gravatar

Gaya Kena Hebat Walaupun Exam..

Jangan Sampai mengingau..
        Aku amat tensi sekali malam ni..macam nak je aku bawak motor tu dari Alor Star sampai Johor..asalkan boleh makan angin sampai tak sedar diri..kesengalan P1 Wimax versi potong-potong dah datang balik..tak kisah package murah mahal ke..same aje..bila masa time potong-potong dia datang..aku sure pening kepala..

        Giler tensi aku dibuatnye bila tengah syok layan mende alah kat tenet ni..P1 wat sengal..oh demn..bukan sekali pastu habis..tapi berkali-kali lak..sampaikan blog aku nak view pown..kadang-kadang ini tak lengkap..formspring hilang..time mode ok..no hal..tak ade masalah..memang patut dengan slogan..POTONG-POTONG..tenet takkan smooth sebab ade potong-potong..tak pasal dota aku terbantut kau tahu P1..ape-ape bersyukur dari celcom ngn maxis..

       Dua perenggan aku buat sesi olah raga tak berdaftar..balik kepada tajuk..setelah sekian lama aku tak serius dalam berpakaian ke exam hall..kali ni kne la pulak..al maklum..Taylor's College exam pakai T-Shirt aje!!..or pakai je ape korang nak..[rindu pulak].
.sabtu 24/4 neh al maklum akan berlangsungnya MunSyI dan MedSI..so..buat korang good luck..termasuk diri aku sendiri..dan sedia maklum..korang yang biasa berkolar dan bertie dan tuck in..sila apply keskemaan anda untuk esok..dan aku terpaksa melupakan saat indah T-Shirt time exam..adei..kene potong rambut jugak..dan tadi aku dah otter sikit-sikit mane patut..

       Di bawah ni aku copy paste dari source yang halal lagi baik untuk korang take note ape yang perlu..ape yang tak..aku jumpe yang MedSI je..MunSyI tak jmpe...so dah berlangsung hari yang sama..so anggap jela..same je etika-etika yang perlu korang patuhi..bersediakah anda berdisiplin?..haiz...

Benda-benda yang akan diuji/ dinilai or termasuk dalam exam ni
Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:
  1. Personaliti
  2. Minat Kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi
Soalan ujian MEdSI/MunSyI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon.[So tak ade salah atau betul]


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI  /MunSyI [Tak bold sebab aku yang tambah]

1.
Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan
Etika Pakaian Lelaki
  • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in).
  • Memakai kasut dan berstokin;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
Rambut Lelaki
  • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan;
  • Rambut tidak boleh diwarnakan.
Etika Pakaian Perempuan
  • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
  • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
  • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
Rambut Perempuan
  • Rambut tidak boleh diwarnakan;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan.
2.Membawa Alat Tulis
Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut :
  • Pensil 2B
  • Getah Pemadam (Eraser)
  • Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru
3.Membawa Kad Pengenalan /MyKad
Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
4.Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
  • Calon diminta membawa Slip Menduduki Ujian;
  • Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (http://www.mpm.edu.my)/ USM punya web
  • Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian. 
Tutup mulut korang tuh eh.. aku tahu korang rase ape..pukul 4 petang pakai camtu..kul 5 habis..kuar dewan..ade gaya macam orang habis kerje kan?haha..hebat tak..bile lagi nak amik pengalaman balik kerje.
Dan dari info yang aku dapat...300++ soalan..dalam mase 1jam +++minit...jangan gelabah menjawab ye..er...bukan soalan addmath eh..soalan pasal diri korang dan mungkin akan ditapis untuk kos korang nanti..contoh soalan.."Anda lebih suka memerintah atau menjadi ahli kumpulan mampu melakukan apa segala arahan"...lebey kurang gitu lah..tak ade jawapan betul atau salah..jawablah seikhlas hati..


P/S: Transport tak disediakan untuk korang..nak bersempit dalam bas berpeluh-peluh jawab exam pown silekan..apasal aku cuak ni..padahal exam personaliti je..okeh..wish all the best to all and of course to me..Best of Luck...


UPDATE
contoh korang leh tgok sini ..yang tahun 2009 la..

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads