gravatar

Dia dah pergi jauh..

        Ini adalah idea pemikiran aku semata-mata dan tiada kajian yang dibuat cuma menilai dari sudut pemikiran sendiri..Entri kali ini aku nak bercerita sedikit pasal seorang manusia yang dikira kekasih Allah...so harap korang paham siapa kan...entri kali ini juga ditulis bersempena Hari Kelahiran baginda Rasulullah S.A.W...masih tidak terlambat rasanya aku menulis pasal hari yang bersejarah ini..
        Bukan sejarah yang aku ingin bincangkan...tetapi mengenai pemikiran sejagat..pemikiran yang ketika ini aku rasakan masing-masing ingin ketengahkan...yang mana masing-masing tidak mahu mengalah..disini aku cuma ingin ketengahkan apa yang aku rasa perlu dan tidak perlu dilakukan oleh diri masing-masing terutama yang beragama Islam...skop pemerhatian aku kali ini lebih kepada apa yang berlaku di Malaysia yang mana masing-masing tidak mahu mengalah tentang konsep Maulidur Rasul yang saban hari diperhangatkan didalam media cetak dan media massa..

        Isu seperti perlukah perarakan dan sebagainya tidak seharusnya timbul..sesama Islam tidak seharusnya bergaduh mahupun bertengkar mengenai isu ini..Itu semua bergantung kepada kemahuan masing-masing...tidak semestinya tidak mengadakan perarakan itu bermakna melupakan..dan tidak semestinya mengadakan perarakan itu menandakan kita ingat akan Baginda jikalau itu cuma hanya sekadar perarakan  kosong tanpa membawa makna..tidak perlu saling tunding-menunding satu sama lain..kerana pabila kita bersengketa...dengan mudah musuh-musuh Islam mempergunakan isu sedemikian untuk menjatuhkan kita..bukan tujuan aku untuk salahkan sesiapa..cuma ingin menyedarkan..bayangkan kita sesama saudara seIslam bergaduh dan bertengkar..dimana lagi kekuatan dalam mempercayai satu sama lain..dan jika Baginda masih lagi hidup...sudah pasti Baginda akan berasa sedih dengan tingkah laku yang ditunjukkan umat-umat Baginda pada zaman sekarang..

      Buka mata hati masing-masing dan jangan biarkan nafsu amarah mengawal minda...tidak salah mengadakan perarakan dan tidak salah jikalau tidak melakukan perarakan..sekurang-kurangnya sekadar mengingati Baginda dan cuba seboleh-bolehnya untuk mengamalkan sunnah-sunnah Baginda..masing-masing diberi nikmat berfikir, justeru gunakan kearah kebaikan..kenapa manusia-manusia zaman sekarang kerap menjadikan isu Maulidur Rasul sebagai isu hangat untuk saling membidas satu sama lain..isu yang tidak sepatutnya timbul sebarang pertengkaran..sengaja diketengahkan..dan kenapa isu seperti mengamalkan sunnah dan tidak mengamalkan sunnah tidak diketengahkan..sengajakah kita mengambil peluang yang tidak sepatutnya timbul untuk menghentam pihak lain?....kenapa isu memperingati hari kelahiran Baginda menjadi topik untuk bersengketa...sedangkan sedikit pun sunnah Baginda kita tidak amalkan..pernah kita berfikir begitu? Sedar atau tidak kita semakin jauh meninggalkan sedikit demi sedkit sunnah Baginda? Sama-samalah berfikir...dan tidak perlu tunding menunding satu sama lain..jangan anggap setiap tindak tanduk kita selalunya betul...kadang-kadang nasihat itu penting untuk kembali ke jalan yang benar..Sekian.

Disini aku nak kongsi sikit video yang mungkin amat berguna buat diri masing-masing untuk menilai tahap diri masing-masing dalam mengingati baginda...adakah anda seperti gadis terakhir didalam video ini..sama-sama menilai diri masing-masing..

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads