Soal Hati...
Dulu mungkin kau kata...tak apa menerima...
Sebab nanti...boleh lepaskan begitu sahaja...
Sebab dia..kau tak pernah hadirkan rasa sayang itu..
Sebab dia...kau tak pernah benarkan dia di hati kau...
Sebab dia..tidak seperti engkau inginkan..
Sebab dia..ada banyak kekurangan dimata kau..
tetapi engkau...pernah mengerti apa itu harapan?
tetapi engkau pernah mengerti apa erti sayang?
bagi engkau...sayang itu paras rupa?
bagi engkau..sayang itu harta benda?
bagi engkau..sayang itu pendapat rakan?
bagi engkau..sayang itu hanya suka-suka?
jika itu makna sayang bagi dirimu...
engkau kejam...membunuh harapan dan hati orang lain..
engkau tidak ikhlas dalam memberi..bukan dari hati tetapi atas dasar lain..
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.