Perlu ke bersketsa lagi?
Sama ada sedar atau tidak, itu bergantung kepada diri dan pemahaman masing-masing dalam menangani sebarang situasi. Hidup ini memang tidak mudah dan tidaklah terlampau membebankan kerana semua yang terjadi itu atas keputusan diri sendiri.
Setiap yang terjadi itu hasil dari setiap pilihan yang kita sendiri ambil dalam berdepan sesuatu masalah mahupun situasi yang senang lenang. Ini kerana kita telah diberi peluang oleh Maha Pencipta untuk memilih dan merancang kerana setiap apa yang dirancang itu mempengaruhi apa yang dipilih. Kita hidup di dunia ini sentiasa diberi peluang untuk memilih tetapi sedarlah, setiap pilihan itu mungkin akan mempengaruhi segala aspek dalam kehidupan. Contoh mudah yang boleh diambil ialah sama ada menjadi baik ataupun jahat (nakal). Mungkin setiap individu mempunyai persepsi tersendiri tentang pilihan masing-masing dan kerana itu menjadi salah satu sebab utama pilihan itu dibuat. Contoh persepsi yang mungkin terlibat adalah seperti ingin mendapat pengaruh rakan-rakan, tidak mahu dilihat sebagai lemah, ingin menunjuk kemampuan diri dan sebagainya. Semua tersebut terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mampu menilai yang mana baik dan yang mana buruk.
Setiap pilihan itu terletak ditangan masing-masing untuk memilih yang terbaik untuk diri sendiri, masa hadapan, keluarga, masyarakat dan juga negara. Aspek memilih dengan bijak amat perlu kerana setiap perkara yang terjadi mahupun akan terjadi terselit pilihan-pilihan yang tertentu cuma mungkin ada sesetengah kesan-kesan pilihan tersebut tidak dapat dilihat serta merta mahupun dalam masa yang singkat.Oleh itu dalam setiap situasi itu, kita perlulah berfikir dengan matang agar mampu membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.
Namun begitu tidak semestinya pilihan kita tersebut adalah yang terbaik dan mungkin yang terjadi itu terselitnya hikmah-hikmah tertentu dalam mengajar kita mengenai asam garam kehidupan dan segala kekecewaan tersebut bergantung kepada setiap individu tersebut sama ada belajar dari kesilapan atau akan melakukan kesilapan yang sama dimasa hadapan. Oleh itu, buatlah sesuatu pilihan itu berdasarkan pemikiran yang rasional dan waras kerana apa yang anda pilih, itu yang anda dapat dan jangan sesekali menyalahkan orang lain diatas pilihan yang anda sendiri tetapkan. Sekian.
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.