Aku tetap berdiri disini
Nak aku berkongsi tetapi rasa itu tidak mengizinkan..nak aku memberi...tetapi perasaan itu menghalang..mungkin ada yang pernah berdiri di tempat aku..mungkin ada..dan semuanya mungkin tiada kata yang kukuh mampu diberi..Tahkala aku dilambung kekesalan dan kesepian..terbayang perjalanan hidupku yang sambil lewa..tiada perkataan dapat ku ganti dengan rasa sayu ini..
kosong |
Apakan daya aku..cuma insan kehilangan dan tempang perjalanan hidup ini..Rasa kecewa yang tiada penghujung..berbaur penyesalan..entah mengapa aku melakukan semua ini..sedangkan aku memahami sudut-sudut curam yang bakal ku tempuhi..namun..apakan daya aku..aku sudah terjatuh..bangun aku mungkin terasa berat..berat lagi bagiku menempuh sisa-sisa yang masih tertinggal..
Kegagalan..cukup sekali aku merasa..tidak tertahan lagi seksa meraung didalam hati dek kekecewa ini..Kerap kali aku menyoal..kenapa mesti aku..kenapa aku dan bukan orang lain..dan kenapa begini pabila aku ingin sekali memenuhi impian aku..Entah..tidak terungkap buat kalimah untuk aku terjemahkan..bertapa aku berasa diri aku serba kekurangan dan mungkinkah ini ditakdirkan..untuk terus menangis dalam senyuman tahkala melihat senyum tawa mereka yang mampu dan tergapai impiannya..
Kini tiada lagi lamunan indah buatku melainkan mimpi dan angan yang mungkin menjadi debu kosong tanpa erti..Ingin ku susun batu-batu menjadi menara indah..tetapi apakan daya..kudratku tidak selayak itu..ku masih terngiang ditelinga saatku berkobar-kobar untuk menjejak kaki ke negara orang..tetapi..lain yang terjadi dari apa yang ku impikan..tiada lagi makna negara kangaroo yang dahulu menjadi idaman hati..beruang koala hanya sekadar potret dan bukan lagi selembut sentuhan bulu-bulu halus ditelapak tangan ini...semua tinggal dongeng..dibawa ombak kegagalan meninggalkan angan sepi sisa terbuang..
Wahai rakan..engkau amat beruntung...aku mengaku aku cemburu..wahai teman...alangkah bernasib baiknya engkau melihat bumi orang..sedangkan aku hanya mampu terus berusaha berdiri untuk berlari kembali..dan mungkin..itu tidak semudah fantasi...sedangkan realiti aku terduduk menahan rasa pedih kesilapan sendiri..dan yang demikian..menghancurkan secebis harapan..pengharapan yang tidak ternilai buat diriku...pergi meninggalkan aku dengan seribu kebencian dan kekecewaan yang menyelubungi aku..dan sekarang..realitiku buntu mencari jalan buatku mencari keistimewaan dahulu..kerana aku dan realitiku hanya dipandang sepi...tiada lagi..buatku...
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.