gravatar

My Own Midlife Crisis

Midlife Crisis

[Mode : Sad Sometimes - Alan Walker]


Assalamualikum dan Hi.


Harini dah tinggal beberapa hari lagi untuk habis May 2025. Aku masih disini, sebagai seseorang yang cuba untuk impress my family sama ada keluarga kecil aku atau besar,

struggle untuk tak collapse mentally and acting nothing happen, pretending life is not hard enough. Pretending money are not one of the problem.


Mungkinkah ini yang dimaksudkan midlife crisis? Antara point yang aku jumpa lah:


*Tidak puas hati dengan kehidupan atau kerjaya sekarang

*Menyesal terhadap pilihan masa lalu

*Takut terhadap penuaan atau kematian

*Keinginan untuk "menghidupkan semula zaman muda"

*Mencari makna baru dalam hidup


Out of five, empat yang aku rasa, eh sama lah. Banyak masa fikiran jadi kosong, mudah hanyut dengan fikiran sendiri, kadang tak ada apa pun yang difikir.

Mungkin rutin yang sama hari hari. Tiap orang hadapi benda yang sama ke aku seorang je? Nafas jadi pendek bila fikir benda ni, sesak nafas sebelum tidur, entah mainan perasaan atau apa.

Ada certain benda kalau dibuka mungkin jadi aib, jadi aku terpaksa simpan. Adakah ini dilema, tiap kali terfikir dan mengelamun, aku lepas nafas panjang.


Dalam masa yang sama, ramai yang datang minta nasihat kewangan, datang untuk perbetulkan pemahaman, Alhamdulillah ada yang berjaya dan ada yang beransur-ansur boleh berdiri di kaki sendiri.

Walaupun aku masih terumbang-ambing dalam mencari diri aku sendiri. Mungkinkah ini dugaan dan ujian bagi aku? *lepas nafas panjang.


Baideway, untuk point pertama tu, bukan sebenarnya tidak puas hati sangat, cuma mungkin ditakdirkan bukan aku jumpa jalan ni lebih awal atau lebih kepada "no clear/no one helping carving my path."

Banyak liku-liku yang terpaksa dilalui tu sendiri. Well, betul lah tu, no one responsible for another one life, each people just cross another path sengaja atau tak sengaja saja. dan sedikit atau banyak mempengaruhi tu bergantung, baik mahupun buruk juga.

Bagi aku, seakan aku banyak pleasing others. Entah, mungkin sebab dari kecil aku dididik macamtu? biarlah diri sendiri sakit, janganlah berlaku jahat/buruk dekat orang lain.


Nasiblah aku jumpa balik jalan pulang untuk tulis apa yang terbuku dalam hati dengan cara blogging ni. Sesungguhnya janganlah percayakan orang terlebih sangat, jika tak mahu diri merana. Aku acapkali kena, tapi masih tak beringat. Kenapa eh? mungkin sikap pleasing someone membuatkan aku tak tahu beza yang mana perlu dan mana yang tak perlu.

Tapi sekarang aku dah mula belajar untuk defend myself, belajar untuk say NO, belajar untuk set boundary. Doakan aku kuat untuk menghadapi benda-benda macamni.

Tuhan Maha Mendengar, dan Dia jugak Maha Mengetahui.
Semoga yang menghadapi/tengah melalui keadaan sama macam aku ni, dipermudahkan urusan.
Letih kadang dengan ujian dunia ni, macam nak cepatkan je habis, semoga di-Sana semuanya baik-baik. Aku percaya Tuhan dah atur sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Ya Rabb, mudahkan urusan aku Ya Rabb. Ampunilah dosa-dosa aku, yang aku sendiri tak mampu tanggung. Aku bodoh Ya Rabb, aku hamba yang lemah, iman yang nipis tak mampu tepis ujian ujian-Mu. Andai ini kifarah dari dosa-dosa aku yang lepas, aku pasrah Ya Allah, aku terima hukuman-Mu di dunia ni dengan hati terbuka, semoga urusan aku disana nanti mudah Ya Allah..





P.S: Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Amin..

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

More ads