Permulaan yang baru untuk yang terbaru...
Mungkin ada yang menyoal mengapa dan bagaimana...tetapi..itulah yang menentukan segalanya..Membuka dimensi minda-minda pencetus idea untuk berevolusi...2009...Tahun yang menyimpan 1000 erti pahit dan manis bagi semua dan terutamanya aku...sebagai seorang pelajar...mahupun seorang anak...dan juga sebagai hamba-Nya...
Memang aku akui...perlu banyak usaha dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu..Ya..pengalaman 2009 banyak menyedarkan bertapa pentingnya nilai persahabatan dan juga kemampuan berdiri sendiri...bukan mudah bagi seseorang seperti ku untuk menempuh dugaan dunia seperti insan lain..Mungkin..perlu lagi muhasabah diri...2009...banyak mengajar aku..nilai sahabat dan juga nilai seorang pelajar..bertapa berat untuk memikul tugas semua itu serentak...dan demikian..wujudnya suatu mekanisma yg digelar pasrah dan berserah kepada-Nya..Telah banyak yang ku tinggalkan..mungkin ada yang telah ku terlupa..pengalaman 2007 dan 2008 mungkin berbeza..dimana hadirnya satu perasaan yang aku sendiri tidak tahu mengapa..
2009...datang dan pergi penuh makna..satu angka yang membawa impak paling besar buatku..aku tersungkur..terduduk...selepas berlari sebagai seorang pelajar..harapan..hanya tinggal harapan..tiada lagi mimpi indah..tiada lagi perasaan yang digelar bahagia...jauh aku dengan-Nya..mungkin penyebab aku di uji...entah mengapa..baru sekarang aku terjaga dari mimpi yang ku sangka indah...Penghujung 2009...cukuplah menyedarkan..ayuh...aku ingin bangun semula..berjalan dan terus berjalan mengejar masa depan yang tidak pasti...satu anjakkan paradigma harus aku ambil..untuk mendapat semula tapak yang dulu ku sangka kekal diatas...akan ku pastikan..tiada lagi perkataan "leka" hadir ataupun datang mengetuk hati..aku insaf..aku sedar...cukup sekali..perasaan memusnahkan segalanya...
Saat 2010 bakal datang..mungkin belum sempat atau mungkin diberi peluang oleh-Nya untuk terus di bumi ini...2010..bagi ku permulaan bagi evolusi buatku untuk membaiki kesilapan diri...tidak ternilai banyaknya yang perlu aku baiki dan ubah..untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik pernah ku lakukan..satu motivasi dalaman perlu ku bina untuk penguat diri..Tidak mahu lagi ku ulang kesilapan 2009..yang penuh onak duri..
2010..akan ku buktikan evolusi ini berjaya! Doakan aku wahai teman...
-Aku akan terus berpegang pada ini :
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.