Mampu tersenyum lagi..
Melihat sambil merenung mampu memberi seribu erti sama ada keresahan hati atau kedukaan jiwa mahupun memikirkan kesudahan cerita yang digelar hidup. Sengketa jiwa berperang-perangan dengan realiti kehidupan merentap seribu pertanyaan yang menerjah fikiran yang melayang jauh dibiarkan talinya tidak kelihatan dek kecantikan dunia dan dimanipulasikan oleh lembaga-lembaga yang hanya bertujuan mempermainkan perasaan serta erti sebenar kasih sayang. Maafkan aku duhai nikmat...Maafkan aku duhai sengketa...Lara aku memenuhi segala penjuru hati ini. Kekurangan mahupun kelebihan, bukan menjadi satu tema buat ku mahupun permainan hidupku ini. Kejujuran dan keikhlasan hati..itu yang aku nantikan serta diidamkan..
Tidak perlu kemewahan, tidak perlu kecantikan kerana semua itu cukupla sekadar sedap dimata untuk dipandang.Berlebihan dan terlalu itu bukan aku inginkan kerna bukan semua itu mampu membeli mahupun mengadaikan secebis mahupun sehebat perasaan yang diberi setiap insan untuk saling memahami,saling berkasih dan menyayangi. Cukup sahaja membayar dengan nilai keikhlasan dan kejujuran hati menerima sepenuhnya sama ada kekurangan dan kelebihan itu hanyalah anugerah sampingan. Kerana tidak perlu berlebih-lebih untuk mendapatkan apa itu erti sayang..Maafkan aku jika aku tidak begitu mengerti dalam mengurus kata-kata dan perasaan aku ini...Sekian.
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.