Hoooooow sweet...naaa~
Entri ini hanyalah pandangan aku semata-mata dan hasil bacaan aku dalam masa 3hari yang banyak delay jugak nak menghabiskan apa yang aku baca tuh...hanya sekadar review dari aku ikhlas sepanjang bacaan aku dan mungkin ada sedikit sebanyak nak cerita pasal plot ke...isi ke...lawak jenaka ke..flow ke..
Hasil karya seorang
pelajar luar negara dan mungkin sedikit pengalaman sendiri diselit dalam penceritaan..5 Tahun 5 Bulan amatlah menarik minat aku untuk habiskan..nah..bace sikit terus nak baca lagi..haha...mungkin sebab aku first time baca novel melayu selain masa komsas spm dulu.. Bagi aku..novel 5T5B ni amat banyak mengandungi unsur jenaka...usik mengusik...diadun dengan persoalan tentang diri sendiri dan amat berkesan untuk bacaan..tambahan buat remaja..walaupun bagi aku agak terasa kena kat batang hidung sendiri jugak kadang-kadang tu...tapi still mampu tersenyum baca part usik-mengusik yang dibawa dengan baik oleh watak Apeh, Nana, Nina, Ais, Bat, Along dan juga Johanna yang sering kali dipanggil Ana oleh Along dan Jo oleh kawan-kawannya...
Walaupun perjalanan pengajian aku tak selancar watak Along, Apeh mahupun Johanna...tapi still aku boleh bayangkan keindahan belajar dinegara orang..nak buat camana kan..mungkin rezeki aku tak ada disitu..nak dikenang hanya air mata mampu mengalir..seperti yang dititik beratkan dalam novel ni...Mungkin ada tercatat kesenangan selepas sesuatu kesusahan...itu semua perancangan Allah...sabar jela yang mampu...
Novel ni sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pembaca tentang kehidupan luar bandar dan bandar...yang mana watak Nana yang dikatakan dari bandar, tidak mengenali buah-buahan yang terdapat di kampung...tak banyak beza sangat jurang..
Nilai kasih sayang jugak amat-amatlah bermakna..yang mana...for Him the absolute love after all...yep..cintakan Allah sebelum mencintai manusia..percaya akan jodoh ditangan Dia dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya tentang jodoh kepada-Nya...yep..solat istikharah jikalau timbul rasa tidak pasti..moga ditunjuk kearah keputusan yang baik untuk kita..
5T5B jugak menerapkan ciri-ciri semangat berkawan..watak Yaya dengan Ana amatlah menyentuh hati..Yaya menjadi satu-satunya kawan buat Ana ketika sakitnya datang..ketika bergurau senda..ketika berkongsi saat manis suka dan duka...selain itu watak Aie, Iyan, Bat dan Noni menjadi kawan dan kawan baik kepada Ana diluar negara...diselit gurau senda yang mampu membuat pembaca tersenyum..
Itu sahaja pandangan aku...mungkin ada lagi..cukup la yang tu pown...huhu..overall...menarik...korang yang belum baca...aku cadangkan..baca lah ye..bukan sebab novel cinta ke ape..but..ade selit cerita camne konflik diri..yang korang mungkin kadang-kadang hadapikan...so..ape-apepun...pengalaman tu mematangkan diri...untuk semua orang...dalam memahami diri sendiri...dan berubah kearah kebaikan...
P/s: Pergi negara orang..balik bawa 3sijil...sijil degree, sijil nikah dan sijil beranak anak..hehe..sape bace tahu la ape aku maksudkan....teringin nak rase peach cobbler...lalala~ sekian
Scubert's serenade tak mau try?
Ked's Flop ke??
at 4/17/10, 3:28 PM . Delete
at 5/9/10, 6:11 PM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.