gravatar

Some...

sometime its Ok to say good bye..
but sometime,"bye" can broke heart..

Dari pengalaman yang pernah aku lalui..
ini sedikit penyedaran buat semua..
Mungkin anda tidak perasaan..
teliti orang-orang sekeliling anda..

1. Cinta yang iklas.Tidak memandang rupa,warna kulit,ketinggian atau fizikal seseorang. Tetapi,orang yang kita cintai itu, pernah sedar perkara ini?

2. Suka dari hati. Suka memang tidak sama dengan sayang. Suka itu mendatangkan bahaya. Jangan ungkap "suka" kalau itu tidak datang dari hati. Fikirkan kesan dimasa datang apabila suka terkeluar dari mulut.

3. Janji bukan manisan mulut. Mulut penabur janji tanpa kotakan, membuat wujudnya perasaan sakit hati,benci, meluat dan bosan. Tambahan janji itu melibatkan hidup sesorang. Fikir sebelum mengungkapnya. Janji mampu memusnahkan hidup seseorang yang mengharap.

4. Ya perlu jujur datang dari hati. Jangan sesekali mengungkap "Ya" kalau itu tidak dari hati. Gantikan ia, "mungkin","tidak pasti" atau seumpamanya. Itu menunjukan diri betul-betul bersedia untuk menerima atau pasti dalam keputusan. Fikirlah ia jika keputusan melibatkan perasaan.

5. Memberi peluang untuk dicintai. Berilah ia apabila bersedia. Jangan bukanya bila hati masih ragu-ragu atau atas dasar ingin mencuba. Perasaan itu bukan percuma dan boleh didapati di mana-mana. Fikirkan kita ditempat orang yang diberi peluang atau diterima atas dasar ingin mencuba. Mampu kita terima jika kita diperlaku begitu rupa.

6. Hati. Allah anugerahkan satu hati bagi setiap Insan. Untuk dikongsi dengan insan yang lain. Hati bukan satu alat untuk diperguna. Hati dicipta untuk mengenal erti sayang, bukan untuk dihancurkan. Fikirkanlah kerana ini tidak hanya melibatkan hati kita,tetapi memandang jauh kesan ke atas hati orang yang mengharap.

7. Harapan. Setiap insan menaruh harapan dan berharap akan sesuatu. Harapan bukan dicipta untuk dimusnahkan,tetapi untuk ditunaikan. Janganlah pula menjadi seorang yang menghancurkan harapan orang lain. Ungkapkan "tidak mampu" jika terlalu berat bagi diri untuk tunaikan harapan seseorang. Jangan mencuba,kerana mencuba boleh menukar kita menjadi seorang yang kejam.

8. Komitmen. Itu diperlukan bagi sesuatu perhubungan. Ia menjadi penghubung kepada keakraban. Fikirkan sebelum menerima dan memberi ia, kerana ia mampu membuatkan perasaan seseorang tersinggung dengan diri kita.

9. Menangis. Itu selemah perlakuan bagi sesuatu masalah. Ingatlah, menangis itu tandanya hati menjadi lembut biarpun hati sekeras batu. Janganlah kita menjadi penyebab seseorang menangis, kerana mungkin membuatkan diri kita tidak diredhai sesama insan. Fahami diri dan cubalah kita bayangi diri ditempat insan tersebut. Mungkin kita akan lebih lemah dari insan yang menangis dan mampu menahannya dirinya menempuh saki baki perasaan yang tinggal.


Oleh itu, fikirkan baik buruk tindakan mahupun tingkah laku diri kita sebelum melakukannya. Membayangi diri kita di tempat insan yang kita perlakukan begitu, mampu menyedarkan kita, kita tidak sebagus yang disangka.

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads