Kerana...
Mungkin puisi hidup..tidak semanis madu..
Mungkin permulaan kisah..tidak semudah dibayangkan...
tetapi benar...istilah sayang sukar pudar...
biarpun jauh..tetapi dekat dihati..
mungkin diri ini tersenyum..tidak semudah hati menerima...
persoalan timbul menyerbu diri..mana ku pilih pengubat duka..
antara menangis kekeringan air mata..
tersenyum sendiri mengenang memori..
bukan simpati diminta hati..
tetapi sekadar perkongsian perasaan hadirnya di hati..
Ujian hidup datang dan pergi tanpa ku sedari..
kadang-kadang banyak..menyentuh hati..
tidak ku sedar..air jernih memenuhi mata...
tanda hadir pasrah dan insaf...
Hidup ini..mungkin tidak lama..
Saat manis...saat duka tersimpan dihati..
Tidak mungkin hilang walaupun dirimu pergi...
hanya kepada-Nya diri ini berharap...
moga berjumpa lagi di lain waktu...
Maafkan insan ini jikalau Pencipta lebih menyanyangi..
membawa pergi dahulu meninggalkan cabaran dunia...
Hanya doa menjadi pengharapan..
Dikala diri membawa diri...
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.