Melihat Dunia...
Entri kali ini mungkin tidak banyak yang aku mampu kongsikan..sekadar cukup-cukup makan untuk mengajak sebentar minda-minda korang yang sibuk dengan macam-macam urusan..Ada yang berfikir pasal ujian yang akan datang minggu depan..mungkin ada yang berfikir pasal nak kahwin[bagi yang sedia ye]..ada jugak yang sedang berfikir sambil menulis entri-entri di blog masing-masing dan salah satunya aku..dan bermacam-macam lagi lah...Aku menulis ni...sekadar ingin mengajak sebentar saudara/saudari merenung sejenak..tetapi first of all...apa yang baik itu datang dari-Nya..yang kekurangan itu, dari aku yang banyak kekurangan ini..
Tertanya kenapa aku letak gambar-gambar diatas?..mungkin ada yang sudah memahami..Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa..Ok..bagi yang dah nampak apa yang ingin aku sentuh[bukan pempuan tu]..bagi yang masing kabur..disini aku nak bincang pasal our flow as human being..tak kisah lah kerja apa pun..menteri besar..anak tokeh minyak kelapa sawit ke...anak penjual sayur ke...as long as nama manusia..path flow still the same...bermula dari dalam perut ibu [so berbaiklah dengan ibu kalian ye sebelum terlambat], dilahirkan menjadi baby yang cute-cute..pastu jadi kanak-kanak yang belum matang [mostly]...membesar lagi jadi seorang remaja dan menjadi seorang dewasa yang sudah matang akal fikirannya..beransur kepada zaman tenaga yang kurang dimasa tua...dan the most last..berakhirnya pertemuan roh dan jasad iaitu mati dan yang mana telah terkhabar..
Setiap penyakit mempunyai ubat dan mampu diubati, melainkan MATI
Berbalik kepada tajuk entri aku kali ini, kenapa "melihat dunia"? maksud yang aku ingin ketengahkan ialah tempoh waktu yang kita diberi untuk menikmati keajaiban dunia..Setiap orang diberi tempoh waktu yang berlainan dengan yang lain..tidak pernah terlambat dan tidak pernah tercepat even for a second...ada yang 100, 120, 80, 40, 60,12,1 dan bermacam-macam lagi yang ditakdirkan-Nya..dan dalam tempoh itu kita diberi peluang untuk membolot bermacam-macam nikmat yang ada dan bergantung kepada kesedaran masing-masing dalam menilai mana baik dan mana buruk..kerana
Sebaik-baik kejadian ialah kejadian manusiaKita hebat sebenarnya..semua mahkluk diminta tunduk hormat kepada datuk kita yang diberi nama Adam..tetapi ingatlah kita semua dinilai sama rata didepan Yang Maha Esa..yang akan membezakan kita dengan jiran, kawan baik, sahabat handai,saudara mara ialah amalan masing-masing...
Oleh yang demikian, kejarlah apa yang sepatutnya dikejar.. Jaga batas-batas yang sepatutnya dijaga...buat lah sebaik-baik mungkin sebelum saat terakhir kita sampai kelak..bak kata perpatah...biarlah kita menangis pabila pertama kali dibawa ke dunia ini ketika yang lain tersenyum melihat kehadiran kita dan biarlah kita tersenyum disaat pemergian kita dari dunia ini ketika yang lain menangisi perpisahan itu...memang betul kadang-kadang kita tidak sedar..mungkin alpa..kerana beban kerja..tetapi ambillah sedikit masa untuk mengingati-Nya..sedikit kita mengingati-Nya cukup membuatkan hati yang keras menjadi lembut..membuatkan jiwa yang kusut menjadi tenang...maka, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri...Sekian..dan selamat berfikir...^_^
at 3/7/10, 2:23 AM . Delete
at 3/7/10, 8:26 PM . Delete
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.