buat siapa-siapa
kawanku..
ku tak pandai bermain kata
tapi ku pandai menyelami hati yang lara
ku tak mahu di tuduh perosak keluarga
tapi ku sendiri cuba membentuk keluarga yang bahagia
ku tak mahu menjadi teman
tapi lebih baik berteman daripada hidup tidak aman
ku rasakan semuanya kurang
tapi bukannya itu semua disebabkan curang
ku tak tahu itu semua salah siapa
tapi ku tahu ku turut berdosa
ku tak mahu dilepaskan pergi
tapi ku juga tidak mahu kau terseksa diri
ku rindu segala memori
tapi ku tahu kau ingin dilupai
ku simpan segala isi hati
tapi ku pasti diri kau sendri tiada jawapan yang pasti
ku bukan tiada yang sudi
tapi ku tak mahu ada pengganti
ku tak harap kau kembali
tapi ku harap kau mengerti
ku tahu puisi ini tidak bermakna lagi
tapi bila kau terasa hati meneliti puisi yang sepi dan terasa sunyi
itu akan menjadi bukti dan saksi
kepada segala yang terikat sebagai tali tersimpul mati di dalam hati
yang minta dipulangkan…
pedihnya bukan kepalang..
Coretan Novel Kisah Benar Edisi 2010 Nukilan Pencinta Setia Untuk Majalah Bila Hati Bicara
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.