Bisikan Hati..
Kenapa ketika ini..hati ini menyoal..
tidakkah engkau menyesal mencinta dan menyayangi seorang insan yang tidak pernah menyayangi mu?
mungkin jawapannya..cinta itu buta..
hati ini kembali menyoal..tidakkah engkau menginginkan seorang muslimah yang mampu bersama-sama membmbing ke jalan Allah..
Fikiranku melayang...terdengar bisikan masa lalu yang berhajat mencari muslimah begitu..
Tetapi syaitan begitu kuat..
ditengah landasan yang betul..dipesongkan niat demi keduniaan dan demi ciptaan manusia bergelar perempuan..
Tertanya lagi..kenapa engkau menagis ketika berpisah dengan nikmat dunia?
Nafsu menjawab..aku menginginkan kebebasan dan keseronokkan dunia..
Tewas dengan ujian penglihatan kurniaan Tuhan lalu menjadi lalai dengan urusan dunia..
Hati kembali menyoal..tidakkan engkau mahu anak-anakmu membesar dengan persekitaran Islam dan bukan atas dasar Islam keturunan?
Pemikiranku menjawab..alangkah bagusnya jika suatu hari nanti anak-anakku kuat beriman dan selalu mendoakan kesejahteraan di alam barzakh nanti..
Hanya satu hajatku..Ya,Allah..aku memerlukan seorang insan bergelar muslimah yang dapat membantu dan bersama-sama membimbing dijalan yang di redhai Mu Ya Allah..Amin..
::Nukilan Hati yang Ikhlas::
Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.
P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.