gravatar

Robocon 2012..Perjalanan jauh..

[Mode: Linkin Park - Lost In The Echo]


Assalamualaikum..apo kabor jang..

Firstly, gua nak mintak maaf bebanyak sebab gua terlambat nak hupdate pasal Robocon seperti yang gua janjikan dalam entri sebelum ni..letih bhai..tetiap hari gua dengan teammate gua terpaksa tido lambat semata-mata nak troubleshoot robot-robot tu..
gua yang kerja tolong tengok je pun berpinau biji mata..ehem..tengok dan test programming la dey..kuajo gila kata gua tak buat kerja...and everyday gua assume, gua hanya tidur dalam range satu jam ke dua jam setengah je..yela..takkan kita nak tidur sedangkan orang lain tengok sibuk buat kerja..tak beradab pulak jadinya..so gua, follow the flow je..diorang tidur, gua tidur, diorang stay up, gua curi tidur 15 minit..kehkehkeh..

Untuk bacaan lu semua, gua buat cerita bergambar la senang yedak..alah, sekali sekala ikut piawaian bebudak sekolah rendah..bukan ke lu semua rindu masa kecik-kecik dulu...pesen seronok tengok buku bergambar dari baca buku yang tulis berjela-jela pastu skip ayat by sentence..yedak?..

Al kisah bermulanya di satu tempat di utagha malaysia..kitorang stay sini dalam seminggu sebelum bertolak ke Terengganu dan menetap di tempat makwe-makwe yang comel dan lawa*bak kata kawan gua...iaitu di Unisza..sewa hostel kat kampus yang ada masjid tu..gua pun tak tahu kampus hape..sedap duduk hostel tu..hingga menjilat lantai..ok.gua over sudah..dan gua sangat tak sedar yang gua tak snap pun gambar-gambar dekat unisza tu..bukan apa, kang tersnap makwe seorang dua, mati gua kena menjawab..

Dah sampai di hostel, so dua hari lepas tu, tibalah turn kami untuk buat test run robot..test run lah kiteorang dekat game field sebenar dekat Stadium Negeri Terengganu, alah, yang depan Hospital tu ha...dia kasi 10minit setiap team..sumpah tak cukup..tapi nak buat macam mana, lagi 60 team plus minus sedang tunggu giliran..so..itulah test run, itulah first time training bagi kami..nampak tak bertapa terkejar-kejar kitorang kena siapkan robot..-___-"

Antara team yang buat test run.
Tak jadi..kena angkat balik..test kaw-kaw dalam 10minit tu..
Game field..yang kena complete mission dalam masa 3minit sahaja..*gambar curi-curi amek
Ni hasil kerja team gua..tak sempat nak buat baju untuk robot ni.
Dan tersebutlah kisah..semua team diberi satu stop station dibawah stadium tu..dan paling tak boleh blah nya tu..stop station dekat car park stadium..usah cakaplah, berpeluh ketiak, bulu kaki semua orang masa tu, panas hoi panas..ye ye..gua tahu...itu baru panas dunia..baik ustaz..baik ustazah...


Maka..tibalah masa match-match semua bermula..so, ini antara gambar-gambar yang gua sempat snap untuk lu semua nengok..mana tahu, kawan-kawan lu orang ke yang termasuk..=)

Team UM tengah prepare robot dorang..
Reff comel*bak kata kawan gua yang suka sangat mencomelkan orang..btw..baca tulisan dekat token tu..hehe
Dah macam mat rempit dah tu ha abang hoi..jaga-jaga, sondol nanti siap..
Ambil token tadi...guna robot manual..
Letak token dalam box..untuk proceed robot auto..setiap yang berjaya dapat markah!
Mat rempit team kiteorang..scooter buat sendiri tu bhai!
Habis je match haritu..kiteorang balik terus..bantai tido..dan match tu kiteorang menang..dua match pertama..alhamdulillah lah yang tu walaupun tak menang semua, peringkat kumpulan pun no dua kongsi mata dengan UPM..lepas habis match untuk hari berikutnya, kiteorang lepak dekat KTBowl..bantai tiga set bowling..reramai..lepas je spam skill dekat bowling, kiteorang terkedek-kedek jalan kaki ke Pasar Payang..ronda-ronda dalam tu..test baju dua tiga..pastu blah, tak beli pun..mau menyirap pakcik makcik kedai tu..kekekeke...tapi gua sempat sambar sehelai baju "I Love Terengganu" buat kenangan..
Dilemma antara longkang kiri atau kanan.. -____-"


Bang..setting robot ke bang..ce tengok sini..masuk tibi ni..cak!
Antara audience yang datang..kebanyakkan dari sekolah-sekolah sekitar Terengganu..

Lagi gambar match..pelbagai team..pelbagai pesen robot..
Masjid terapung..sempat snap dari atas bas je..lawa tak?
Setelah habis match peringkat kumpulan semua...dan habis sudah berjalan-jalan..makan-makan..minum-minum..so tibalah hari final match..dan seperti Robocon yang sebelum-sebelum ni..wakil Malaysia ke Hong Kong kali ni digalas oleh pasukan dari UTM..sememangnya robot diorang power..game tu tiga minit, diorang dah boleh finish dalam masa 54 seconds....-____-"

Tetamu kehormat..Menteri Besar Terengganu pun datang..
Menteri Besar Terengganu tengah berucap..
Majlis Perasmian penutup..dengan gimik robot hantar I-Pad untuk menteri besar tekan butang kat situ..
Match antara UTM dengan KKTM Balik Pulau.
Dorang berjaya habiskan game dalam masa tak sampai seminit..-___-"
Gambar curi..tapi lawa kan? ngehngeh..
Maka..berakhirlah sudah Robocon 2012...Tahniah buat team UTM..lepas je tu..kiteorang bermalam lagi satu hari di Unisza..then baru bertolak balik..dan on the way balik..kiteorang singgah sebentar untuk makan tengah hari dekat kedai tepi pantai setiu..dan macam biasa..snap snap snap lagi...dan gua pun jadi paparazi lagi..kije tangkap gambar je manjang..-_____-"

Dan tak lama lepas tu..kitaorang singgah pulak dekat Bukit Bunga, Kelantan, konon nak beli buah tangan lah..ronda punya ronda...dari satu kedai ke satu kedai..habis dua jam kitaorang bantai..mengamuk pak cik bas..kahkahkah...

Lepas habis melayan geng-geng perempuan shopping..*perkara biasa kalau ada perempuan..menyopping je keje...kitaorang pun bertolak balik..dan habis sudah perjalanan kitaorang wakil universiti untuk Robocon..walaupun tak boleh ke Hongkong..tapi pengalaman duduk di depan crowd yang bersorak macam orang gila..setup robot untuk match..stay up malam macam burung hantu..stress program tak jalan..cuci mata dengan makwe-makwe comel*bak kata kawan gua..and itu semua susah nak dapat..

---The End Of Journey---




P.S: Ke hulu ke hilir gua jadi paparazi..tapi kamera tu bukan gua yang punya..bak kata orang..tak mampu beli, tapi action tu kena ada..kehkehkeh..*kamera gua cikai je..guna handphone je..alahai, tetiba sebak semacam..demm.

Yui Light No.2 kumpulan...tahniah!!! tahniah!!!! Masjid kristal tu kecik je kan kan kan.
Da LovaC @Yui:Toce toce...aaa..macam masjid biasa..tak sempat nak singgah haritu..ngee
RazFiRa owhhh penah tgok pertandingan Robocon ni tahun lpas kalau x silap.. mase tu team UTM menang.. hehehe

Apa korang rasa..cuba tinggal pendapat sikit..paling kurang dua tiga baris pun cukup..jangan tinggal nombor telefon pulak..karang pakwe-pakwe anonymous ambil mengorat gua tak taw.

P.S: Komen yang ada link/url, gua delete direct, sorry, gua tak mahu blog gua dilabel google, blog spam.











Create an Ad

Sponsored

Disclaimer

Any attempt to copy my blog/ post(s)/ idea(s)/ identity(ies) and you shall ask me first. If not, you gonna be a dead meat.
*Note:If you think YOU stalking me, then you're stupid.

copyright © DaLovaC Tales 2010.

Any exchange link. Please fill the form here or here.

Feel free to email me : (Nanti gua rajin gua buat email.)

Extravaganza

Share on Facebook

Features Notes

Wishlist

Can delivery a good story
Publish My Own Novel
Married
My Own homeyyy

Links

Links

My Dearest Friends

My Blogroll

Ads

My Ping in TotalPing.com
More ads