan baik dia lah...forget disini yang jenis lupakan kawan..kalau dalam diri korang ade ciri-ciri ni..berubahlah...sebelum ramai lagi meluat dengan korang...ingat korang je jenis lupakan orang..orang lain akan balas..contoh..kalau bukan kawan rapat atau lama tak contact..dalam sebulan..terus delete nombor handphone..orang hantar message..boleh plak tanye balik.."ni sape?"..ape orang tu fikir?sendiri mau ingat..dan jangan sebab kita pergi belajar dekat negeri orang bermakna kita boleh lupa kawan yang salu kita lepak-lepak sekali...time perlu je nak tercari-cari kawan tu..orang terase sebab orang ade hati jugak..mind that in your mind..

4. Memilih
    Jenis ni memang tak salah..tapi salah tempat je nak buat macam tu..yes..pilihlah kawan yang elok-elok..moga-moga tak terpengaruh..itu orang tua-tua pesan..tapi biarlah bertempat..tak semua perangai teruk..nakal tu tak bermakna teruk..tak nak cakap banyak pasal ni..terlampau memilih sangat..susah jugak..anak menteri je boleh dibuat kawan?..padan muka korang kalau tak ade yang nak berkawan..Bak kata orang..berkawan biarlah beribu..berkasih biarlah satu..aceh...

5.  Main cakap lepas kadang-kadang lucah terlampau
      Jenis ni bukan kira siapa dia bercakap..main lepas je..guris tak guris..janji keluar je dari mulut..langsung tak fikir hati orang yang mendengar..kalau ada ciri ni dalam diri korang..baik korang filter-filterkan perkataan yang keluar dari mulut korang..kawan-kawan mungkin akan rimas kalau nak bercakap dengan korang..dan kalau mereka jarang bercakap dengan korang..so...take care la ye..yang jenis cakap lepas tambah cakap lucah hebat sekali tuh..lagi la buat orang meluat nak bercakap dengan korang..bukan semua suka lucah-lucah..jangan maen lepas cakap bila dengan bos suda...sendiri tanggung kalau bos terase..ek..

6. Emo memanjang.
       Ni aku sendiri kena take note..adeh..tengah nak ubah..ok2..jenis ini banyak la jugak..pantang ditegur..pantang diusik..melenting..contoh jawapan "Ape kau sibuk""eleh kau pun same"..bahaya oh..kalau ada ciri ni dalam diri korang..take note sangat-sangat bila orang sekeliling korang termasuk kawan dan family jarang bercakap dengan  korang..mane tak..diorang tanya..."dah makan?"...korang tengking.."biar aku la"..macam singa tak cukup tido..takut..seram..kan?

7. Layan perasaan
     Asyik ada masalah..sikit-sikit nak menangis..tak puas diri sendiri sikit..ditegur sikit..terus nak menangis..Jenis ni banyak kat perempuan selalunya..karang mesti ada cakap..lumrah perempuan..adei..jangan la lembut macam span sangat..kuatkan sikit..Kalau ada la ciri ni dalam diri korang..fikir-fikirkan balik..perlu ke menangis-menangis ni..memang ada kawan jenis suka mendengar..tapi..lama-lama..naik meluat la..asyik-asyik masalah ni..tak larat beri nasihat..alih-alih..nasihat yang sama yang keluar..berubah lah k..kental sikit..aku suka mendengar..tapi tolong consider jugak..pendengar pun ada masalah sendiri jugak...

           Dah 7 jenis perangai aku terangkan dan sedikit contoh..semua ni berdasarkan pengalaman aku sendiri..dan ada jugak dari konklusi yang aku buat pabila dengar cerita dari kawan-kawan aku bercerita pasal kawan diorang...tak semua orang perfect...imperfection make people perfect..itu tanda kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain..saling lengkap melengkapi...tambah-tambah lagi..dalam berkawan..kalau korang break ke..sedeyh ke..kat mane korang nak release..semestinya kawan rapat korang kan?

hawa - hanis_aleeya SalaAm..

Hyper.. Kadangkala lebih baik sembunyikan diri daripada jadi orang yang annoying.. Kadangkala lebih baik tonjolkan diri daripada dikatakan tak pandai bergaul.. Betul tak?
CircuitBreaker yep2...tapi..jgn smpai memaksa diri..berkawan bia ikhlas la..jgn nnti orang label tak ikhlas plak kan..
TMUkmkd aku lagi suka bersikap wait n see
long term relationship
sebab aku sukar nak anggap seseorang itu kawan
apatah sahabat.
CircuitBreaker yep..betul tu..tapi tak semua hati baik..sayang part tu
mfaizsyahmi lek lu...
even baik enough die tu tahap da'ie,
aku susah nak percaya kalau hanya 1minit perkenalan.

dalam masa panjang pun,
kita kena hati2 jugak.

even time sekola dlu kawan baik sepanjang 5 taon sesi sekolah tu boleh buat taik kat aku.

but then, we need friends right?

kita pun ada sifat buruk gak. (:
CircuitBreaker haha..amek taik tu bagi balik..agk la..
kita jd kwn yg baik..so..kalau dia nk buat baik bgus la..klu dia still nak buat taik..buat apa nak jadi kawan baik lagi..kawan biasa sudah..

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads