Dunia dan ....
Ini adalah entri serius..dan sila ambil peduli..dan mungkin yang aku terang ni korang dah baca tapi ambil tidak peduli..sudah tahu tapi buat endah tak endah...sebab mungkin dari sesetengah orang..ia memang realiti..dan tanggapan seperti..."dah tak boleh buat apa" menguasai minda..
Freemason atau mana-mana secret society pernah menjadi buah mulut orang ramai..tetapi macam hangat-hangat tahi ayam..dah lama..hilang menyepi..kita sebagai umat islam..terus dan terus dengan "nikmat" yang dibuat semata-mata untuk jauhkan kita..
Entri ini bukan nak terang pasal freemason...tetapi pasal our world..and our surrounding...ape yang dorang dah buat dan ape yang bakal dan ape kesannya..kalau kita lihat...dunia sekarang...amat-amat kucar kacir...kita yang seagama dan bersaudara atas nama Islam..hanya tinggal nama..
Contoh mudah...isu palestine..kita di malaysia..contohnya..adakah kita aware dengan keadaan disana? atau kita hanya sibuk dengan urusan sendiri..urusan di pejabat...urusan keluar makan dengan kawan..urusan disekolah...urusan tengok wayang...nampak? bagaimana kita di exploit oleh mereka-mereka untuk lupakan nilai sebenar persaudaraan..kita sibuk mengambil hati bos..sibuk untuk mendapat gelaran pekerja terbaik..tapi ada pernah risau atau simpati dengan nasib mereka di palestine?
Comelkan begini?[hakimiwellington.wordpress.com] |
Satu lagi penyakit masyarakat melayu atau dunia khususnya kini...ialah fashion...sebut pasal fashion..golongan yang banyak terlibat..mestilah perempuan..ada..lelaki..bukan tak ada...tapi..mangsa utama fashion ada perempuan..mengapa?..jawapannya terletak pada peribadi muslimah...muslimah yang ingin Islam terapkan..ialah berpakaian sopan..menutup aurat..oleh itu..untuk menjauhkan kita..khususnya umat Islam..tangan-tangan hitam ini mengwujudkan fashion..dan lebih menarik hati lagi... untuk nampak lebih CANTIK. Islam tidak melarang untuk wanita kelihatan cantik..melainkan kepada suaminya sendiri...oleh yang demikian..musuh utama manusia..nafsu bercampur syaitan dibantu oleh tangan-tangan ini membawa gejala dedah aurat ini dengan tema untuk kelihatan cantik dengan fashion yang dikatakan UPTODATE. Mari jadi artis..mari berpakaian seperti artis..dedah sana..dedah sini..kerna itu fashion..fashion idola kita..mana letak Nabi Muhammad dan para nabi yang lain..idola sekarang..lain tidak bukan..ARTIS... Buka sana, buka sini,..tapi apa dalam fikiran kita.."ala..fashion aja...bukan ape pun.."..berjaya tidak mereka?
Mana satu pakaian pejabat anda? |
Hidup ini adalah permainan kad? Ya...cuma kita tidak sedar...atau kita hanya leka dengan pangkat yang diwujudkan..perempuan..dan juga...duit..sape tak nak duit..betul?tanpa duit..macam mana nak hidup?..persoalan kita selalu dengar...tapi kita tak nak berfikir...kenapa mereka-mereka sibuk menguasai ekonomi dunia..dengan itu..mudah la mereka menguasai dunia..itu sebabnya..dengan menguasai ekonomi dunia..dengan dollar...sekarang...mereka mampu membeli kamu, kamu dan kamu...kalau tak..tak ade istilah rasuah...kan?
Maaf..aku lari dari permainan kad..ok..mari lihat..dunia sekeliling..11Sept...wabak penyakit berjangkit..krisis tenaga dunia...makanan ringan yang tidak sihat untuk kesihatan..surat/email/sms berantai...semua itu..kita pernah lihat bukan?tapi kita tak tahu sebenarnya..tangan-tangan ini yang mengawalnya..sudah dirancang..malah dicetak..dimana? di atas kad..umpama..hidup ini hanya medan permainan..dan kita,kita dan kita adalah buah catur permainan tersebut..Lihat saja..anda nilai..
Sila forwardkan kepada yang lain jika tidak mahu ditimpa musibah.[Betul?] |
Tak lama lagi minyak nak habis, mane nak cari tenaga..hydro? |
McD? KFC? Pizza? Mana satu pilihan hati? |
Eh..2 banggunan..kena langgar?..eh..same la.. |
Mari main?? |
Banyak lagi yang belum kita sedar..golongan-golongan ini...mempengaruhi minda anak-anak kita..walaupun aku tak ada anak..aku melihat dari sudut pengalaman sebagai seorang kanak-kanak..golongan ini mengambil kesempatan dengan mengunakan kartun untuk menyampaikan dakyah-dakyah mereka..Contoh..cerita Aladdin, Yu-Gi-Oh, Pokemon, dan sebagainya...wonderpets? ya..sekali wonderpets pown..sila lihat siri menyelamatkan anak unta..dan anda akan perasan dakyah mereka ini..aku tertonton..so..aku just sampaikan...anak kecil mungkin tidak tahu...tapi..bayangkan..dari kecil didedahkan begitu...bagaimana nanti? Nilai sendiri..
Alien, Dinosaur dan evolusi [seperti entri aku yang lepas], UFO, spirit coin dan seangkatan dengannya..semua hanyalah teori semata-mata dan khayalan..semestinya..jikalau dibarat..Alien disebut-sebut...kita di Malaysia heboh pasal hantu..toyol, raya dan sebagainya..walaupun ada desus-desus terlihat ufo...itu hanya..mainan syaitan..siapa lagi kalau bukan dia untuk menyesatkan..dan..memesongkan..Syaitan nak didekati manusia bukan melalui bentuk asalnya..maka..digunakan cara-cara tersebut...spirit coin..roh yang mati tidak akan berkomunikasi dengan manusia walaupun dibunuh dan sebagainya..semuanya..berbalik kepada syaitan...golongan ini mengembar gemburkan topik mistik ini untuk menarik minat orang ramai..untuk hadirkan rasa taksub..apa lagi..mari cuba..kan?
Hiburan bersepah-sepah...internet, peti tv DALAM SETIAP RUMAH...semua orang dikhayal dan dihipnosis dengan benda-benda begini oleh mereka...nikmat dunia...indah bukan? cantik bukan? lawa bukan? comel bukan? Berjaya tak buat kita lupa nikmat syurga yang dijanjikan untuk orang yang soleh dan solehah? syurga yang tiada tandingan dengan nikmat dunia...Nikmat sementara jugak yang kita kejar..baju itu lawa...baju itu seksi...mata-mata anak yang kecil menonton..sape lagi kalau bukan idola mereka..hiburan..jangan cakap kita yang besar tak tengok..akademi fantasia...ABPBH...Malaysia Idol...Bintang Kecil [kecil-kecil dah ajar dedah sana sini]...Mentor...My Star LG...dah bercambah sangat artis megi goreng ni..ada pertaruh suara..ada pertaruh wajah..jangan tipu...Islam galakkan berhibur..tetapi dengan cara dan batas-batasnya...bukan bermaksud Islam itu kolot!..tapi menjaga kehormatan anda-anda sekalian....mahu menagis dinodai bila rapat-rapat time konsert?nilai sendiri..Akademi Al-Quran...suara lunak dipertaruhkan..maknanya anda faham?maknanya anda ambil kisah?maknanya anda ambil ikhtibar..muka berkerut-kerut menjaga suara..bukan menjaga maknanya yang boleh membuatkan hati-hati menangis memikirkan dosa..betul?
Banyak lagi yang perlu kita buka mata fizikal dan mata hati untuk melihat...jangan hanya melihat dunia dengan mata fizikal dan dibutakan oleh mereka-mereka mata hati..bukan aku menulis ini memaksa anda dan anda untuk menerima..tetapi untuk buka minda korang dengan keadaan sekeliling..Jangan nanti jatuh ditimpa tangga..menangis tak sudah..Jangan nanti terlambat..baru nak menyesal..Nilai sendiri betul atau tidak apa yang aku cakap...Sekian dulu...Assalamualaikum...
* Semua ini hanyalah hasil bacaan aku dan melihat sendiri dan menyatakan pendapat aku sendiri..perlu aku bagitahu..perlu aku sampaikan..sebab ini ialah REALITI yang kadang-kadang langsung tak diendah...dan aku harap..entri kali ini dapat memberi anda sesuatu untuk difikirkan.. Sekian.
Segala rujukan anda boleh rujuk disini..blog ini pernah didelete..oleh tangan-tangan hitam..namun atas dasar kesedaran..diwujudkan semula..sedarlah kalian...
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.