gravatar

Kita semua istimewa..


Gambar dari pak cik google

        Entri kali ini HP nak membawa satu renungan buat kawa-kawan diluar sana dengan berbincang dan mungkin dapat menyedarkan kita semua. Manusia  kerap kali terleka dengan rutin harian yang mana mungkin kita kadang-kadang tidak sedar tentang setiap benda yang terjadi diluar skop pemerhatian kita seharian. Kadang-kadang stress dengan rutin harian buat kita lupa dan seterusnya membuat satu suasana yang mungkin membawa kepada kekecewa mahupun rasa ingin berputus asa. HP mendapat idea nak menulis entri kali ini dari rancangan "Selamat Pagi Malaysia" yang berjaya membuat minda untuk berfikir sekejap.

        So, let think properly. Anda, anda dan anda diluar sana serta HP sebenarnya istimewa dan tersangatlah beruntung dan bukan istimewa ini bermaksud golongan OKU ataupun tidak. Semua manusia yang berjaya lahir dan melihat dunia ini adalah istimewa. Kenapa? Persoalan itu HP nak jawab dari sudut Biologi sikit dan  ini bukan entri berunsur kelucahan. Sewaktu ejakulasi seorang suami, beribu-ribu sperma dilepaskan. tetapi yang berjaya bersenyawa hanyalah satu. SATU dari BERIBU. Kalian nampak? Kita sungguh istimewa walaupun belum dilahirkan!. Ramai yang tahu fakta ini, tetapi ramai jugak yang buat endah tidak endah tentang ini. So bagi HP, tolong jangan hadirkan dalam diri masing-masing perasaan kecewa dengan hidup sendiri. Apa yang penting, menyesal atas tindakan kita sendiri. Jadikan "SAYA ISTIMEWA" itu sebagai motivasi diri untuk bangun.

      Tambahan lagi, manusia sekarang sering kali menodai keistimewaan diri masing-masing dan kesannya amat ketara seperti yang dapat dilihat yang sering berlaku diluar sana. Pertama, ikatan yang sepatutnya suci dinodai dengan zina. Persenyawaan yang sepatutnya melahirkan seseorang yang istimewa, telah dicemari dengan dosa. Bayangkan,kita dilahirkan istimewa oleh ibu masing-masing tiba-tiba kita mencemarkan keistimewaan yang diberi. Ramai yang tidak sedar, sebabnya nikmat dunia yang sementara itu yang dikejar. Sudahlah mencemarkan keistimewaan yang diberi, keperibadian pula dipergadaikan. Lihat sahaja kes-kes pembuangan bayi yang kerap kali diwar-warkan dalam media massa dan hampir setiap hari kes-kes sedemikian berlaku.

      Oleh itu, HP nak mengajak kalian untuk merenungkan tindakan masing-masing. Adakah itu melambangkan kita ini istimewa? Buat yang sudah terlanjur, bertaubatlah, pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kalian. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..Sekian.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads